Setelah merasai puncak
Bicara ini terdetik setelah saya meningkat dewasa. Mula memikirkan naik turun, tinggi rendah, suka duka. Tapi malangnya hanya mampu menikmati seketika sahaja tanpa mengerti apa apa tentang kehidupan. Usia yang sungguh muda. Tidak mampu mengerti apa-apa.
Teringat arwah mudir Maahad yang pernah saya memburu sekelumit ilmu di lapangan bendang ini. Beliau sangat sangat mengambil berat tentang diri. Setelah mengetahui diri ini ingin berpindah ke sek. men. aliran biasa, beliau memanggil saya seusai solat berjemaah isya di masjid yang juga berada di dalam kawasan maahad.
"kamu cuba lihat masjid ni, setelah setahun kamu bertungkus lumus mengaji, menghafal, memahami agama, kamu mahu meninggalkan begitu sahaja?",
" Ibu ayah kamu menghantar kamu ke maahad ini untuk menjadikan kamu seorang seorang pemuda berjiwa mukmin. Baik kamu pertimbangkan semula"
"Saya khuatir kamu hanyut".
Itu antara bait-bait dialog mudir yg masih saya ingat sehingga ke hari ini.
Tetap keluar
Nekad untuk keluar maahad. Ingin selamatkan prestasi pelajaran. Mahu berada dibawah sistem pendidikan yang lebih baik. Tinggalkan segalanya di maahad. Sahabat2 seangkatan, guru-guru, yang pasti mudir agak kecewa dengan keputusan ini.
5 tahun berlalu. Allah menemukan kami semula. Mudir sering berulang alik mengajar di Surau yang berada dihadapan rumah. Seringkali saya kesitu dari kecil. Itu memang didikan dari ibu ayah. Kebetulan bercuti semester matrikulasi. Sepanjang kuliah itu, saya perasan mudir sering memerhatikan saya, tetapi beliau fokus dengan kuliah. Seusai kuliah, saya cium tangannya, tanda hormat, tanda selamat.
Mudir memegang tanganku erat. Seakan ingin membicarakan sesuatu.Saya menarik tangan dengan cepat. Tidak mahu berbicara lanjut. Cukup sekadar ciuman tangan!. Kedegilan diri penghalang diri. Tembok egois kukuh menebal. Kerana bangga mengambil keputusan tepat keluar dr maahad.Tetapi beliau tetap senyum walaupun raut raut duka seakannya kelihatan. Ya, aku darah muda!.
Perpisahan yang terakhir
Tidak pernah saya menduga bahwa itulah pertemuan kami yang terakhir. Sungguh. Tidak pernah terlintas di dalam fikiran ini. Beliau menghembuskan nafas terakhir tanpa saya mengetahui, tanpa saya memakmumi solat jenazah kepadanya. Mungkin ketika itu saya bergembira, bersuka ria, leka. Mungkin!. Saya mengetahui kematiannya setelah sekian lama beliau meninggalkan kita semua.
Buat pertama kalinya menggeletar mendengar berita kematian beliau. Pandangan seakannya gelap seketika." Dimanakah saya sekarang, sedang buat apa?, kenapa disini?". Tidak sedar diri ini jatuh sendiri terjelepok ke atas lantai. Pandangan masih berpinar-pinar.
Mula berfikir
Saya menenangkan diri seketika. Ya ini adalah ibrah. Ini adalah balasan tuhan ke ata hambanya. Ya, saya yakin saat di matrikulasi itulah bermula saat kejatuhan. Pada ketika itu, saat saya menarik tangan dengan cepat, tidak mahu berbicara lanjut, tidak mahu mendengar kata katanya sewaktu dia mahu menyampaikan sesuatu. Dan saya yakin, saya sedang menghadapi kesannya.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang
itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. surah Al-Baqarah,ayat 216.
Sabda Nabi: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar untuk setiap kecemasan dan akan membukakan pintu keluar dari setiap kesempitan”
Jauh di sudut hati, menyesal tidak sudah- sudah. Tapi saya yakin, dia mendoakan saya yang baik baik. khusus anak muridnya seperti saya. Dia bak seorang ayah buat saya. Dia membina jati diri saya. Saya yakin dengan Firman NYA. Saya yakin dengan ayat Rasulnya.Semoga ruhnya di tempatkan dikalangan orang-orang soleh. Ameen ya rabb.
Saya menanti saat kebangkitan itu.
Menanti dengan penuh sabar dan redha dgn onak dan duri di sepanjang perjalanan kehidupan.
Itulah ibrah.
Pengajaran ini menyedarkanku.
Bangkit semula selepas jatuh!
Satu kejadian, seribu ibrah.