Tuesday 7 December 2010

SALAM MAAL HIJRAH.

 

Gigih mendayung di gigi muara,
Cinta mula bersemi dihati,
Maal Hijrah menganjak tiba,
Semoga kehidupan saling diberkati.

 

 SALAM MAAL HIJRAH.

Friday 3 December 2010

outstation

Salam...


Kerja. 

ouhhhhhhhhhhh penat 1 googleplex...hahaha.
Kena outstation dr KL -JB - KL- Cameron.  Tak dapat pemandu, maka kena memandu kereta sendiri....Patah pinggang di buatnya.

Bermalam di JB selama 3 hari. Banyak belajar ttg Holland daripada trainee syarikat ini. Banyak persoalan daripada mereka juga yg tak dapat aku jawab. Kebanyakkannya tentang polisi kerajaan terhadap negara Malaysia. ouhhhhhh memang diskusi yang mencabar dan mencambah minda.

Sudah la penat memandu tak hilang dari JB, kena pula sambung perjalanan ke Cameron. Aduh.......kalau badan ini boleh berkata-kata, sudah pasti ia menjerit meminta rehat.  hahaha. Tapi tidak mengapa kerana AKU SUDAH JATUH CINTA PADA CAMERON HIGHLANDS!. Tenang jiwaku! Sekalipun bekerja disana, ia seperti bercuti.


Hari ini baru selesai penilaian prestasi kerja ku oleh bos aku. Alhamdulillah, ak dapat 85%. Ia cukup baik buatku yg baru 3 bulan bertatih di alam korporat ini. Ya, banyak yang perlu aku tingkatkan kualiti/mutu kerja aku. Bos aku berjanji untuk menghantarkan aku ke kursus yang membolehkan aku diiktiraf mempunyai kelulusan dalam spesifikasi kerja aku disini. Terima kasih Bos!. Maka, apa yang kurang pada mutu kerja aku? Jawapannya mudah sahaja. Aku tiada mobiliti dalam gerak kerja aku. Aku bergantung 100% kepada kenderaan syarikat. Hik3x! Tercuit rasa lucu disitu, namun aku mengambil ia secara serius. Perlu konsisten menyimpan wang untuk membeli sebuah kereta. Aku faham maksud Bos aku. Dia mahu aku memiliki sebuah kereta!. Saya beritahu " Bos, On da way!". Dia tersenyum...


Novel. 

Ada  5 novel lagi yang perlu dihabiskan. Maknanya, tak boleh lama-lama blogging. Hik3x!




Jumpa lagi......Smile!









Wednesday 24 November 2010

Kalam kelam.......

Bila cahaya itu bersulamkan kelam
Bukannya girang tapi muram
Bukannya terang tapi kusam
Bukan jua  diundang tapi tak bertamu,
Mengapa ia harus begitu,
Tangis, duka juga pilu,

Pergilah..
Janganlah kembali bertemu,
Meniti hari juga waktu,
Biarkan ia terus berlalu
Ditelan saatnya waktu

Entah bila ia kan berbatu
Kukuh di dalam doa dan restu
Andai itu kurniaan arashy tertinggi,
Walau sekelumat durja dalam sanubari,
Akan dituturkan suci bicara penuh budi
Agar lorong-lorong perjalanan sentiasa di isi,
Payung naugan pemilik hati.



Nota ringkas: Ingatlah!


"Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang." (QS. AL BALAD:17)

"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu, (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya." (QS. AL BAQARAH:45-46)

 "Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri," (QS. ATH-THUUR:48)

Friday 12 November 2010

Proton Show room..

Salam All.

Lama sudah membiarkan blog "berhabuk". Terus kepada cerita....

1.Show room.

Selesai dari menyelesaikan urusan di ibu pejabat Jbtn kimia Malaysia, terus ke Proton show room. Sengaja mahu melihat Persona dan Inspira dari dekat serta mencuba kedua-dua model. Nampaknnya Inspira mengalami  kecelaruan konsep. Mana tidaknya konsep "sporty" dari luar manakala konsep "mewah" di dalam.  Aku juga melihat Inspira mnyerupai jerung "jongang"? manakala jerung yg sebenarnya adalah lebh kepada Mitsu Lancer. Aku tidak pasti mengapa proton tdk mengeluarkan modelnya tanpa meniru walau 1% sekalipun. Team rekabentuk Proton dihalang kah?


2. Kerja.


Macam biasa, pergi kerja dengan iringan doa juga semangat supaya kerja dengan lebih gigih. Kena perform supaya dapat naik gaji. hehehehe. Bayak juga belajar dari ketua ak.


3.  Out station.
Banyak kena attend out station nih. Balik rumah memang penat. Harap2 company ada tawarkan untuk sambung master. Ameen. Tunggu dan lihat bagaimana....







Sunday 19 September 2010

Perlu lebih berhati-hati

Salam All.

Kelmarin berkesempatan ke kenduri walimatul urus sahabat di Setiawan, Perak. Kebetulan bertolak awal, maka singgah di rumah ziarahi ibu bapa.

Maka nak dijadikan cerita, sedang rancar bercerita, tiba-tiba mak saya bercerita pasal blog saya ini.

BLOG SAYA! BLOG SAYA! BLOG SAYA!

Beliau  lebih berminat membaca pada tanda seperti " isteri" dan lain lain yang seumpama dengannnya.










SAYA KENA LEBIH BERHATI-HATI! 


tidak mengapa. saya maafkan sebab dia bukan dari generasi sekarang seperti kita. saya anggap dia tidak memahami ke atas segala apa yang gua tulis.


Kalau dulu, mak selalu tengok buku akademik, sekarang blog pun nak pantau ker?






 

Wednesday 15 September 2010

Berita Harian Online | Peringatan menjaga maruah, integriti

Berita Harian Online | Peringatan menjaga maruah, integriti


Peringatan menjaga maruah, integriti
Oleh Teo Kok Seong
teokok@ukm.my
2010/09/15

Rakyat perlu bersatu pertahan negara daripada ancaman musuh

UNTUK kali pertama selepas 47 tahun, 16 September iaitu esok dijadikan cuti umum untuk meraikan hari penubuhan Malaysia pada 1963. Walaupun agak lewat, tarikh ini tetap dialu-alukan pelbagai pihak kerana Hari Malaysia boleh dikaitkan dengan banyak peristiwa negara yang tidak kurang pentingnya yang seakan sudah dilupakan kerana tidak diperingati sebagai hari bersejarah dalam takwim nasional.

Hari bersejarah ini melihat kelahiran Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah yang jumlah keseluruhan penduduknya 10 juta. Dengan penubuhan Malaysia, penjajahan British boleh dikatakan berakhir di Asia Tenggara kecuali di Brunei. Bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu, penduduk di tiga wilayah yang baru merdeka ini yakin mereka bukan saja akan terus maju, tetapi dapat hidup dalam keadaan aman damai.
Mereka sendiri yang memilih untuk bergabung selepas mencapai kata sepakat ekoran perbahasan, pungutan suara dan lain-lain yang diadakan dua setengah tahun. Dalam hal ini, mereka mendukung semangat solidariti yang tinggi untuk bersatu dalam Malaysia, selepas menyedari memiliki takdir yang sama di Nusantara ini.

Walaupun demikian, sesungguhnya proses penubuhan Malaysia dipenuhi pelbagai masalah. Antaranya krisis, ketegangan dan kejutan. Namun, rakyat negara Malaysia yang baru ditubuhkan itu bukan saja dapat bertahan, tetapi berjaya mengatasi segala dugaan dan kesengsaraan dihadapi. Ini tidak dapat dinafikan kerana faktor perpaduan di kalangan semua sektor dan lapisan dari empat wilayah dalam Malaysia.

Gagasan Malaysia dicetuskan Tunku Abdul Rahman pada Mei 1961 untuk memupuk kerjasama politik serta ekonomi lebih mantap antara empat wilayah berkenaan di rantau ini. Ia mendapat sokongan British yang akhirnya merestui Perjanjian Malaysia.

Untuk memastikan penerimaan gagasan ini di kalangan rakyat, Suruhanjaya Cobbold diwujudkan bertujuan meninjau pandangan rakyat di Sarawak dan Sabah. Keputusannya me-nunjukkan mereka menerima keunggulan gagasan Malaysia. Singapura yang sebelum ini banyak mengadakan perbincangan penyatuan dengan Persekutuan Tanah Melayu, menerima gagasan ini dengan senang hati.
Dalam suasana positif ini, tiba-tiba pada akhir 1962, muncul gerakan bersepadu daripada komunis di seluruh Asia Tenggara bukan saja menentang gagasan Malaysia, tetapi lebih dahsyat menggagalkan penubuhan Malaysia.

Ini diikuti dengan kerumitan lain. Antara yang penting adalah tuntutan Filipina ke atas Sabah (yang baru dilakukan selepas Filipina lama merdeka), pemberontakan mengejut tetapi dapat digagalkan di Brunei (Brunei antara ahli gabungan untuk Persekutuan Malaysia) dan dasar permusuhan secara tiba-tiba dari Indonesia.

Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan selepas dimusuhi Filipina dan Indonesia kecuali dengan hati yang berat memutuskan hubungan diplomatik. Ekoran itu, khususnya dasar permusuhan Indonesia, rusuhan yang berlaku di Medan dan Jakarta memusnahkan Konsulat dan Kedutaan Malaysia. Peristiwa ini bukan saja melanggar kod diplomatik hubungan antarabangsa, tetapi ia adalah pencabulan kedaulatan sebuah entiti politik lain.

Namun, Malaysia tidak bertindak balas secara ganas. Sebaliknya, untuk melindungi diri, Malaysia yang terkenal di seluruh dunia sebagai negara yang cintakan keamanan, mengambil beberapa langkah sebagai persediaan kalau ia diceroboh dan diserang.

Tindakan agresif Indonesia antaranya berasaskan kepercayaan mereka bahawa penubuhan Malaysia adalah rancangan British untuk menjajah rantau ini dengan kaedah baru. Oleh itu, Indonesia mengambil keputusan menentang gagasan Malaysia habis-habisan. Untuk ini, ejen Indonesia berjaya memasuki negara melalui jalan laut seperti berlaku di Johor. Indonesia juga banyak melancarkan serangan di Sarawak dan Sabah, khususnya di perbatasan Malaysia-Indonesia.

Permusuhan ini yang lebih dikenali sebagai konfrontasi sebenarnya banyak menyusahkan kehidupan nelayan Malaysia yang mencari nafkah di Selat Melaka, sama ada di perairan antarabangsa mahupun dalam kawasan Malaysia. Mereka dirompak, diserang secara fizikal, selain peralatan dan bot mereka dibakar.

Filipina mengikuti langkah Indonesia tidak menyokong gagasan Malaysia. Tuntutan ke atas Sabah jika berasas sepatutnya dilakukan terhadap British oleh Filipina sebaik saja ia merdeka. Menuntut Sabah ketika Malaysia menghadapi krisis dengan Indonesia boleh diibaratkan sebagai sabotaj untuk turut menggagalkan gagasan Malaysia oleh Filipina.

Ketika konfrontasi ini, ada pengkhianat di kalangan rakyat Malaysia. Sesetengah ahli parti politik tertentu, baik yang sah mahupun yang bergerak bawah tanah memperlihat sokongan kepada Indonesia. Mereka bersama sebilangan rakyat Malaysia yang tidak setia kepada tanah air sendiri, memberi kerjasama kepada Indonesia untuk mengganyang Malaysia.

Sehubungan ini, beberapa pertubuhan politik tanah air didapati memberitahu belia supaya tidak mempertahan negara jika diserang, selain jangan mendaftarkan diri dalam perkhid-matan negara. Sikap seperti ini yang bukan saja tidak langsung memperlihat semangat kenegaraan, tetapi amat tidak patriotik, boleh menjahamankan negara dari dalam.

Sungguh malang dan menyedihkan dalam keadaan negara menghadapi krisis genting, ada anasir tidak setia serta pengkhianat durjana di kalangan rakyat Malaysia. Bagaimanapun, mereka yang taat kepada negara yang jauh lebih ramai dari semua sektor dan lapisan, bangkit mempertahan negara daripada ancaman ini dengan satu-satunya cara iaitu bersatu.

Sesungguhnya, semua cabaran ketika penubuhan Malaysia mempunyai hikmah di sebaliknya. Konfrontasi menyatupatukan rakyat dari semua sektor dan lapisan di empat wilayah ini. Ia wujud bukan saja untuk mempertahan Malaysia daripada diceroboh musuh dari luar dan dalam oleh pengkhianat bangsa, tetapi lebih penting ialah menjaga maruah dan integriti Malaysia sebagai negara berdaulat.

Hari Malaysia ada signifikannya dalam 1Malaysia. Ia antaranya hari memperingati perpaduan erat semua sektor dan lapisan rakyat dalam mempertahan negara daripada ancaman musuh.

Penulis ialah Felo Penyelidik Utama/Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM


Friday 10 September 2010

Perutusan Aidilfitri untuk sekalian jajahan takluknya


Tomorrow is Eid Mubarak. Happy Eid Mubarak to all Muslims. May this raya bring joy and His blessings. Have a blast raya.

For those who know me, forgive me if I ever hurt u in any way.

Hope Love and Laugher, warmth, wishes, joy and a bouquet of Eid wishes, jubilations, become a part of your Eid and Your Life.

Have a Happy Eid Mubarak. =)


Thursday 9 September 2010

Why Hawking's theory is flawed

Why Hawking's theory is flawed

Why Hawking's theory is flawed



IN his latest book, world-renowned British physicist Stephen Hawking has concluded that God was not necessary for the universe to come into being.

The following quote summarises Hawking's argument: "Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing. Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing; why the universe exists, why we exist."

In my view, such a conclusion is scientifically flawed and violates one's fundamental "Belief in God" (the first of the Rukun Negara principles) as the creator of the universe and of mankind and all life.


Considering basic principles, when scientists talk about "Conservation of Energy", what it means is that in an isolated system, energy can't be created or destroyed. Because of Einstein's famous equation linking energy and mass, we can also state that mass is conserved.

Because matter and energy cannot be created or destroyed, Hawking's statement that the universe created itself from nothing contradicts the basic principles of physics and the laws of thermodynamics.

Whether we call it "evolution", "natural processes", "laws of nature", "big bang" or "gravity", a plethora of diverse, testable evidence demonstrates that a supernatural God is necessary for each law itself and to order with infinite precision the entire creation and functioning of the universe.


We should thank God for creating our universe and us, and faithfully seek to serve Him with gladness by showing love and respect for all and being diligent and honourable in our endeavours.

RUEBEN DUDLEY
Petaling Jaya,
Selangor



Read more: Why Hawking's theory is flawed http://www.nst.com.my/nst/articles/18denggi/Article/#ixzz0z0PszHCf

Saturday 4 September 2010

Semasa kerja

Pasal kerja

Hari pertama
Lapor diri di Syarikat Malaysian Agrifood Corporation Berhad.
Alhamdulillah. Syukur..semuanya selamat dan teratur. Perjalanan pada hari tersebut juga baik-baik saja.
Yang seronoknya, ramai staff yang berkerja disitu terkejut kecuali 2-3 orang yang tahu akan kehadiran saya untuk melapor diri. Syukur juga mereka semuanya masih ingat akan saya dan menyambut saya dengan senyuman yang gembira. 


Hari 2 -3


Kepala agak sakit dan pening gara-gara saya membaca fail-fail tentang tugas-tugas saya. Nasib baik Vice President banyak menolong saya. Kerja setakat ni nampak best sebab banyak jalan2@outstation. hik3x..terutamanya ke UPM...


Nampaknya saya kena hafal jalan ke UPM takut kes bilamana kereta syarikat fully utilised. Atau dengan kata lain saya perlu kereta cepat-cepat.hik3x..antara idaman (sambil sakit kepala memikirkan bajet untuk isteri kereta.)


Toyota Vios
Honda Civic
Honda city


Honda Accord Ivtech


Asasnya saya perlu lebih berhati hati dan tidak terburu buru dalam mencari calon isteri kereta.
Saya perlu tunggu sehingga bulan ke 6 supaya dapat membuat "weather forecast" samaada saya boleh membeli kereta atau tidak.. Mohon doanya ya... =)









Wednesday 1 September 2010

Kerana US ke KK, Dari KL ke Amsterdam:Suatu Harapan….

 (posting ni sepatutnya diterbitkan dua tahun dulu, tapi saya lupa)


1. Saya pasti …anda juga punya impian yang tinggi menggunung sedang anda kejar bukan? Walaupun ianya pernah anda anggap mustahil?...

2. Ingin saya kongsikan suatu kisah, yang terjadi pada saya sendiri.Sedang saya leka bergambar perkarangan Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, tiba2 datang dua orang pemuda pelancong Amerika datang kpd saya. Mereka bertanya lebih kurang maksudnya dalam BM “ maafkan saya, boleh kami lalu di jalan menghala masuk masjid ni?” pada pendapat saya mungkin mereka lihat saya diluar perkarangan masjid tu dan menganggap saya sebagai salah seorang staf masjid kot..haha..


3. Saya membalas” tentu sekali”…lalu saya pun bertanya mereka dari mana?, siapa korang? Wat per kat sini?...Apa yang membuatkan saya terdetik untuk berkongsi disini adalah jawapan yg diberi oleh William dan juga John dari Massachusets. “Kami pelajar master, datang sini semata-mata cari burung dan maklumat burung di Kota Kinabalu”.”boleh anda bantu kami ttg burung2 disini?”

4. Bila saya pulang, saya terfikir, mereka sanggup susah payah datang sejauh ini semata2 burung?...kerana minat akan ilmu, mereka sanggup tempuhi segala kesusahan..
5. Apakah aku sanggup seperti mereka? Sanggup menempuhi segalnya demi ilmu?







Tuesday 31 August 2010

Rezeki yang tidak disangka-sangka

MINGGU 1 RAMADHAN : 

Suatu petang, dapat panggilan daripada syarikat X ( tempat latihan industri dulu). 

HR : Salam Hafiz, apa khabar?
Aku: walaikumussalam...ada apa yang saya boleh bantu kak?
HR: Tahniah, Hafiz dapat tawaran bekerja di sini...
Aku: yahOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!( sambil melompat dan terjatuh dari katil)..Alhamdulillah......
HR; bila boleh lapor diri dik?
Aku: 2 minggu dr sekarang..sbb tgh buat part time..kena bg notis berhenti dulu..
HR; ok! =)
Aku: dalam hati....ala rindu aku le tu....


MINGGU 2 RAMADHAN : 

gi terawih kt masjid berdekatan... niat biasa2 jer...

sekali YB NIZAR JAMALUDDIN  ada kat depan....wah........nak salam n tangkap gambar tk boleh...tp harap dapat jumpa YB lagi... I adore U!



MINGGU 3 RAMADHAN : 

sesampai KL masuk umah sewa etc, alhamdulillah semuanya dipermudahkan....
nk g solat tarawih....duduk saf 3....sekali ada sorang ni duduk sebelah aku. Macam biasa buat tak tahu jer la unless dia hulur tgn tuk salam...solat punya solat.....sampai la hbs....
time nak salam sebelum tazkirah dimulakan,  aku pon salam la hamba allah ni . time ni br nak tgk muka...Subhanallah....YB ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS sebelah aku rupanya....

aku pon tersengih tersenyum.. ulama muda di sebelah ku...
alhamdulillah....ustaz nasa, harap dapat jumpa ustaz lagi..... terima kasih di atas kuliah kemerdekaan. i adore U!



aku pun fikir berfikir terfikir memikir....ni ada uasaha membawa ku kepada PAS / kancah politik? wallahualam....tapi yang pasti aku sangat senang hati dengan  kehadiran mereka....



setiap detik ramadhan senantiasa membuatku FIKIR! 




Thursday 26 August 2010

AKU CEMBURU!





Seketika pulang dari kerja sementara, sampai rumah, buka kasut, stokin, terus mencapai akhbar......


Menarik.....dan puas sebab dapat update berita...tak sah hidup saya kalau tiada berita yang masuk....

Helaian demi helaian dibuka...terpanar seketika di ruang salam perantauan...


Teringat ketika menyambut ramadhan dan syawal di bumi Universiti Malaysia Sabah. Pengalaman beraya di rumah sahabat-sahabt di seperti Kudat (raya pada tahun 1), Sandakan (raya tahun ke 2), ketiga pula terpaksa bergegas pulang setelah ibu merajuk..hahahahaha!.. dan tahun ke 4 di Lahad Datu & Sandakan.


Kenapa?

Sebab bumi Sabah menjanjikan pengalaman yang cukup manis buat saya.

Saya cemburu tentang ini. Tambah lagi cemburu bila melihat kiriman rakan rakan dari perantauan dari UK, Ozzy, France, Germany....and especially NEW ZEALAND! 

AKU CEMBURU! 


But I like not these great success of yours; for I know how jealous are the gods.
Herodotus 





Thursday 19 August 2010

Berpada-pada lah....

Salam wbt....

Petang tadi, bertempat tempat kerja sementara aku,  seorang perempuan ok jugaklah.datang ruang pejabat aku minta sebuah dokumen. Ok no problem..boleh bagi...tapi.......


tapi......


kalau make up tu biarlah berpada-pada. memangla wanita memang makhluk yang suka akan kecantikan. Bukan apa, saya terkejut. Ingat apa lah, macam terjumpa hantu pun ada....


so, nak cantik bukan pada make up sahaja, ingat AKHLAK juga perlu CANTIK.

Kalau ada kesempatan boleh jumpa lagi..(cis, sempat lagi). hehehehe






Friday 13 August 2010

Dugaan......

nak share something kat sini lagi....tapi.......kesihatan kurang memuaskan.....paling sakit.....hidung....ish3x...

kena bersabar...........

ujian bulan puasa..............

kifarah dosa.......


Tuesday 10 August 2010

Perutusan; Salam Ramadhan Al mubarak


I would like to wish all Muslim family/relatives, friends and patrons, especially my blog readers a very meaningful and blessed Ramadhan. 

 A very special  love dedicated to all pious Muslims particularly for those keep trying to acquire God’s praise and blessing. Very heartily congratulations that we got an opportunity from almighty Allah to earn Jannah and Maghfirah. May Allah accept all our prayers, physically, financially, every single our action and accept all our needs here and hereafter and forgive all our bad deeds....Ameen.
 


The Prophet Muhammad (Peace upon Him) said: “Whoever fasts the month of Ramadan with faith, and seeks God’s pleasure and reward, will have his previous sins forgiven.
May this coming Ramadan month brings joy and nur into our lives and receive Allah’s blessing and forgiveness.
Happy Ramadan Al-Mubarak



 

Thursday 29 July 2010

Ragam Penyelaras Latihan Industri

Selepas pulang dari tugasan di  Cameron Highlands, dan melapor diri di ibu pejabat syarikat di Puchong.



 Soalan pertama ditanya oleh Sir A.


Sir A: hafiz, u sudah dapat girlfriend ?
Aku  : er.....haaaaa?



dalam hati " bukannya  nak tanya perkembangan terkini tugasan yang dia bagi.....huhuhu.....


dan Sir A memang tahu saya belum berpunya.....hahaha...
ucapan terima kasih kerana ambil berat tentang hidup saya...

"kalau ada jodoh takkan kemana ".




Saturday 17 July 2010

What Is the Difference Between Hardcover and Paperback?

Today i was searching "The Lost Symbol" tru MPHonline...Suddenly, there are notation "format" which are hardcover and paperback.  This seems blur for me...err.....and here are some explanation with this blur...hehehe....



 

Today, my reader, Rahman contacted me with a doubt:

Dear Lenin, would you explain why there are two types of books: hardcover and paperback?

This is quite a simple affair and there are explanatory articles to be found at various places on the Net. Here is my addition.

Hardcover

A hardcover aka hardback is a book bound with thick protective cover, with usually a paper or leather dust jacket over the main cover. The aim of hardcover is protection and durability. These books are mainly for long-term use and collectors’ editions. Hardcover books last far longer than the corresponding paperbacks. They do not get damaged easily thus making them perfect for reference guides, great literary works, etc.

In addition, there is a difference in the type of paper used to print hardcover books. The paper used is long-lasting acid-free type. Acid-free paper has a pH value of 7 (neutral) which makes it highly durable. The papers are stitched and glued to the spine.

