Wednesday, 29 October 2008

ditindih hantu...????pernah ke?betul ke itu hantu?

Kena tindih hantu?

Aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt
orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni.......betulker kena tindih
disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,



hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk
hitam dan sebagainyer).....

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah

ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam
3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh.....aku tau
aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5

minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap
dah...lps
boleh gerak tu seram sejuk jer...

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia.....barula aku
tau kebenaran dia....

ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer
'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition
yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary
(sementara).....

temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic
paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak
atau
REM (rapid eye movement.....waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2)
stage....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kiter kira
macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating

system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS

ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer
yang
on....kirenyer screensaver laaa or hibernate...

so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake
state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh
switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh
seketika...before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar....

tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau
sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh

etc....

dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan
hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi
pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa

mender sentuh/hempap dll..)

sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba
esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

tu je sedikit info yg aku leh share dengan korang..harap korang dapat manfaatkan..:)



Tuesday, 28 October 2008

Koordinasi otak......collaboration with Dayat

Koordinasi otak



Semasa anda duduk, putarkan kaki kanan anda mengikut arah putaran jam.

Dalam masa yang sama cuba tulis nombor 6 menggunakan tangan kanan anda.

Kaki anda akan bertukar menjadi putaran lawan arah jam secara spontan, atau tersangkut.

Monday, 27 October 2008

KEPUTUSAN RASMI PRK MPPUMS 0809!

Akhirnya tamat sudah sesi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, UMS bagi sesi 2008/2009. Penat juga menunggu keputusan…maklumla..ader team aku kat situ….sakit belakang dibuatnya..tapi aku tk kisah coz dengan harapan aku dapat berbuat sesuatu untuk new batch mpp kali ni..


Letih yang teramat kerana terpaksa menunggu pengiraan bagi calon-calon yang bertanding untuk kerusi umum dimana terdapat 20 kaunter pengiraan. Berikut adalah keputusan rasmi Pilihanraya Kampus, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009:-

Bagi kerusi umum terdapat 11 orang calon yang merebut 7 kerusi iaitu:-
1: Badri bin Hj Bayani (3622 undi)
2: Stephanie Yap Su Zhen (4333 undi - menang)
3: Masturah binti Mohamad Nadzari (4902 undi - menang)
4: Azlan Shah bin Ab. Shah (3435 undi)
5: Mohd Syaiful bin Abdul Manap (3208 undi)
6: Mohamad Fazlurrahman bin Mohamad Yusof @ Faloh (4186 undi - menang)
7: Tan Choon Fei (3341 undi)
8: Nurul Aishyah binti Mohamad (4184 undi - menang)
9: Azhar bin Harun (3777 undi - menang)
10: Azrul bin Ibrahim (4788 undi - menang)
11: Hafiza Syafika binti Mohd Fekeri (4362 undi - menang)

Bagi calon-calon kerusi sekolah pula terdapat 7 sekolah yang bertanding. Keputusannya adalah seperti berikut:-
Sekolah Sains dan Teknologi (5 kerusi):-
1: Yap Kah Jin (920 undi - menang)
2: Khairunnisa Klem (970 undi - menang)
3: Chan Xiang Long (967 undi- menang)
4: Claoston Anak Nardon @ C-Ton (637 undi)
5: NurSyabri bin Mat Nor(830 undi- menang)
6: Azizul bin Julirin (1111 undi- menang)
Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (3 kerusi):-
1: Tan Chaa Yehh (671 undi - menang)
2: Tan Beng Hin (764 undi - menang)
3: Mohd Shairil bin Affandi (594 undi)
4: Thipan A/L Shanmugam (615 undi - menang)
Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (3 kerusi):-
1: Derrick A/L Tanggapan (739 undi - menang)
2: Lee Hui Jing (619 undi - menang)
3: Widiawati binti Hussen (550 undi)
4: Norafiza binti Abd Kadir (493 undi)
5: Mohamma Nor bin Madiah (890 undi - menang)
Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (1 kerusi):-
1: Mohd Redwan bin Roujip (308 undi - menang)
2: Li Yuan Yuan @ Aisyah (225 undi)
Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (1 kerusi):-
1: Farah Nabila binti Azman (182 undi)
2: Oii Christopher (302 undi - menang)
Sekolah Pengajian Seni (1 kerusi) :-
1: Sharifah Sarina binti Habin Ahmad (85 undi)
2: Ayu Ruhizah binti Rosly @ yoyo (138 undi - menang)
Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa (1 kerusi):-
1: Muhammad Adam bin Quizon @Quezon (202 undi - menang)
2: Karen Chia Huey Min (158 undi)
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (2 kerusi):-
1: Nurhidayah binti Muksin (menang tanpa bertanding)
2: Ismayani binti Ismail (menang tanpa bertanding)
Sekolah Sains Sosial (2 kerusi):-
1: Mohd Hasra bin Ibrahim (menang tanpa bertanding)
2: Mohd Hazimin (menang tanpa bertanding)
Sekolah Pertanian Lestari (1 kerusi) :-
1: Mohd Baihaqi bin Hj Bakri (menang tanpa bertanding)
Sekolah Perubatan (1 kerusi) :-
1: Nurul Atiqah binti Mat Nashukat (menang tanpa bertanding)
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya. Selamat menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2008/2009. Semoga dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya.