Thursday 1 January 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430!...Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009!

1. Saat saya menulis, hanya tinggal beberapa minit lagi kita akan meninggalkan 2008. Ia mungkin adalah tahun yang paling bermakna bagi sesetengah pihak dan mungkin juga yang paling malang bagi pihak yang lain.
2. Ramai juga yang tidak sanggup untuk meninggalkan 2008 kerana “bencana” yang bakal berlaku pada tahun 2009. “Bencana” yang dimaksudkan ialah semakin ketidaktentuan kestabilan politik yang tidak menentu, tentang kenaikan harga barangan keperluan walaupun harga komoditi minyak mentah terus menyusut.

3. Sambutan Tahun Baru Hijrah 1430 menyaksikan muslim Gaza dibunuh dengan kejamnya oleh rejim Israel. Bukan sahaja polis dan tentera Hamas yang menjadi sasaran mereka, tetapi wanita dan kanak-kanak juga turut menjadi korban kezaliman Zionis, pengganas no 1 dunia. Peperangan dan krisis politik yang berlaku di Timur Tengah iaitu serangan Israel terhadap Palestin yg tidak henti-henti, tidak memungkinkan akan berakhir dalam jangkamasa terdekat ini. Ini mungkin juga pada pandangan penulis akan menyuburkan kebimbangan para palabur, seterusnya meningkatkan semula harga komoditi minyak mentah dunia. Jika dibandingkan apalah daya muslim di Palestin untuk melawan tentera Israel. Mereka hanya berbekalkan serpihan batu dari bangunan yang telah dibom Israel yang dapat digunakan oleh mereka untuk menentang kekejaman Israel laknatullah... Jika Muhajirin dan Ansar sanggup bersatu dan berkorban untuk menjayakan Islam dengan kudrat dan harta yang mereka miliki, mengapakah kita semua tidak boleh melakukannya? Ambillah semangat persaudaraan Islam yang telah di anjurkan oleh junjungan besar baginda SAW untuk kita salami dan hayati demi masa2 yang mendatang.... Al-Fatihah buat semua Muslim Palestin yang telah terkorban.... Semoga Muharram kali ini memberikan tekad baru kepada kita semua untuk membangun dan memakmurkan bumi tuhan yang luas ini...
4. Selain itu ramai yang sudah mula gusar menghitung hari-hari akhir 2008. Contohnya peniaga-peniaga merungut tentang masa depan perniagaan mereka. Mana tidaknya, keseluruhan negara di dunia sedang mengalami fasa kelembapan ekonomi. Dengna sistem ekonomi gergasi dunia yg berasaskan kapitalis yg sememangnya dasar2nya yg tidak adil telah menunjukkan kelemahan sistem kapitalis sendiri...maka disinilah peluang terutamanya pemimpin2 negara islam memperkenalkan sistem ekonomi berasaskan Islam yg sememanya diakui oleh korporat2 bukan Islam yg mengatakan sistem ekonomi berasaskan islam adalah lebih menjamin dan selamat....So, kpd pemimpin2, knp masih ternnti?....nak tunggu Imam Mahdi turun, baru nak laksanakan?.....

5. Antara perkara menarik pada 2008, keputusan pilihanraya umum 8 Mac ‘08 yang lalu disifatkan oleh banyak pihak sebagai sesuatu yang tidak dijangka. Istilah "tsunami" politik menggambarkan seolahnya telah berlaku satu gempa besar dalam "zon terbenam" politik Malaysia, yang seterusnya menghasilkan satu gelombang mega menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; mengekalkan kerajaan PAS di Kelantan dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Adakah sepanjang tempoh dua tiga dekad yang lalu telah berlaku pergerakan perlahan "plak-plak tektonik" dalam zon terbenam politik Malaysia, yang seterusnya membuka jalan kepada kemunculan "politik baru" di negara ini? Politik baru ini mungkin muncul dalam bentuk budaya politik baru yang seterusnya membawa kepada perubahan institusi politik, sehingga pihak Istana sudah mula bersuara!.
6. Akhir sekali , saya mendoakan agar dengan kedatangan tahun baru 2009 akan memberikan sinar ke dalam kehidupan yang lebih harmoni tidak kiralah dari segi ekonomi mahupun sosial. Disamping itu juga sy ingin menyeru kpd sdr dan sdi ,Ayuh! Bersatulah... dalam segenap segi demi negara Malaysia yg tercinta!
7. Semoga kahidupan kita yg mendatang akan sentiasa dilimpahi keberkatan serta kejayaan....Selamat Tahun Baru Hijrah 1430!...Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009!