Hardbacks are prepared for commercial works, best sellers, reference books, etc., which should be long lasting. If the market value of the book in question is high, publishers print out hardbacks first before paperbacks, since it is more profitable.

Paperback/Softcover

Paperback books are prepared for non-commercial works and those, which don’t get much exposure. The cover here are made of thinner paper or cardboard, with glue to stick to the leaves.

Since its cost of production is low, paperbacks are produced in mass, called mass market paperbacks. These are released after the hardcover edition is published. Usually the paperbacks are sold in mass and are meant for short term reads—that is, meant for people boarding airplanes, trains, etc.

Another type of paperback edition, known as trade paperback is created with more durable paper than mass market paperbacks.

Conclusion

The best selling writers always have their hard cover editions released first. It is an indication that their fans will collect the book. Most new writers will start off with a paperback.

Copyright © Laurel Shah 2008
Copyright © CuteWriting 2009. All rights reserved.
For republication, please contact us.
[This notice is void in case of contributions and posts in which the author is explicitly specified.]

Monday 21 June 2010

Mengambil ibrah dari kesilapan kehidupan.

Saat ini adalah antara saat-saat kejatuhan saya. Kenapa? Yang pasti saya ada premis atau hujah untuk menyokong pernyataan ini. Saya masih dihijab daripada melihat keajaiban/hikmah disebalik kejatuhan ini. Atau soalan saya yang lain, "masih ada/wujud/terselit hikmah disebalik kejatuhan?".

Setelah merasai puncak

Bicara ini terdetik setelah saya meningkat dewasa. Mula memikirkan naik turun, tinggi rendah, suka duka. Tapi malangnya hanya mampu menikmati seketika sahaja tanpa mengerti apa apa tentang kehidupan. Usia yang sungguh muda. Tidak mampu mengerti apa-apa.

Teringat arwah mudir Maahad yang pernah saya memburu sekelumit ilmu di lapangan bendang ini. Beliau sangat sangat mengambil berat tentang diri. Setelah mengetahui diri ini ingin berpindah ke sek. men. aliran biasa, beliau memanggil saya seusai solat berjemaah isya di masjid  yang juga berada di dalam kawasan maahad.

"kamu cuba lihat masjid ni, setelah setahun kamu bertungkus lumus mengaji, menghafal, memahami agama, kamu mahu meninggalkan begitu sahaja?",

" Ibu ayah kamu menghantar kamu ke maahad ini untuk menjadikan kamu seorang seorang pemuda berjiwa mukmin. Baik kamu pertimbangkan semula"

"Saya khuatir kamu hanyut".

Itu antara bait-bait dialog mudir yg masih saya ingat sehingga ke hari ini.


Tetap keluar

Nekad untuk keluar maahad. Ingin selamatkan prestasi pelajaran. Mahu berada dibawah sistem pendidikan yang lebih baik. Tinggalkan segalanya di maahad. Sahabat2 seangkatan, guru-guru, yang pasti mudir agak kecewa dengan keputusan ini.

5 tahun berlalu. Allah menemukan kami semula. Mudir sering berulang alik mengajar di Surau yang berada dihadapan rumah. Seringkali saya kesitu dari kecil. Itu memang didikan dari ibu ayah. Kebetulan bercuti semester matrikulasi.  Sepanjang kuliah itu, saya perasan mudir sering memerhatikan saya, tetapi beliau fokus dengan kuliah. Seusai kuliah, saya cium tangannya, tanda hormat, tanda selamat.

Mudir memegang tanganku erat. Seakan ingin membicarakan sesuatu.Saya menarik tangan dengan cepat. Tidak mahu berbicara lanjut. Cukup sekadar ciuman tangan!. Kedegilan diri penghalang diri. Tembok egois kukuh menebal. Kerana bangga mengambil keputusan tepat keluar dr maahad.Tetapi beliau tetap senyum walaupun raut raut duka seakannya kelihatan. Ya, aku darah muda!.

Perpisahan yang terakhir

Tidak pernah saya menduga bahwa itulah pertemuan kami yang terakhir. Sungguh. Tidak pernah terlintas di dalam fikiran ini. Beliau menghembuskan nafas terakhir tanpa saya mengetahui, tanpa saya memakmumi solat jenazah kepadanya. Mungkin ketika itu saya bergembira, bersuka ria, leka. Mungkin!. Saya mengetahui kematiannya setelah sekian lama beliau meninggalkan kita semua.

Buat pertama kalinya menggeletar mendengar berita kematian beliau. Pandangan seakannya gelap seketika." Dimanakah saya sekarang, sedang buat apa?, kenapa disini?". Tidak sedar diri ini jatuh sendiri terjelepok ke atas lantai. Pandangan masih berpinar-pinar.


Mula berfikir

Saya menenangkan diri seketika. Ya ini adalah ibrah. Ini adalah balasan tuhan ke ata hambanya.  Ya, saya yakin saat di matrikulasi itulah bermula saat kejatuhan. Pada ketika itu, saat saya menarik tangan dengan cepat, tidak mahu berbicara lanjut, tidak mahu mendengar kata katanya sewaktu dia mahu menyampaikan sesuatu. Dan saya yakin, saya sedang menghadapi kesannya.

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang
itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. surah Al-Baqarah,ayat 216.

Sabda Nabi: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar untuk setiap kecemasan dan akan membukakan pintu keluar dari setiap kesempitan”

Jauh di sudut hati, menyesal tidak sudah- sudah. Tapi saya yakin, dia mendoakan saya yang baik baik. khusus anak muridnya seperti saya. Dia bak seorang ayah buat saya. Dia membina jati diri saya. Saya yakin dengan Firman NYA. Saya yakin dengan ayat Rasulnya.Semoga ruhnya di tempatkan dikalangan orang-orang soleh. Ameen ya rabb.

Saya menanti saat kebangkitan itu.
Menanti dengan penuh sabar dan redha dgn onak dan duri di sepanjang perjalanan kehidupan.

Itulah ibrah.
Pengajaran ini menyedarkanku.

Bangkit semula selepas jatuh!
Satu kejadian, seribu ibrah.







Friday 30 April 2010

Kembalikan semangatMU



Kembalikan semangatMU

Saya baru sampai ke rumah setelah sekian lama tinggal di bumi Sabah di bawah bayu. seiring perjalanan hidup disana, terlampau banyak cabaran mehnah tribulasi kehidupan sebagai mahasiswa. banyak aspek yg tidak terhingga sakitnya. antaranya sbg pimpinan pelajar ketika saya memegang jawatan MPPUMS 07/08  dll. Post kali ini bukan untuk topik pimpinan.....tp sa sangkut .sama itu sumandak dr sandakan tau.huhuhuh berat juga ni...tp last2 kaciwa juga...nda pa lah....

1. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
 

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang

lama pastikan sembuh kembali selagi iman terselit didada.

2. Cinta Bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.

Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan

kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan

semangat.

3. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari 2 perasaan. Kehadirannya

tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu

sukar untuk dimengertikan.

Friday 2 April 2010

Akibat suka sangat lupa cuti umum.



 





  1. Pagi2 datang lab. Ada kak hadrayani, master.
    Sy tanya" kak, kenapa hari ni tak da orang kat fakulti ni? Kereta dan motor pun tiada?

    Kak     :"ko ni tak tau ker"

    Saya    : "tau apa kak?" 

    Kak      : hari ni cuti krismas!

    Saya    : la.......patut la...kenapa tak bagi tau...(cover malu)...







  2. Lepas solat jumaat, pulang bersama adik junior ke hostel. 
    Sy          : lepas ni abg nak pi jumpa supervisior la nk tnya pasal viva dgn penerbitan   journal....
    Baihaqi   : nak jumpa apanya bang....hari ni mana la boleh...

    Sy          : kenapa plak tak boleh, kan hari ni jumaat...weekdays lagi..

    Baihaqi : hari ni cuti umum, gud Friday la bang.....

    Sy        : adeh....terkena lagi aku......



    Terus ke fb, tnya coursemate., Elin

    Sy    ; minta tips supervisor hang ap nak letak kat slide viva nnti boleh?...lupa hari ni cuti umum.hahaha

    Elin    ; ...............................................letak sekian..sekian..sekian...

