Tuesday, 9 December 2008

Catatan Labuan

Assalamualaikum & selamat sejahtera. Post entry kali ini saya ingin kongsikan kisah perjalanan Konvoi Kasih Labuan yang sertai pada beberapa hari lepas. Pertamanya saya malas betul nak tulis kisah ni sesampainya saya di kampus…..tetapi memandangkan ada sahabat yang ingin mengetahui konvoi tersebut, maka terdetik hati saya untuk menulis..


Pada hari pertama konvoi:
Perjalanan bermula di Masjid UMS pada jam 2 ptg(lewat giler) coz jadual feri di jeti Menumbok adalah pada 4.30 ptg. Dengan bacaan doa memulakan perjalanan yg dimami oleh sdr Faez dan di aminkan oleh aku,tengku dan afiq, kami bergerak terus ke jeti di Menumbok dengan kelajuan yang paling maksima mengikut kelajuam max motor masing2…haha! Tu la saper suruh lewat…..kalau tak silap kami bawa motor dgn kelajuan 100-110 km/j…hmm..sory to jpj n polis …terpaksa…hehe. Walaupun begitu, aku sungguh terpesona dengan keindahan alam d kiri dan kanan…sungguh,,aku tak akan lupakan moment sebegini. Tambahan pula hari tidak hujan….(.nmpak macam konvoi ni diberkati…hehe!niat kan baik…ziarah kawan krn Allah..)
Problem timbul bila sampainyer kami di jeti, feri dah mula mengangkat kaki..blah dengan slownyer…(feri ader kaki ker?)….saya dah mula bersungut mencari kesalahan Tengku yangmenjadi punca kelewatan.…tengku ni memang terkenal dengan tradisi lewatnyer…teringat plak terpaksa si faez tel tengku untuk mengejutkan tengku yang belum pulang rohnya dari sidratul muntaha.(hehe sorry la tengku ek..)..
Alhamdulillah dengan kuasa Allah, kebetulan ader la plak feri tambahan pada9 mlm .Sebelum ni feri ke Labuan ada 2 kali per jalanan sahaja iaitu pagi dan petang.nasib baik pak cik ni bagitau kitaorng…
                                                   
: tu la korang lambat lagi…dah tau dari kk tu 3 ½ jam…
lagi mao lewat bertolak…yang tengku tu asyik tersengih2
dari tadi….

Nasib baik ader feri jam 9mlm ni ..kalau tidak tidor kat laut la jawabnyer..haha!







So, untuk mengisi masa beberapa jam lagi, kami memutiskan tuk pergi ke rumah sahabat kami yang tidak jauh dari menumbok…sdr fahmi.. yang kira2 jarak perjalann lebih kurang 30 minit dari jeti menumbok. Ada satu hal ynag memeningkan kami sesampainye kat  sekitar jeti menumbok,,,tiada stesen minyak la! Punyer le level minyak kami sikit, di tambah lagi stesen minyak tekder….alahai…. terpaksalah membeli dari kedai yang memborong minyak dari pekan  kuala penyu yang jauhnya sekitar 1 jam dari jeti…so terpaksala kami beli….
 
: eh korang...lain kali kita bawak tangki tambahan..pueh hati!...aku yang dari tadi kebas punggung masih duduk atas motor....
Alhamdulillah kami sampai rumah  fahmi sekitar jam 615 ptg, so terus kami solat jama’ qasar di masjid berhampiran. Kami mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan keluarga Fahmi. Kami agak terleka dengan kelincahan 2 org anak buah Fahmi yang comel2 tu... 
 
:dalam beg abg matnor ader rahsia......nak bukak!!!!!!
Selepas 1 ½ jam d  rumah sdr fahmi,kami pun berangkat mengundur diri memandangkan tiket feri kami pada jam 9 mlm. Tepat 9 mlm kami pun menaiki feri tapi feri punyer la lambat bertolak..korang tau jam braper feri bertolak?...hah...jam 945mlm...punyerla lama loading kenderaan mlm tu..kbtln hamper kesemua kenderaan adalah lori... kami pun sempat bergambar kenang-kenangan time atas feri tu...
 
 
Actually , perjalanan feri waktu malam adalah yg paling boring...sebabnyer...bukan Nampak aper pun kat laut tu...sumernyer gelap gulita...haha!!!so aku dgn tengku mengisi masa terluang dgn menonton cerita yang paling tak betul subtitles nyer di muka bumi yg pernah aku jumpa...yang dua org lagi tu...singgah ke sidratul muntaha skjp. Kami pun sampai lah jeti Labuan pd 1115mlm.
“Aduih....nak tidor mana mlm ni?..dah jam 1130 mlm ni...hm...kita tdo kat masjidlah.”..itu antara dialog kami ....so terpaksa la tidor kat masjid AnNur d Labuan... kami bangun subuh jam 415 pg..ada yng amil kesempatan solat tahajjud kejap,ad yang masih berehat lagi pun ad...namun ade perkara yng mungkin bagi aku ,Allah cuba buka pandangan ku terhadap kalam kehidupan dgn lebih mendalam.....
Hari ke-2
“Assalamualaikum saudara, ap khabar? Ni dari mana ni” Tanya salah seorang jemaah tabligh kpd aku..setelah bertaaruf sekejap, dia mempelawa aku dan sahabat, utk join kuliah subuh diorang kejap...
Faez selaku ketua rombongan bersetuju...so setelah selesai solat subuh berjemaah, terus kami mendengar kuliah subuh jemaah tabligh tu...antara perkara yng aku kagum, adalah ketua jemaah tabligh tu adalah seorang doctor...jemaah tersebut berasal dari Terengganu dan ada yg dr Australia..pelik bagi aku...
 
 
   
:keadaan n design dalam masjid Annur, Labuan yg sama seperti  d masjid Negeri, d Wisma Muis KK.
D dalam hati aku terdetik rasa kagum kerana apa isi tazkirah jemaah taligh tu tak sama jemaah tabligh yang kelihatan sama jer bila setiap kali diadakan tazkirah yang aku dengari...cara pembawaan tazkirah oleh doctor tersebut lain dari yg lain dan menarik perhatian aku...antara peringatan/ kata2 beliau kpd kami adalah “jika orang sakit scr biologi, tempatnya adalah hospital, jika org sakit ‘hati’ , tempatnyer adalah masjid”. “dan jika d hospital, ada program/ kaedah khusus tuk mengubati pnyakit, maka masjid pun sama, ader kaedah yang dapat mengubati penyakit’hati’ ni.”selain itu juga beliau mengingatkan kami agar sentiasa mengikuti Alquran dan AsSunnah serta akhlak para sahabat baginda..aku tak dapat nafikan dgn mendgr sedikit sbnyk tazkirah tersebut, hati aku menjadi tenang, seolah olah ianya dapat melupakan aku terhadap masalah identity crisis yang serius aku hadapi.
( thanks a lot, Dr!..) 
Sebelum kami mulakan perjalann, perut kenala isi dulu,so kami singgah la kejap makn kat kedai mamak ni...
 
                                                                       
Setelah itu, kami terus ke KAL untuk bertemu dengan Sdr Hafiz yg rumah nyer di Labuan....sesampainyer di KAL, kami terus mandi
 
 
Kat Padang permainan..
  
KML(kolej matrikulasi Labuan)
Pada malam ke-2, kami bermalam d rumah saudara Hafiz..kbtln tiada elektrik..(.haha..siapala yg bawak byk dosa ni...hehe)
 Pulang : jumaat ,7 pagi....UMS!!!!!kami pulang!!!!!!!!!!!!

No comments: