Sunday 14 December 2008

Catatan AidilAdha


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....Alhamdulillah..sy masih diberikan kesempatan untuk menikmati erti Aidiladha  sekali lagi...
Disini s ingin kongsikan pengalaman  aidiladha bersama rakan2 pembaca. Pertamanya  sy dijemput oleh sdr Faez untuk menyertai beliau berhari raya di kg Nuanti, Ranau. Setelah difikirkan, sy akhirnya bersetuju memandangkan memang target sy utk tidak berhari raya d kg halaman sendiri dan jg UMS.hehe......so inilah rangkuman kisah aidiladha yg dapat sy kongsikan.....



Pertamanya..sy tak la menyangka sy yg ditugaskan utk drive  kreta....sy beserta sahabat, semuanya  10 orang rombongan...(bukan rombongan meminang ya!!!)..kami bertolak ke Ranau sejurus selepas asar...tak sangka plak romobngan kami yg 2 kereta ni disertai juga oleh senior kami iaitu abg ashrul n abg wadi yang tak pernah tunjuk muka masam....asyik tersngih jer 24 jam...kecuali dia tido ...hehe!

 
“bergambar sat sebelum masuk kedai makan...kat pekan ranau, time mlm nnti tak da kedai nak makan...”
”sejurus turun dari kereta yg aku pandu, kebas punggungku sebab drive 2 ½ jam straight....berehat kejap...dah la driver ader tige org je....” 
Kami sampai di kg Nuanti, sekitar jam 8.30 mlm....macam biasalah tidor kat masjid lah...lainlar ader keluarga angkat kat situ....
Setelah selasai solat jama’ taakhir bersama rakan, ader yg mengambil keputusan nak tidor...aku? aku ikut sahabat tiga orang ni(arip, nasir, faez)nak tau g mana? G beli aiskrem sambil menikmati@ cuba memahami sakaratulmaut yg cuba dijemput oleh Faez..knp sy ckp mcm tu? Dia tak tau drive...n cuba bljar d mlm hari...jln kat situ plak , sesuai utk drift, sampai lori pun drift mlm buta tau....kbtln faez ni tetiba mati enjin di tgh2 jln tu....banyak kali.....kami bertiga smpat merasa debaran ‘maut’ tu..
Selepas melantak aiskrim dan ap yg patut,  kami tidur....besoknyer kan raya Qurban....ceh...belagak nak tido konon...padahal malm tu sume tak leh tido...nyamuk punyerla banyak....dapat tido pun’tido2 ayam jak’......
 
’tengku , antara sahabat yg kuat tidonyer...haha!!!!asal landing jer, mesti ke sidratul muntaha kejap..’ 
So, keesokan harinya, sy dan sahabat2 bersolat sunat aidiladha bersama jemaah di kg Nuanti. Jemaah disini mmg tidaklah ramai...tapi, aku berasa seronok kerana dapat berkongsi suasana hari raya disini.

Perasan tak kat dalam gambar tu, ader baby lembu tu....so tak silap sy, ada nas yg menyatakan" sembelihan ibu(ternakan qurban) memadai untuk anaknya'... tapi Sy dan Faez mengambil kesempatan untuk belajar menyembelih yg betul(praktikal terhadap anak lembu yg tak benyawa sambil diperhatikan oleh seorang ustaz...hehe!!!lulus tau kami......
selpas sumenye selesai, sy dan shbt2 yg len mencuri masa untuk mandi di sungai yg terletak dibelakang masjid....bukan aper..bau lembu kuat sgt..lg pun dah lama tak mandi sungai ni...yahoo!!!!aper lagi, kami macam kerbau belasah lumpur....seronok sgt mandi sungai ...jernih plak tu.....

selepas tu, kami trs bergerak ke kundasang untuk menziarahi shbt, Azizul julirin,,,,dan abg Pie d Tuaran...alhamdulillah.kenyang prut kami...hehe!!!!bg sy, susah nak merasai pengalman mcm ni sebb thun depan dah grad, tak la dapat merasa raya haji d Sabah lagi....hm....seronok lagi beraya d Sabah dr Semenanjung .....
  wassalam,..............