    Sy    ; ok.



    Kenapa la aku selalu lupa cuti umum?....lain kali tlg bgtau awal2 la geng....

Thursday 18 March 2010

Aku memang fanatik


memang minatku

  1.  Bola sepak. Bukan bola jaring apatah lagi bola keranjang. Ragbi, aku memang layan.
  2.  Badminton.
Cakap fasal badminton, kempunan juga tidak dapat menonton final All- England. Chong wei menewaskan Kenichi Tago. TAHNIAH CHONG WEI!!!!!!!!!

Yang Dipertuan Agong pun sempat ucap tahniah sewaktu sesi perasmian parlimen baru2 ni....

Menggapai kemenangan memang mudah, tapi nak mengekalkan kejuaraan amat sukar sekali. Itu kata dari Arsene Wenger, Arsenal coach yang aku memang respek giler pada taktik bola dia..even ramai kritik cara pengendalian dia, nah tgk....dia dapat bentuk pemain muda compete dgn star team lain....THUMBS UP!.

Lepas ni, harap dapat julang Piala Thomas plak. Tapi kena ingat, piala Thomas ni piala berpasukan, bukan macam All England. Boleh individu pun. Kalau dalam piala Thomas, even pereeorang dia star tahap dewa sekalipun, kalau beregu kantoi= kantoi la jugak team.



Lain-lain ; Sebagai rakyat Malaysia, saya sokong tanpa rasa sinis seperti rakyat Malaysia yang lain.

Sunday 14 March 2010

Bila kehidupan dilihat seperti kuburan sarkas.


Bila kehidupan dilihat sperti sarkas.


 

Kisah ini kisah semalam. Kenapa aku update hari ini. Jawapannya adalah kemungkinan ketidakstabilan aku' ketika itu, aku menulis seperti sampah. Maksudnya, menulis mengikut emosi. Sedangkan nak menulis pun ada etikanya tersendiri. Bukan nak memaki hamun sana sini.

Inilah yang aku cuba elakkan.

Maka, apa yang terjadi? Apa kaitan dengan tajuk di atas? Memang berkaitan.

Kisah hidupku bahkan kisah hidup anda bukanlah tempat sarkas untuk diketawa dan digilai. Lebih-leibh lagi kisah sedih seseorang seperti SARKAS!

Dalam waktu kuliah yang panjang, pensyarah telah tidak tersengaja mengallocate kisah bunuh diri masing masing Sedang dia bercerita tentang kisah sadisnya, walau bunyinya kalau didengari melucukan, semua orang gelak seperti di SARKAS, kecuali aku. Kerana apa? Kerana aku sangat- sangat menghormati. Tidak pula mempersendakannya lebih-lebih lagi kisah hidup orang lain. Semua nak gelak. Gelak. Gelak. Dan gelak. Shit lah gelak tu.. tgk..aku dah mula tulis **#$@ bukan bukan...

Maafkan aku kerana tidak mencoret tetang kehidupan ku disini. Bagiku, ia bukanlah untuk digilai apatah lagi untuk diketawakan. Walau ianya visiku selepas ini. Kerana aku TIDAK BERSEDIA!.

Lain- lain; terubat sikit marahku kerana, sengaja aku delay posting ni. Elakkan emosi marah menghantui penulisan. Tidak elok tu.. Selain tu, Arsenalku menang 2-1 ke atas Hull City.. Lagi berseri a senyumku...Fanatik Arsenal la katakan..hehe..

Aku memberi maaf kat semua orang sebelum tidur( aik, baru nak mula ke?) ek eleh....

Tentang 'dia' yang telah mencuri masuk ' istana hatiku', aku masih tak tahu lagi apa nak buat dgn 'pencuri' ni... tak da idea lagi. Kalau ada sesiapa mahu bagi nasihat, aku sedia mendengar( menurunkan ego ku yang tinggi mcm aku)


 


 


 

Friday 5 March 2010

Kerana dia seorang pemuda hebat


Aku merupakan seorang pemuda. Anda juga merupakan seorang pemuda. Kita semua pemuda. Kalau campur kaum hawa pula istilah bahasa kita bertukar menjadi pemuda-pemudi. Yang penting, kita termasuk dalam golongan pemuda-pemudi atau istilah lainnya adalah belia. Kita acapkali terdengar pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Tapi.....

Tapi berapa banyak yang pemuda pemudinya memberi aspirasi kepada agama nusa bangsa serta negara?...

Saya pernah dikritik di dalam facebook oleh seseorang. Dia menyalahkan saya kerana saya meletakkan 100% kesalahan keruntuhan moral di atas bahu generasi muda. Jawapan saya mudah. Kita yang membuat pilihan. Jika kita memilih yang baik, maka baiklah. Begitu juga sebaliknya. Sudah tentu keadaan persekitaran memberi pengaruh, tetapi pada akhirnya ianya kembali pada kita. Sebab itu mengapa kita di alam kubur nanti kita akan ditanya apa yang telah kita perbuatkan. Sebabnya kembali mudah, kita dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kita perbuatkan. Mudah bukan. Dengan kata mudah atau senang sendiri buat sendiri tanggung la.

Aku tak mahu membebel soal belia/ pemuda-pemudi dari sudut falsafah. Aku bukan ahli falsafah. Tapi aku bersyukur aku sentiasa berfikir akan segala tentang sesuatu. Sesuatu yang bermanfaat. Tak seperti rakan-rakanku yang funky giler, happy, fikiran bebas dari memikirkan sekeliling mereka.

Baik.

Terus kepada Salman Al farisi.

Siapa?

Apa kaitan dengan kita?

Pentingkah dia?

Kenapa?

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW pernah berkumpul dengan para sahabat baginda termasuk Salman Al-Farisi. Sambil memegang bahu Salman, Rasulullah SAW bersabda:
"Jika iman itu tergantung di bintang Suraya di langit, pasti akan dicapai oleh seorang lelaki dari bangsa Farsi ini.".

Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasulullah S.A.W kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan.

Ketika peperangan Khandak, beliau juga arkitek peperangan , mencadangkan supaya dibina sebuah parit besar atau khandaq di sekeliling kota Madinah untuk mengelakkan kota tersebut dari serangan orang-orang Quraisy.

Mari kita selusuri secebis kisah hidupnya, dan mungkin anda sudah membacanya.

1.Ketika beliau bertugas sebagai Amir di kota Madain, ia telah menolak untuk menerima gaji walaupun satu dirham. Ia tetap membiayai hidupnya dan keluagranya dari hasil menganyam dan merajut daun-daun kurma yang dibuat bakul kemudian dijualnya. Pakaiannya tidak lebih sehelai baju luar.

2. Satu hari ketika sedang berjalan di sebatang jalan, dia didatangi seorang lelaki dari Syiria menanggung sebakul buah tin dan kurma dalam keadaan sukar dan lelah. Lelaki itu tidak mengenali Salman, lalu meminta Salman turut membawa bakul buah itu bersama ke tempat yang dituju.

Salman dengan rela hati melakukanya. Dalam perjalanan itu, laki bersama Salman yang merengkuh membawa buah-buah itu bertembung dengan satu rombongan. Salman memberi salam. Rupanya rombongan itu mengenali Salman sebagai Amir. Maka guguplah lelaki yang meminta Salman membawa buah-buahnya. Lalu lelaki itu pun meminta maaf dan meminta semula bakul-bakul yang dibawa oleh Salman. Salman segera menjawab: " Tidak, biar aku aku hantar sampai ke rumahmu."

3. Satu ketika Salman pernah ditanya orang, kenapa dia tidak menyukai jawatan Amir? Salmam menjawab: " Kerana sangat manis ketika menjawatnya tetapi sukar hendak melepaskannya."

4. Ketika hendak mendirikan sebuah rumah dari lebihan bangunan, Salman bertanya kepada tukang rumahnya: " Bagaimana bentuk yang kamu hendak dirikan rumah ini?"

Tukang rumah itu sememangnya tahu Salman orang yang sederhana dan bukan dari orang yang suka bermewah-mewah, lalu dikatakan kepada Salman: " Janganlah tuan bimbang, rumah yang akan saya lakukan ini, hanya untuk berteduh ketika panas dan berlindung ketika hujan. Jika tuan berdiri, kepala tuan akan menyentuhi langit bumbung dan jika tuan berbaring, kaki tuan akan terhantuk kepada dinding."

