Sunday 23 November 2008

KAPITALISME: SAMPAI BILA PERLU DIPELIHARA?

Banyak yang telah menunjukkan euphoria kemenangan, dengan mengatakan bahawa saat kehancuran ekonomi kapitalis sudah tiba sehingga gringo-gringgo dan komrad-komrad ekonomi sosialis di Amerika Latin dan sisa-sisanya di Eropah Timur, turun ke jalan untuk merayakan euphoria itu.

Hugo Chaves, Presiden Venezuela memimpin langsung perayaan itu di jalan-jalan ibukota Venezuela, bahkan khabarnya menetapkan hari kehancuran kewangan Amerika/Kapitalis yang ditandai dengan likuidasi Lehman Brothers sebagai hari libur nasional.

Betulkah kapitalisme segera menutup usianya? Sejauh manakah kehancurannya?

Pertanyaan ini yang tidak sedikit membuat perdebatan baru di kalangan penentang Kapitalisme. Mereka terbahagi menjadi dua golongan ekstrem; golongan realistik dan golongan militan.


Golongan realistik merasa bahawa kapitalisme terlalu raksasa untuk tumbang, yang akan terjadi akhirnya hanyalah restrukturisasi kapitalisme, di mana akhirnya, kapitalisme tetap akan berdiri tegak tapi wajah dan aromanya telah berganti.

Sementara golongan militan yakin bahwa ekonomi kapitalisme akan hancur-sehancur-hancurnya, seperti hancurnya hegemoni golongan gereja dalam bernegara sebelum revolusi industri di Eropah.

Saya mungkin terlalu lama merenung dan memikirkan ini, sebelum secara jelas mengambil posisi mana; realistik atau militan. Saya mulai percaya bahawa kapitalisme saat ini tidak sekadar hanya sebagai sistem ekonomi, tetapi ia telah menjelma menjadi raksasa yang sangat besar.

Kapitalisme telah menjadi peradaban bagi manusia moden saat ini. Kerana peranannya sudah melintas batas, bukan hanya ada di ranah ekonomi. Tetapi kapitalisme wujud dan membumi di wilayah politik, hukum, budaya dan pendidikan. Tidak salah jika ekonomi digelari sebagai Queen of Science.

Kapitalisme merubah wajah politik monarki dan musyawarah menjadi politik pasar yang kita sebut demokrasi. Pemimpin dipilih melalui mekanisme pasar berdasarkan pertemuan kekuatan demand rakyat dan supply politikus partai politik.

Betul-betul wilayah politik berubah menjadi pasar atau sektor “ekonomi” jenis baru dalam imperium ideologi kapitalisme. Politik tidak menjadi alat pelayanan terhadap rakyat, politik berubah menjadi dahan mencari nafkah, bahkan pembukaan jurusan di perguruan tinggi terkesan berfungsi untuk memenuhi keperluan pekerjaan di wilayah ini.

Pada wilayah hukum, ayat-ayat hukum dirumuskan dan dikembangkan menggunakan paten yang sama dengan apa yang sudah kapitalisme lakukan pada wilayah politik. Ayat-ayat hukum terformulakan berdasarkan kepada keperluan pasar dan kecenderungan pasar. Sampai-sampai, proses hukum mutakhir terkesan hanya berfungsi bagi mereka yang secara ekonomi dipinggirkan. Bagi mereka yang berdiri gagah memegang kendali pasar, para konglomerat dan politikus, hukum tidak memiliki taring.

Bagaimana dengan budaya? Lihatlah, budaya yang bertahan di semua belahan dunia adalah budaya yang diterima dan masuk dalam mekanisme pasar. Budaya yang memiliki nilai jual, memiliki demand di pasar, itulah yang budaya yang bertahan.

Budaya pada lagu menjadi industri yang cukup besar, tapi hampir semuanya bukanlah lagu-lagu pada ajakan kebajikan. Budaya pakaian, industrinya yang berkembang adalah industri yang bersandar pada mekanisme pasar, di mana pasar cenderung meminta pakaian-pakaian berbahan baku terbatas alias pakaian umbar aurat.

Kapitalisme juga jelas terlihat jejaknya di dunia pendidikan. Lihat kurikulum pendidikan, lihat disiplin ilmu dan jurusan-jurusan yang ditawarkan. Lihat dunia pendidikan yang kini perlahan-lahan berubah menjadi industri. Sekolah pada semua peringkat berubah menjadi kilang untuk mengeluarkan manusia-manusia robot atau buruh yang diminta pasar.

Paradigma orang tua terhadap kejayaan anaknya mengacu pada standard-standard kejayaan meterial kapitalisme, sehingga jurusan-jurusan terkemuka/terpandang di perguruan tinggi adalah jurusan-jurusan yang menjanjikan kejayaan kapitalisme.

Jadi, lengkaplah kapitalisme menguasai semua subsistem peradaban manusia. Atau lebih tepatnya kapitalisme itulah peradaban moden ummat manusia saat ini.

Dengan pemahaman seperti ini, mungkin keruntuhan ekonomi Amerika dan Eropah yang saat ini tengah berlangsung, sangatlah prematur untuk dijadikan landasan argumen bahwa kapitalisme akan runtuh.

Kalaupun keruntuhan ekonomi betul terjadi, kapitalisme akan mampu membangun lagi, kerana kapitalisme telah menjadi worldview dalam diri manusia, telah berubah menjadi norma masyarakat, telah melebur dalam kurikulum-kurikulum pendidikan.

Artinya kehancuran kapitalisme secara utuh harus juga diikuti dengan kehancuran generasi dan sistem yang menyokong peradaban kapitalisme.

Dengan demikian, prediksi yang paling logik dari senario kehancuran kapitalisme salah satunya adalah peperangan. Tetapi sebelum itu terjadi, jikapun peradaban kapitalisme harus hancur, sepatutnya telah ada benih generasi dan sistem peradaban penggantinya.

Saat ini yang sangat kuat menjadi calon itu adalah Islam. Sehingga hipotesisnya jika peperangan itu terjadi, adalah peperangan peradaban kapitalisme dan peradaban Islam. Perseteruannya telah nampak saat ini, tetapi entah bila pertempuran final akan terjadi.

Buat rakan-rakan aktivis dakwah, mujahid ekonomi syariah dan para pemerhati, saya yakin terlibat atau tidak terlibat anda dalam “pertarungan” itu, gerbang peradaban Islam ini tetap akan melaju menuju pada tujuannya iaitu mengambil alih kuasa peradaban manusia.

Akan muncul nanti generasi “genuine” Islam yang memiliki kapasiti minimal dan menanggung amanah itu. Generasi inilah sebenarnya yang pula menjadi prerequisite kewujudan ekonomi Islam.

Jalan menuju terbentuknya generasi itu sudah terlihat, lihatlah kebangkitan golongan menengah muslim di banyak negara muslim, semangat keislaman tergambar dalam perilaku pengguna dan produksi serta pembentukan industri-industri ekonomi, buku-buku Islam menjadi buku terlaris, budaya Islam mengkristal pada setiap aspeknya, politik Islam mulai memunculkan kesedaran kebersamaan Islam (ukhuwwah Islamiyah) seiring dengan tumbangnya pemimpin-pemimpin muslim yang otokratik.

Dalam ekonomi negeri-negeri Islam mulai berposisi kuat dan punya bargaining power. Lebih terperinci lagi, keluarga-keluarga muslim mulai mengenalkan Islam kepada anak-anak mereka sejak kecil, mengenalkan baca tulis Al Qur’an, adab Islam, menggunakan nama-nama Islam dan lain sebagainya.

Ya, generasi Islam mulai tumbuh. Sudah dekat masanya bagi putera-puteri Islam akhir zaman untuk menunjukkan keberadaannya. Bersiaplah rakan-rakan, jika anda sudah bersedia maju dalam gerbang peradaban ini, jangan malu-malu, jangan setengah-setengah, wakafkan semua yang kita punya.