Tuesday 9 December 2008

Catatan Labuan

Assalamualaikum & selamat sejahtera. Post entry kali ini saya ingin kongsikan kisah perjalanan Konvoi Kasih Labuan yang sertai pada beberapa hari lepas. Pertamanya saya malas betul nak tulis kisah ni sesampainya saya di kampus…..tetapi memandangkan ada sahabat yang ingin mengetahui konvoi tersebut, maka terdetik hati saya untuk menulis..


Pada hari pertama konvoi:
Perjalanan bermula di Masjid UMS pada jam 2 ptg(lewat giler) coz jadual feri di jeti Menumbok adalah pada 4.30 ptg. Dengan bacaan doa memulakan perjalanan yg dimami oleh sdr Faez dan di aminkan oleh aku,tengku dan afiq, kami bergerak terus ke jeti di Menumbok dengan kelajuan yang paling maksima mengikut kelajuam max motor masing2…haha! Tu la saper suruh lewat…..kalau tak silap kami bawa motor dgn kelajuan 100-110 km/j…hmm..sory to jpj n polis …terpaksa…hehe. Walaupun begitu, aku sungguh terpesona dengan keindahan alam d kiri dan kanan…sungguh,,aku tak akan lupakan moment sebegini. Tambahan pula hari tidak hujan….(.nmpak macam konvoi ni diberkati…hehe!niat kan baik…ziarah kawan krn Allah..)
Problem timbul bila sampainyer kami di jeti, feri dah mula mengangkat kaki..blah dengan slownyer…(feri ader kaki ker?)….saya dah mula bersungut mencari kesalahan Tengku yangmenjadi punca kelewatan.…tengku ni memang terkenal dengan tradisi lewatnyer…teringat plak terpaksa si faez tel tengku untuk mengejutkan tengku yang belum pulang rohnya dari sidratul muntaha.(hehe sorry la tengku ek..)..
Alhamdulillah dengan kuasa Allah, kebetulan ader la plak feri tambahan pada9 mlm .Sebelum ni feri ke Labuan ada 2 kali per jalanan sahaja iaitu pagi dan petang.nasib baik pak cik ni bagitau kitaorng…
                                                   
: tu la korang lambat lagi…dah tau dari kk tu 3 ½ jam…
lagi mao lewat bertolak…yang tengku tu asyik tersengih2
dari tadi….

Nasib baik ader feri jam 9mlm ni ..kalau tidak tidor kat laut la jawabnyer..haha!







So, untuk mengisi masa beberapa jam lagi, kami memutiskan tuk pergi ke rumah sahabat kami yang tidak jauh dari menumbok…sdr fahmi.. yang kira2 jarak perjalann lebih kurang 30 minit dari jeti menumbok. Ada satu hal ynag memeningkan kami sesampainye kat  sekitar jeti menumbok,,,tiada stesen minyak la! Punyer le level minyak kami sikit, di tambah lagi stesen minyak tekder….alahai…. terpaksalah membeli dari kedai yang memborong minyak dari pekan  kuala penyu yang jauhnya sekitar 1 jam dari jeti…so terpaksala kami beli….
 
: eh korang...lain kali kita bawak tangki tambahan..pueh hati!...aku yang dari tadi kebas punggung masih duduk atas motor....
Alhamdulillah kami sampai rumah  fahmi sekitar jam 615 ptg, so terus kami solat jama’ qasar di masjid berhampiran. Kami mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan keluarga Fahmi. Kami agak terleka dengan kelincahan 2 org anak buah Fahmi yang comel2 tu... 
 
:dalam beg abg matnor ader rahsia......nak bukak!!!!!!
Selepas 1 ½ jam d  rumah sdr fahmi,kami pun berangkat mengundur diri memandangkan tiket feri kami pada jam 9 mlm. Tepat 9 mlm kami pun menaiki feri tapi feri punyer la lambat bertolak..korang tau jam braper feri bertolak?...hah...jam 945mlm...punyerla lama loading kenderaan mlm tu..kbtln hamper kesemua kenderaan adalah lori... kami pun sempat bergambar kenang-kenangan time atas feri tu...
 
 
Actually , perjalanan feri waktu malam adalah yg paling boring...sebabnyer...bukan Nampak aper pun kat laut tu...sumernyer gelap gulita...haha!!!so aku dgn tengku mengisi masa terluang dgn menonton cerita yang paling tak betul subtitles nyer di muka bumi yg pernah aku jumpa...yang dua org lagi tu...singgah ke sidratul muntaha skjp. Kami pun sampai lah jeti Labuan pd 1115mlm.
“Aduih....nak tidor mana mlm ni?..dah jam 1130 mlm ni...hm...kita tdo kat masjidlah.”..itu antara dialog kami ....so terpaksa la tidor kat masjid AnNur d Labuan... kami bangun subuh jam 415 pg..ada yng amil kesempatan solat tahajjud kejap,ad yang masih berehat lagi pun ad...namun ade perkara yng mungkin bagi aku ,Allah cuba buka pandangan ku terhadap kalam kehidupan dgn lebih mendalam.....
Hari ke-2
“Assalamualaikum saudara, ap khabar? Ni dari mana ni” Tanya salah seorang jemaah tabligh kpd aku..setelah bertaaruf sekejap, dia mempelawa aku dan sahabat, utk join kuliah subuh diorang kejap...
Faez selaku ketua rombongan bersetuju...so setelah selesai solat subuh berjemaah, terus kami mendengar kuliah subuh jemaah tabligh tu...antara perkara yng aku kagum, adalah ketua jemaah tabligh tu adalah seorang doctor...jemaah tersebut berasal dari Terengganu dan ada yg dr Australia..pelik bagi aku...
 
 
   
:keadaan n design dalam masjid Annur, Labuan yg sama seperti  d masjid Negeri, d Wisma Muis KK.
D dalam hati aku terdetik rasa kagum kerana apa isi tazkirah jemaah taligh tu tak sama jemaah tabligh yang kelihatan sama jer bila setiap kali diadakan tazkirah yang aku dengari...cara pembawaan tazkirah oleh doctor tersebut lain dari yg lain dan menarik perhatian aku...antara peringatan/ kata2 beliau kpd kami adalah “jika orang sakit scr biologi, tempatnya adalah hospital, jika org sakit ‘hati’ , tempatnyer adalah masjid”. “dan jika d hospital, ada program/ kaedah khusus tuk mengubati pnyakit, maka masjid pun sama, ader kaedah yang dapat mengubati penyakit’hati’ ni.”selain itu juga beliau mengingatkan kami agar sentiasa mengikuti Alquran dan AsSunnah serta akhlak para sahabat baginda..aku tak dapat nafikan dgn mendgr sedikit sbnyk tazkirah tersebut, hati aku menjadi tenang, seolah olah ianya dapat melupakan aku terhadap masalah identity crisis yang serius aku hadapi.
( thanks a lot, Dr!..) 
Sebelum kami mulakan perjalann, perut kenala isi dulu,so kami singgah la kejap makn kat kedai mamak ni...
 
                                                                       
Setelah itu, kami terus ke KAL untuk bertemu dengan Sdr Hafiz yg rumah nyer di Labuan....sesampainyer di KAL, kami terus mandi
 
 
Kat Padang permainan..
  
KML(kolej matrikulasi Labuan)
Pada malam ke-2, kami bermalam d rumah saudara Hafiz..kbtln tiada elektrik..(.haha..siapala yg bawak byk dosa ni...hehe)
 Pulang : jumaat ,7 pagi....UMS!!!!!kami pulang!!!!!!!!!!!!

Sunday 7 December 2008

Selamat Hari Raya AidilAdha

DALIL PENSYARIATAN & FADHILAT QURBAN

DALIL PENSYARIATAN

* Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

* Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

* Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)






FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

* Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

* Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

* Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

* Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

* Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".