Dengan selamba Salman berkata: " Betul tu, begitulah yang saya mahu."

5. Di saat firasatnya mengetahui bahawa ia akan dijemput Allah ke alam baqa, Salman tidak mempunyai apa-apa yang berharga, kecuali satu. Ketika menjelang nazak, Salman meminta isterinya mengambil sebungkus kasturi yang sangat dihargainya. Meminta isterinya mengambil secangkir air lalu dibancuhnya dengan tangannya. "Perciklah air ini di sekelilingku. Sekarang sudah hadir makhluk Allah (malaikat) yang tidak gemar makan tetapi gemar wangi-wangian. Tutuplah pintu rumah dan keluarlah," katanya kepada isterinya lagi.

Setelah beberapa ketika, isterinya pun masuk semula ke dalam rumah, alangkah pilunya apabila mendapati Salman sudah wafat.

Rupa-rupanya ketika isterinya di luar, rohnya sudah terbang melayah ke alam yang tinggi, terbang dengan sayap kerinduan, menemui janjinya.

Sirah ini ,suatu perjalanan Membina Sejarah

Lain-lain ;

Pemuda dulu-dulu menuntut ilmu kerana kehormatan ilmu itu sendiri yang tidak ternilai harganya. Tetapi sekarang, dimana kesedaran ilmu itu? Hanya diatas secebis kertas bernama scroll ?...

Kita harus berpendidikan pada masa yang sama juga berpelajaran. Bukannya berpendidikan tapi tidak berpelajaran.


 

Thursday 25 February 2010

TEKS PENUH UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA PROF. AL- ATTAS OLEH YM RAJA MUDA PERAK, RAJA DR NAZRIN SHAH.

Bismillahirrahmanirrahim

 
Assalamu'alaikum wrt wbrkt dan salam sejahtera.

 
Alhamdulillah dengan kebesaran Allah yang maha esa, majlis pelancaran buku Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam: Essays in honour of Syed Muhammad Naquib al-Attas, dapat dilangsungkan.

 
Beta bersyukur kerana bersempena majlis pelancaran ini dengan ketentuan Ilahi juga beta turut di angkat ke satu martabat kemuliaan apabila dipilih sebagai insan yang digandingkan dengan usaha mulia untuk memuliakan seorang sarjana Islam berwarga Malaysia.

 
Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas diiktiraf, disegani dan dihormati di serata dunia sebagai pohon ilmu yang asli teguh berakar di Taman Ilmu.

 
Syed Muhammad Naquib adalah insan istimewa memiliki watak intelek, jiwa intelek, daya intelek dan ruh intelek seorang muslim perintis dalam mempelopori idea mengislamkan pengetahuan (The Idea of Islamization of Knowledge).

 
Beliau telah menghasilkan 29 penerbitan dalam pelbagai aspek pemikiran dan tamadun Islam khususnya subjek-subjek menyentuh kosmologi, metafizik, falsafah, bahasa dan kesusasteraan Melayu.

 
Beliau telah menyampaikan lebih 400 syarahan umum di negara-negara Asia, Amerika Syarikat dan Eropah.

 
Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam adalah penerbitan berkualiti tinggi mengandungi 22 esei hasil penyelidikan 24 sarjana bertujuan merakamkan pengiktirafan kepada seorang ilmuan Malaysia bertaraf dunia. 22 esei tersebut telah dihasilkan oleh para sarjana dari serata dunia. Dari Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Bahrain, Egypt, Gambia, Iran, Iraq, Jerman, Macedonia, The Netherlands, Russia, Turkey dan United Kingdom di samping sarjana-sarjana dari Malaysia.

 
Setiap esei mengandungi kupasan dan huraian tersendiri bersandarkan sudut kajian dan aspek analisis yang diberikan fokus. Namun setiap seorang dari mereka walaupun apa sub-disiplin kajiannya mencapai satu titik pertemuan mengiktiraf dan menghargai ketokohan, pemikiran dan kebijaksanaan Syed Muhammad Naquib al-Attas.

 
Beta berpeluang mendapat naskah awal penerbitan yang akan dilancarkan ini yang telah diutus kepada beta bersama warkah jemputan ke majlis ini. Beta tertarik mengikuti kupasan-kupasan mengenai adab. Huraian tentang adab merangkumi elemen-elemen kemanusiaan, kebajikan, kasih-sayang serta sifat menghormati ibu-bapa, orang tua dan kanak-kanak,  juga jiran tetangga dan pemimpin masyarakat. Ditegaskan betapa pentingnya bagi seseorang insan memahami kedudukan masing-masing. Beliau menekankan bahawa adab itu adalah ketertiban budi (intellectual discipline). Menghormati guru dan orang berilmu adalah manifestasi adab terhadap ilmu. Tidak ketinggalan peringatan adab terhadap alam semulajadi, terhadap bahasa dan pentingnya alam spiritual dihormati dalam hasrat mahu mencecah darjat keluhuran dan adab itu sewajibnya memperlihatkan keadilan, mencerminkan hikmah serta mempertahankan hak dari segi realiti dan kebenaran. Adab dikaitkan dengan pendidikan manusia yang luhur bahawa apabila kuasa dan sumber diserahkan kepada individu yang tidak memahami idea induk, akan berlakulah penyalahgunaan kuasa dan pembaziran sumber. Diikuti dengan suasana kekeliruan intelek dan kekeliruan moral. Salah urus sumber mengakibatkan berlakunya kemiskinan yang berpanjangan dan kemusnahan institusi-institusi penting yang begitu berkesan dan dihormati pada zaman kolonial. Justeru itu, adab adalah penentu kepada jatuh bangunnya pemimpin di dalam sesebuah masyarakat. Adab memperingatkan bahawa taraf kemuliaan seseorang itu bukan ditentukan oleh faktor-faktor kemanusiaan dari sudut kuasa, kekayaan mahu pun keturunan tetapi ditentukan oleh kriteria-kriteria yang terkandung di dalam al-Quran dari segi penetahuan, kecerdasan otak dan sifat murni.

 
Setelah berpeluang menyelami huraian Syed Muhammad Naquib tentang adab, beta amat insaf akan betapa kerdilnya diri beta dalam aspek pencapaian ilmu berbanding dengan tahap yang telah beliau capai. Membawa beta bertanyakan diri sendiri apatah beta selayaknya dianugerahkan dengan kemuliaan pada petang ini untuk melancarkan sebuah penerbitan yang bertujuan memuliakan seorang insan. Seorang insan yang telah sedia lebih awal diangkat oleh Ilahi ke martabat kemuliaan ilmu yang begitu tinggi. Beta tidak dapat lari dari bertanyakan diri adakah Syed Muhammad Naquib al-Attas seorang yang beta kenali atau seorang yang tidak beta kenali. Pertanyaan tersebut membawa ingatan beta kembali mengembara kepada peristiwa ketika beta berangkat melawat ISTAC. Lawatan yang beta pinta diaturkan setelah disembah maklumkan tentang keistimewaan institusi tersebut. Itulah pertemuan pertama dan sehingga majlis pelancaran ini, merupakan satu-satunya pertemuan beta dengan Syed Muhammad Naquib al-Attas. Pertemuan untuk tempoh masa sekitar 2 jam adalah satu peratusan waktu yang amat kecil dalam hayat beta yang telah meraut usia lebih 53 tahun. Namun pertemuan singkat itu memberi fahaman dan nilai baru kepada beta akan erti dan makna pertemuan. Bahawa pertemuan bernilai itu tidak memerlukan masa yang lama.

 
Sewaktu mengunjungi ISTAC beta berpeluang menemui Syed Muhammad Naquib, berjabat tangan, bertentang wajah disusuli dengan renungan mata dan perbualan kata,  beta datang dan pergi dengan minda yang mengakui hakikat bahawa, pertama : beta adalah seorang anak muda yang sedang mengunjungi seorang dewasa yang usianya hampir sama dengan usia Paduka Ayahanda beta. Sewajarnyalah beta menyedari diri berada di taraf yang lebih rendah dan sewajibnya beta menghormati beliau.  Kedua: Beta masih seorang musafir dalam pengembaraan mencari ilmu, masih daif, sedang berada di kaki gunung dalam pendakian menemui seorang sarjana, seorang mahaguru, seorang pendeta yang bukan sahaja telah sedia berada di puncak gunung pengetahuan tetapi telah sekelian lama mengalirkan pemikirannya ke serata lembah dan wadi ilmu.