Islam tidak akan tegak dengan picnic dan senda-gurau. Mulailah kita berhitung, lebih banyak kita gunakan untuk apa harta, waktu, tenaga dan fikiran kita? Kita bukan hanya sekadar ingin menegakkan ekonomi Islam, yang kita ingin kibarkan adalah panji-panji peradaban Islam.


Oleh sebab itu ia memerlukan ketekunan dan disiplin,memerlukan waktu dan konsentrasi, memerlukan perjuangan dan pengorbanan. Lebih dari itu, ia memerlukan kebersamaan, memerlukan jemaah yang satu langkah dan satu tujuan. Dan yakinlah itu semua bukanlah beban, itu semua adalah kemuliaan dan kehormatan, yang telah juga diusung oleh generasi Islam mulia terdahulu.

Wallahu a’lam.

Yoga adalah Haram!


Umat Islam negara ini diminta tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan.

Arahan itu terkandung dalam fatwa yang diumumkan Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini.


Pengerusi majlis itu, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, Majlis Muzakarah Kebangsaan juga bersetuju dan memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.

Jelasnya, perkara tersebut telah diputuskan oleh Majlis Muzakarah Kebangsaan yang bersidang 22 hingga 24 Oktober lalu di Kota Bharu, Kelantan. Tambah beliau, amalan fizikal senaman yoga tanpa unsur-unsur tersebut pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.

Namun demikian beliau menasihati umat Islam agar meninggalkan amalan tersebut kerana dikhuatiri akan menghakis akidah mereka.

“Tiga perkara yang boleh menghakis akidah umat Islam adalah kepercayaan di hati, menerusi perkataan dan perbuatan.

“Memandangkan terdapat elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis. Saya nasihatkan mereka tinggalkannya (yoga) dan pilih senaman lain seperti berbasikal,solat, zikir dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.

Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.

Tambah beliau, Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan fatwa berhubung isu tersebut.

Jelasnya, pelaksanaan dari dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kuasa perlaksanaan dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Setelah ia diwartakan barulah kita boleh tahu apa tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang masih mengamalkannya,” katanya.

Ketika ditanya adakah keputusan majlis fatwa ini akan dipertikaikan oleh masyarakat bukan Islam, Shukor berkata:

“Fatwa ini khusus kepada umat Islam. Masyarakat agama lain masih bebas meneruskan amalan yoga. Kita menghormati agama-agama lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.”

Awal bulan lalu pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Menurut Zakaria, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa.

"Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan Tuhan," katanya.

Saturday 22 November 2008

USMAN AWANG (MELAYU)

Entry kali ini saya ingin kongsikan dgn pembaca tentang puisi yang dikarang oleh Allahyarham Usman Awang. puisi ni menceritakan berkenaan bangsa Melayu kita...renung-renungkan.....



Melayu




Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut

Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Micheal Jackson embraced Islam


















LONDON, Nov 21 - Michael Jackson has become a Muslim - and changed his name to Mikaeel. The skint superstar, 50, donned Islamic garb to pledge allegiance to the Quran in a ceremony at a pal’s mansion in Los Angeles.

Jacko sat on the floor wearing a tiny hat after an imam was summoned to officiate - days before the singer is due to appear at London’s High Court where he is being sued by an Arab sheikh.


A source told last night how Jacko, brought up as a Jehovah’s Witness, decided to convert as he used a studio at the home of his chum to record a new album.

The star - whose hits include “The Way You Make Me Feel” - was spotted looking “a bit down” by a producer and a songwriter who had both embraced Islam.

The source said: “They began talking to him about their beliefs, and how they thought they had become better people after they converted. Michael soon began warming to the idea.

“An imam was summoned from the mosque and Michael went through the shahada, which is the Muslim declaration of belief.”

Mikaeel is the name of one of Allah’s angels.

“Jacko rejected an alternative name, Mustafa - meaning ‘the chosen one’”.

British singer Yousef Islam, 60 - who was called Cat Stevens until he famously converted - turned up to help Jacko celebrate.

It was his pals David Wharnsby - a Canadian songwriter - and producer Phillip Bubal who counselled Jacko.

The pair’s new names are Dawud Wharnsby Ali and Idris Phillips.

Jacko now prays to Mecca after the ceremony at the Hollywood Hills home of Toto keyboard player Steve Porcaro, 51, who composed music on the singer’s Thriller album.

Jacko, who rarely ventures out without a mask, is due to give evidence on Monday in a £4.7million (RM25 million) lawsuit brought by Prince Abdulla Al-Khalif of Bahrain.

The sheikh claims he bankrolled the singer’s lavish lifestyle in exchange for an exclusive recording contract. The billionaire sent songs for him to record but claims he was blanked.

He told the court yesterday: “Many times he confirmed to me he would pay me back.” - The Sun

Thursday 20 November 2008

Exam is Over!!!!!!!!!!!!!!!!!



haha!!!!Dimulakan dengan Bismillah..
diakhiri dengan alhamdulillah....
begitulah sehari dalam hidup kita
mudah mudahan diberkati Allah.....

Haha! Exam Is Over..!!!!!!!
lepasni bleh la aku g jalan jalan
sambil menikmati alam.........
jumpa lagi sem depan.....

Thursday 13 November 2008

Demam time exam........Argh!!!!!!!




aduih...dah masuk 2 paper exam dah aku demam ni...bila la nak baik ni..Ya Allah, sembuhkanlah hambamu ini...............

Sunday 9 November 2008

Akhirnya ia menjadi kenyataan....Yahoo!Hidup Arsenal!!!!



Hari ini merupakan yang terindah dalam hidupku...wah haha haha haha...sebabnyer ,,,kesekian kalinya, aku terdetik nak gi Farvis makan semata2 nak tgk Arsenal, kelab bola sepak kesayanganku berlawan dgn musuh tradisi yang juga musuh tradisiku jua.haha!!
tak sangka kemenangan 2-1 berpihak kepada Arsenal ku ini..haha!!! kesian plak kat kawan karibku, Azri yang murung, muka blur,,,kerana tewasnya sang jaguh yang semakin tua, iaitu Man U...hm.. aku puas hati jgk coz style permainan Arsenal malm tadi nampak mutunya berbanding perlawanan sebelum ini..cuma kali ni puas coz dapt kalahkan musuh tradisi ja....hm..anyway,tahniah kpd Arsenal,,dan teruskan dgn keputusan menang utk match yg akan datang...see u next tyme...hehe!

Saturday 8 November 2008

Demi Masa Depanku.....Demi Peperiksaanku

Mengenang hari-hari mendatang
Melihat hari ini terbentang
Mengenang hari esok bakal menjelang
Indahnya rasa ku pulang



Sedih, pilu, pedih dan girang
Semua bermain di hati berperang
Tapi kini ku pasti apa yang terbilang

Apa yang terselang
Apa yang terkurang
Apa yang hilang
Dan apa yang terbentang

Semuanya dimindaku sudah tenang
Menanti masa menyuluh terang
Mengubah perang
Menabur bendang

Dan melampir perasaanku yang menjulang
Yang berlalu biarlah ia hilang
Yang datang harus di intai peluang
Peluang Berjaya dalam berjuang

Akan ku ukir senyuman sayang
Untuk nenek,ibu,ayah,adik,akak dan abang
Semoga diriku tak termenung panjang
Mengingat masa yang terbuang

Terus ke depan tanpa ke belakang
Masa kini dan akan datang............

Wednesday 5 November 2008

pemberitahuan.....

dalam mengupgradekan blog ini kepada yang lebih 'meyakinkan dan mengiurkan' , pihak pentadbiran blog ini ingin memaklumkan berkenaan projek naik taraf blog ini selama seminggu( disambung cuti kerana mengahadapi peperiksaan akhir). insyaalllah wajah baru blog ini akan muncul dengan isi yang terbit dari hati penulis sendiri tanpa 'copy paste' daripada orang lain...
sekian
terima kasih...
wassalam.......

