Wednesday 27 May 2009

Dr Mohd Asri: ‘Mogok Lapar’ Ditolak Oleh Islam

Dr Mohd Asri: ‘Mogok Lapar’ Ditolak Oleh Islam
Disiarkan pada May 26, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan

Ditanya Dr. Mohd Asri mengenai mogok lapar yang sertai oleh seseorang muslim, apa hukumnya?
Jawapan: Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish. Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.

Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah. Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka.

Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam. Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat. Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan.


Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya.
Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini. Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun”

– dr mohd asri zainul abidin, lampeter, UK.

Friday 15 May 2009

Krisis di perak: antara hak yg berego@berlagak dan tanggungjawab

 antara yang memalukan saya.......... ingatkan tadika jer berlaku gaduh2 macam ni...rupanya...
1.      Sempena cuti semester kali ni, saya ingin mengambil kesempatan ingin pulang ke kg halaman di Perak, dalam jangka masa cuti  sekitar 1 bulan setengah. Tapi apa yang menjadi kekecewaan saya, elok2 je saya balik, negeri tumpah darah saya ni, Perak dilanda krisis politik, bukan krisis kemanusiaan ye..sbg seorang mahasiswa, lebih2 lagi setelah melihat video dari kedua dua pihak saya mendapati , ada benarnyer kata2 rakan2 saya di KAL. Dia menyatakan, ‘aku pikir , adun lebih ‘budak2 daripada kita...buktinya, tgklah kat video tu,dn briter..’
2.      Saya berpendapat dalam hal krisis di Perak ada dua penyelesaian yang mungkin relevan. Diantaranya adalah Pertama, bubar DUN dan bertanding semula. kembalikan hak kepada rakyat  Perak,.ttp, ianya menjadi tidak perlu jika kos pilihanraya yang tinggi. Atau  pilihan kedua terima dengan hati yang terbuka keputusan Paduka Seri Tuanku Sultan Perak. Baginda merupakan ketua negeri Perak. Hormatilah keputusannya.
3.      Saya pikir ini bermula dgn idea ‘lompat-melompat’. Kan dah sekarang rakyat tgh melompat bukan kerana suka, ttp marah, baik yang pro kerajaan mahupun pembangkang. Dan juga saya juga bersetuju dgn pandangan Faizal tehrani yang mengatakan” Saya juga menolak projek 16September yang bedebah, saya juga tidak dapat menerima projek menjatuhkan kerajaan di negeri Perak secara tidak bermoral
.4.    Yang  penting,  pembangunan kembali berjalan. Ini tidak, pabila saya pulang utk melihat kg halaman, org perak kata” rghopa same ejer”.  Takder yg beza. Hei!, lupakan la gaduh2 macam anjing dan kucing!.
5.      Mereka senantiasa melaungkan “ itu hak kami!”. Kenapa perlu fikirkan itu jer hak kamu, mana hak kami?. Cubalah ade kesedaran sikt, tukar mentaliti tu kepada “Itu tanggungjawab kami!” saya tidak mahu memberikan analogi rapat dgn politik.bimbang pembaca cuba melabelkan saya pro kerajaan or pro pembangkang.Cuba renungkan analogi ini. Di dalam mahkamah , suami isteri sering berbalah ttg hak mereka di mahkamah. Mereka saling tuduh- menuduh. Apakah mereka tidak berfikir mana lebih utama antara tanggungjawab mereka sbg suami/isteri  atau hak ?
6.      Analogi kedua, blogger2 yang suka guna kata kotor dan sembunyikan identiti mereka(bacul dan penakut!). barangkali terpangaruh dengan cerita2 ttg risikan2  di hollywood kot!. Bila ditegur tindakan mereka, mereka berkata “itu hak bersuara saya”. Cuba fikirkan mana lebih utama (antara hak atau  tanggungjawab sebagai seorang blogger)
Kalau  muslim silalah baca hadis di bawah dari Sahih Muslim, bab pemimpin yang menipu rakyat bernombor 1797: (sila rujuk blog Faizal Tehrani)
Daripada al Hasan r.a katanya: 'Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar al Muzani ketika dia sakit hampir meninggal. Kata Ma'qil kepada Ubaidullah, 'Aku hendak menyampaikan kepadamu sebuah hadis yang kudengar sendiri daripada Rasulullah saw, yang kalau aku yakin bahawa usiaku akan panjang, hadis ini belum akan kusampaikan kepadamu. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, 'Tidak ada seorang hamba yang dipercayakan Allah kepadanya memimpin rakyatnya, kemudian dia mati, sedangkan pada hari kematiannya dia (masih) menipu rakyatnya, nescaya Allah mengharamkan syurga baginya'.
............................Pueh hati teman....................