 
ISTAC adalah hasil dari himpunan usaha yang mengutamakan kualiti. ISTAC melambangkan himpunan idea terbaik dari terbaik, dipilih lalu diubahsuai dari contoh-contoh keindahan yang telah pernah beliau temui dari serata dunia. Ia bukan sahaja memiliki keindahan fizikal tetapi keindahan itu dilengkapi dengan fungsi dan memenuhi matlamat. ISTAC memperlihatkan satu prasarana yang dihasilkan melalui pemikiran yang serius dan komitmen yang tinggi hingga terbangun sebuah kampus pengajian yang dinamik bertenaga menghidupkan budaya berfikir, berupaya membina tabiat rindukan ilmu. ISTAC memiliki persekitaran yang mengandungi lirik cinta dan simfoni kasih. Selepas berpeluang melihat ISTAC, beta sering mengimpikan untuk melihat lebih banyak institusi, terutama institusi pengajian di negara ini dapat menjadikan ISTAC sebagai contoh dari aspek pembangunan prasarana bermula dari peringkat falsafah dan konsep, perancangan, pembiayaan, pembinaan, pengurusan dan penyelenggaraan. Betapa produktifnya dan betapa kemungkinan ketua-ketua eksekutif institusi pengajian tinggi di negara ini diberikan lebih autonomi dalam memenuhi amanah membangunkan taman-taman ilmu yang setanding dengan ISTAC bersandarkan amalan 'let
the manager manage'. Beta kagum melihat ISTAC yang telah beliau bangunkan tetapi beta lebih kagum dengan insan yang telah mengabadikan pemikiran dan jiwa raganya untuk membangunkan ISTAC. Melihat ISTAC beta merumuskan bahawa beta sebenarnya berhadapan dengan seorang seniman yang sangat teliti, sangat jauh, mendalam dan luas wawasannya, sangat komited dan amat terlibat memenuhi visinya.

 
Masih segar dalam ingatan beta akan 3 wawasan utama yang beliau suarakan kepada beta. Pertama: ISTAC adalah taman ilmu. Justeru itu bangunan dan kampus, kelengkapan dan peralatan, lanskap dan hiasan dalamannya tidak sekadar untuk memenuhi keindahan fizikal tetapi menyediakan satu persekitaran yang mendorong semangat kecintaan ke arah membina budaya untuk meminati dan menghargai ilmu. Kedua: ISTAC wajib mendapatkan sarjana tebaik dari serata dunia di peringkat tenaga pengajar dan penyelidik, demikian  juga pelajar. Dan Ketiga: Memastikan ISTAC mempunyai pusat sumber rujukan yang dilengkapi dengan koleksi karya agung dan penerbitan berkualiti tinggi dari seluruh dunia.

 
Kunjungan ke ISTAC yang hanya sekali berlaku dan pertemuan dengan Syed Muhammad Naquib yang juga hanya sekali berlaku, telah lama berlalu. Namun ia tetap meninggalkan ingatan berkekalan dalam diri beta. Beliau adalah seorang sarjana yang memiliki kuasa intelek yang hebat. Berjaya meninggalkan impak kepada pemikiran muridnya walaupun hanya berpeluang berinteraksi seketika dengannya. Dengan kehalusan dan kesantunan budi pekertinya beliau telah memberikan keselesaan kepada beta untuk berinteraksi walaupun beta laksana kail sejengkal yang mahu memancing di laut ilmu milik beliau yang sangat dalam lagi luas. Beliau bersifat rendah diri laksana padi semakin berisi semakin tunduk. Beliau adalah bukti hidup seorang insan yang berpegang kukuh kepada prinsip. Beliau teguh dalam tindakan untuk menegakkan kebenaran.

 
Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah satu khazanah amat berharga. Beliau adalah hasil adukan keturunan ulamak dan aristokrat, turut dibesarkan dan didewasakan dalam persekitaran budaya Islam dan melalui kehidupan harian di taman aristokrasi. Pengalaman-pengalaman yang ditempuhi sepanjang perjalanan hidup telah menambah-kukuhkan keperibadian beliau yang sebenarnya telah sedia kukuh. Antaranya, kandungan elemen-elemen mematuhi disiplin, mematuhi perintah dan kesetiaan semasa mengikuti latihan ketenteraan mempunyai pengaruhi terhadap pandangan dan budaya kerja beliau sebagai ilmuan dan pentadbir. Beliau memenuhi amanah dengan penuh disiplin, mentaati perintah dan mengabdikan kesetiaan secara mutlak kepada Pemerintah Teragung atau Supreme Commander yang tidak ada dua baginya iaitu Allah yang Maha Esa. Segala yang diwarisi dan setiap liku pengalaman hidup yang dilalui telah membina satu watak yang memiliki kekuatan dan keunggulan. Beliau adalah satu keistimewaan, satu keluarbiasaan, hebat dari segi intelek, hebat dari segi personaliti, hebat dari segi kesenimanan dan hebat dari segi keimanan kepada Yang Maha Pencipta.

 
Syed Muhammad Naquib al-Attas memiliki daya fikir yang berupaya menghidupkan pemikiran-pemikiran berteraskan Islam, memperlihatkan kehebatan Islam melalui hujah-hujah yang amat intelek, mempercayai lalu memilih untuk Islam itu dibangunkan secara membangunkan masyarakat Islam dan bukannya terburu-buru memilih kaedah politik dengan retorik yang membina Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Beliau yakin dengan undang-undang Islam tetapi tidak yakin dengan orang-orang yang memiliki dan diberikan kuasa untuk mentafsir dan melaksanakannya di Negara ini. Beliau meragui sama ada mereka benar-benar telah memiliki kesederhanaan, hikmah, keadilan dan keberanian untuk melaksanakannya. Kepada beliau pendekatan yang mengutamakan Islam itu harus dikembangkan dari dalam dan membesar secara organik, dan bukannya secara mengenakan tekanan dari atas kepada masyarakat . Contoh kehebatan daya keintelektualan beliau berhujah dapat dipetik dari catatan dalam dialog beliau ketika memberikan respon kepada soalan berkaitan dengan polemik penggunaan kalimah Allah semasa berlangsungnya seminar Worldview of Islam anjuran The Assembly of Muslim Intellectuals pada 13 Disember 2009 yang lalu.

 
Petikan: " Allah is not from  Bahasa Malaysia, it is not a National Language. It belongs to the Language of the Muslims all over the world. Therefore your argument using this for the word 'Allah' does not fit into your idea of God because Allah does not have a son. It is not one of three. That is why, out of respect to Allah we can't allow you to use this. We agree you want to use God then use 'Tuhan' as we also use that. But we understand in the Malay language 'Tuhan' is not a translation of Allah. That is why we say, 'Tiada tuhan melainkan Allah' not, 'Tiada tuhan melainkan Tuhan'. So Allah cannot be translated as no language has translated Allah. But if they use it and they say in Indonesia they have used it, why can't we here. It is because of the Muslims. If Muslims don't care, they will go on and use it, and in Indonesia they are using not only that but other things too. They even call it choir for selawat. Choir is not a Selawat as selawat is for the Prophet. It is not singing a hymn".

 
Demikian keintektualan beliau berhujah dan kehebatan beliau berdebat dengan memberikan hujah-hujah secara rasional dan faktual, secara ringkas, secara jelas telah mempertahankan kesucian nama Allah dari disalahgunakan, yang dibimbangkan boleh menggelincirkan akidah.
Beliau mengikuti pengajian tertiari di Singapura, di Kanada dan di United Kingdom. Bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar di ketiga-tiga institusi pengajian tinggi di tiga Negara berkaitan. Penguasaan bahasa Inggeris beliau berada di tahap par excellence. Pada hukum adatnya, beliau tidak perlu bersusah payah untuk menobatkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu di pusat pengajian tinggi negara tetapi beliau memilih mengambil tanggung jawab besar mendaulatkan bahasa ibundanya dengan menyedari bahawa lebih ramai anak bangsanya akan mendapat akses kepada ilmu jika Bahasa Melayu dapat dinobatkan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi.