Tuesday 4 November 2008

Prasasti Perjuangan MPPUMS Sesi 2007/2008

Kami menyedari bahawa berdiam diri saja tidak memadai,
kesedihan berkepanjangan tidak berguna, bahkan jerit tangis hanya sia-sia.
Perjuangan ini menuntut gerakan yang nyata, tidak hanya sekedar retorik semata-mata.
Maka kami bergerak, sepenuh hati untuk memberikan sepenuh tenaga, tanpa peduli seberapa besar hasilnya, kerana yang kami inginkan hanyalah berusaha, bekerja, dan memberikan yang terbaik yang kami ada.

Kami mengetahui bahawa jalan ini sangat panjang,
bahkan menembus rentang usia dan waktu yang kami miliki.
Di dalamnya terdapat banyak mehnah dan tribulasi yang mampu menyakitkan dan memalingkan hati, melelahkan fizikal kami yang penuh keterbatasan, bahkan berkali-kali membuatkan air mata kami mengalir deras.
Atas semangat itu, kami bersatu dalam ikatan persaudaraan.
Kami bersaudara untuk saling mengingatkan, menguatkan, dan meneguhkan.
Kami meyakini bahawa dunia ini hanyalah sementara. Populariti, pujian, harta benda, bukanlah harga yang pantas bagi perjuangan kami. Hatta cacian, makian, tekanan, dan pemfitnahan bukan penghalang perjuangan kami. Perjuangan ini tidak layak dikotori oleh keinginan dan tuntutan peribadi. Justeru, kami mengikhlaskan sepenuh hati, hanya untuk redha ILahi.

Kami menginsafi perjuangan ini tidak dapat dilaksanakan
dengan setengah hati, setengah tenaga, dan setengah perhatian.
Perjuangan ini menuntut komitmen, konsistensi, dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Lantas, kami menanamkan dalam sanubari, untuk berjuang sepenuh hati, sepenuh tenaga, dan sepenuh perhatian dengan kudrat daripada Yang Maha Esa. Kami adalah 34 orang wira dan srikandi pejuang kebajikan mahasiswa di UMS ini.

Akan kami wariskan semangat dan iltizam
“Mahasiswa Peneraju Keunggulan Ummah”
kepada generasi jundullah

courtsey : Abg CD

Monday 3 November 2008

Lampu biru bantu lebih peka

LONDON: Sekumpulan penyelidik mendakwa penggunaan lampu biru di dalam pejabat mampu memastikan pekerja menjadi lebih peka dan kurang mengantuk sepanjang waktu bekerja.

Penyelidik Pusat Kajian Tidur Universiti Surrey mendakwa, tindakan itu jauh lebih berkesan daripada amalan biasa menggunakan lampu putih ketika ini, lapor Sciencedaily.

Responden yang didedahkan dengan penggunaan lampu biru didapati mencatatkan perkembangan memberangsangkan daripada mood lebih positif, tugasan lebih baik, kurang lesu pada sebelah petang, kemampuan memberi tumpuan lebih tajam dan mengurangkan rasa sakit pada mata.

Lebih menarik lagi, pekerja yang diuji juga menyatakan keadaan tidur mereka lebih nyenyak.

“Namun, lampu biru itu bukan sebarang lampu. Ia sebaliknya menggunakan lampu putih sedia ada yang dipertingkatkan dengan warna biru. Dan ia menumpukan kepada mata,” kata ketua penyelidik, Profesor Derk-Jan Dijk.

“Hasil kajian ini menunjukkan betapa pentingnya penggunaan lampu dalam pejabat bagi menjana tahap produktiviti pekerja.”
berita harian, Isnin, 03 November 2008, 5 Zulkaedah 1429

Perutusan Jihad Akademik….

Assalamualaikum wbt…dengan waktu yang terbatas, medan peperangan akademik makin menghampiri, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua rakan2 sy yang menghadapi peperiksaan semester 1 sesi 0809 ini. Di doakan juga agar kejayaan sentiasa mengiringi kalian hendaknya...insyaallah...

wassalam.....