 
Semangat nasionalisme Melayunya terbukti dalam usaha gigih beliau untuk menobatkan bahasa Melayu. Perlu diingatkan bahawa menobatkan bahasa Melayu merupakan salah satu dari 7 wasiat raja-raja Melayu dalam kontrak sosial yang dimaktubkan menjelang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

 
Beliau gigih berusaha melaksanakan program untuk membolehkan Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar di Universiti Malaya walaupun mendapat tentangan hebat dari ramai pensyarah. Beliau adalah antara pendokong utama kepada penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia.  Penulisan-penulisan beliau dalam Bahasa Melayu memberikan nilai ilmu kepada Bahasa Melayu apabila beliau memperkenalkan gaya penulisan baru Bahasa Melayu di peringkat intelek dan falsafah.

 
Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan gelora rasa yang beliau alami kerana pada hari ini sudah ada suara yang semakin berani hendak menggugat mertabat bahasa bangsa Melayu. Bahasa ibunda pribumi yang telah diterima sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.
Dapatkan naungan politik untuk melonjakkan kedudukan tidak pernah dijadikan opsyen kerana beliau tidak mahu pemikirannya terikat atau terantai dengan mana-mana kumpulan politik. Beliau tidak reda kejernihan tasik pemikiran beliau dicemari oleh pelbagai polemik dan persengketaan politik atas hasrat untuk mendapat kuasa, mengguna atau menyalahguna kuasa serta mempertahankan kuasa.

 
Syed Naquib mentafsirkan kemerdekaan itu mempunyai pelbagai peringkat. Kemerdekaan politik hanyalah tahap pertama. Bahawa kemerdekaan yang lebih tinggi bermula dengan kemerdekaan minda untuk berupaya berfikir dan bertindak bersandarkan prinsip ilmu dan pengetahuan serta tradisi bernilai sesebuah Negara. Pada hemat beliau bila berlaku perselisihan pandangan atau kelainan tafsiran di antara seorang sarjana dengan kerajaan dalam perkara-perkara tertentu, kerajaan jangan terlalu cepat menganggap mereka sebagai ahli politik pembangkang yang memang lazimnya mencari kesalahan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan tetapi hendaklah dihargai bahawa minda seorang sarjana itu merasakan dirinya bertanggung jawab mendidik masyarakatnya di samping memiliki keberanian serta ketegasan memaklumkan kepada kerajaannya tentang fakta dan hakikat yang berlaku. Baginya seorang sarjana tidak harus sama sekali memiliki sifat untuk mendapat sokongan atau kedudukan politik.

 
Pendirian neutral yang dijadikan prinsip pegangan telah membebaskan beliau untuk berupaya terbang mencapai awan di langit yang lebih tinggi. Membolehkan beliau berupaya singgah di pepohon yang lebih segar, subur dan hijau rendang dari satu taman ilmu ke satu taman ilmu di seluruh alam semesta. Adalah lazim bagi insan yang telah dianugerahkan kehebatan minda yang luar biasa untuk mendahului eranya, meletakkanya berada jauh di hadapan pemikiran bangsa dan warganya. Namun sifat istimewa luar biasa bukannya mudah difahami malah seringkali meletakkan beliau berhadapan dengan cabaran lebih berat untuk dapat dihargai. Seringkali pula mengundang kepada salah tafsiran lalu berlaku penilaian yang tidak semestinya bersifat adil dan positif ke atas diri beliau. Demikian harga yang perlu dibayar dan pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang sarjana yang berani menegakkan kebenaran dan bertegas menegur kebatilan.

 
Syed Muhammad Naquib yang telah diangkat oleh Ilahi berada di altar lebih tinggi dalam dunia dia didewasakan telah juga dianugerahkan daya lihat yang amat tajam dan mata hati yang amat terang. Beliau adalah satu-satunya sarjana di negara ini yang telah dianugerahkan penghormatan menduduki kursi-kursi utama akademik dalam pelbagai disiplin. Beliau pemegang pertama Kursi Pemikiran Islam Abu Hamid al-Ghazali di ISTAC. Syed Muhammad Naquib memiliki keistimewaan yang luar dari biasa lalu memerlukan sebenar-benar jauhari untuk dapat menilai mutu manikamnya. Manikam yang sangat asli tidak mudah luntur dan tidak senang hancur. Biar di mana ia jatuh, biar sejauh mana ia dilontar, ia terus bercahaya malah semakin memancarkan sinar cahaya menerangi benua dan alam semesta. Ia menjadi buruan para jauhari yang bestari.

 
Seorang ilmuan itu sebenarnya memiliki kehebatan yang lebih istimewa dan lebih tulen. Pengiktirafan yang diabadikan lebih berkekalan, lebih berpanjangan dan lebih berterusan hingga jauh melangkau pasca hayatnya, dan tidak sekadar semasa dia masih bernyawa atau sedang menyandang jawatan tertentu. Berbanding dengan penghormatan seorang raja ataupun ratu, seorang presiden atau seorang perdana menteri yang boleh sementara sifatnya didewakan bagaikan dewata ketika berada di tampuk kuasa kemudiannya terhenti dan begitu cepat dan mudah dilupakan setelah muncul pengganti yang baru.

 
Usaha memuliakan ilmuan adalah usaha yang amat konstruktif. Usaha sebegini dapat membantu membina kekayaan intelek dan khazanah intelek negara. Kekayaan intelek negara harus terus ditambah melalui usaha-usaha yang memberikan dorongan dan keyakinan kepada ilmuan. Kejatuhan sesebuah negara bermula dengan kemunduran negara disebabkan daya dan persekitaran politik yang membunuh perkembangan intelek kerana sifat takut dan gentar pemimpin yang sedang  berkuasa yang merasakan kedudukan mereka mungkin tercabar. Pemikiran politik sedemikian amatlah destruktif.

 
Pimpinan yang stabil dan negara yang maju senantiasa  memilih pendirian untuk mendampingi dan bekerjasama dengan ilmuan dan menyediakan persekitaran politik yang tidak memusuhi kumpulan ilmuan.

 
Semoga kebijaksanaan pemikiran Prof. Dr.  Syed Muhammad Naquib al-Attas akan terus berkembang dan disuburkan. Semoga anak didik beliau akan berperanan secara berkesan menjadi duta ilmu menyebarkan pemikiran beliau. Dalam hubungan tersebut, inisiatif Wan Mohd Nor Wan Daud dan Muhammad Zainiy Uthman serta Universiti Teknologi Malaysia adalah salah satu misi dan amanah yang amat murni dan perlu dipuji.

 
Ke mana pula tumpahnya kuah kalau tidak di pinggan nasi. Ungkapan tersebut khusus beta tujukan kepada Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas, anakanda kepada Syed Muhammad Naquib al-Attas untuk terus menyalakan obor keluarga dalam kegiatan penulisan dan kehidupan.  Dalam kapasiti beta memenuhi amanah sebagai Raja Muda Perak, sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat  Melayu Perak, begitu juga sebagai Pro Canselor Universiti Malaya, selanjutnya sebagai seorang anak, suami dan ayah, esei-esei yang terkandung dalam koleksi buku ini sangat relevan untuk beta jadikan rujukan terutama dari segi memahami falsafah dan konsep berkaitan Islam, kesejahteraan, evolusi, adab, pengetahuan, dialog ketamadunan, pendidikan, institusi wakaf, kapitalisme dan dunia Melayu. Semoga apa jua ilmu yang beta timba akan dapat beta manfaatkan untuk kesejahteraan ummah. Dengan kalimah Bismillahirrahmani beta dengan sukacitanya melafazkan pengistiharan pelancaran Knowledge, Language, Thought and the Civilization of Islam: Essays in honour of Syed Muhammad Naquib al-Attas.

 
Wabillahitaufiq wal hidayah…Wassalamu'alaikum wrt. wbt.

 
Lain-lain; orang politik janganlah asyik melatah. Bukalah minda, serap apa jua kebaikan. Jauhilah pemikiran sempit.
credit to; rausyanfikir