Saturday, 29 August 2009

Ramadhan datang lagi……




Ni ntah kali ke berapa la aku lambat post/wish kat blog….aku pun tak tahu kenapa aku jd pemalas ..hehe..malas menaip..tambah lagi midterm yang bersusun...
So, aku  terfikir seloka Ramadhan yang meng”attack” sanubari ku ni..wahaha!
Ramadhan sudah disisi,
Bila berbuka, badan diisi,
tapi jiwa kosong  tak macam tak diisi,
Apalah nak jadi pada diri sendiri,


Kata nak jadi contoh suami mithali,
Kot2 anak isteri ikut sekali,
Dari tadika sampailah ke universiti,
Semua pakat nak markah tertinggi,
Nak grade A, B,
D?, hmmmm  jauh sekali.



Renungkanlah kembali diri,
Jadilah hamba yang mensyukuri,
Layakkah kita ke syurga nanti?,
Tak usah mimpi, kita bukan mcm nabi,
Dosa?...banyak sekali…

Ramadhan, Allah dah bagi,
Kenapa tak mau rebut pahala semua sekali?,
Tapi mega sale shopping center, semue pakat pegi,
Siap berebut, tolak menolak lagi,
 berseri2 sampai Nampak kuning gigi,
padahal ramdhan belum habis lagi,



Moga Ramadhan kali ini lebih beerti,
Bersama-sama lah kita perbaiki diri,
Cuci dosa dulu, dosa kini,
Agar diri diberkati sampai mati,


Ya Allah,Ramadhan ini aku menanti,
Terimalah ibadahku dan ampunilah diri.
 


Andai pahala ramadhan ini dapat dianalogikan dengan duit(yakni korang boleh Nampak), sure kita sume umat ni berebut2 nak ambil kan?...tapi itulah, Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah, dia tak bagi duit, tapi dia bagi pahala….pahala yang dilipat gandakan plak tu…macam 1 kuasa 30 juta kot….












Monday, 10 August 2009

Hiporitkah aku?

Terfikir sejenak difikiran saya sejak kebelakangan ini…hipokrit..hipokrit.. hipokrit..
Apa yang berlaku?..saya pun tak pasti..

Apa yang pasti saya sentiasa sembunyikan sesuatu yang saya jamin takkan sesiapa pun yang dapat mengetahui apatah lagi untuk menghidunya…Cuma secara umumnya, apa yang dapat diceritakan disini, saya sentiasa HIPOKRIT dalam mengekspressi wajah…sentiasa!

Buktinya , tatkala saya gembira ,orang sekeliling mengatakan saya sedang marah, begitu juga sebaliknya, sedang saya sedih, muka pula menunjukkan wajah yang ceria..

Walaupun niat ny baik iaitu tidak mahu orang lain tahu, ia tetap HIPOKRITKAN?..

Akibatnya , bagi saya , ianya sudah seperti barah..merebak didalam tubuh badan dengan cepat..tidak seceria seperti yang lain.. tidak seperamah spt yg lain dan seumpamanya akibat terlalu memendam…seperti kapal selam yang karam tenggelam.

Saya perlu melakukan sesuatu…apakah ianya berbentuk motivasi?..Ah!lupakan perkataan motivasi..menipu sahaja bagi saya! ..

so apakah penyelesaian yg patut saya ambil?..
apakah hanya membiarkan masalah ini ditelan dek zaman?..hm..ada benarnya juga.. tapi saya mungkin mati sebelum maslah itu dapat diselesaikan…

saya sedar…saya perlukan sebuah KEYAKINAN untuk setiap perkara yang mendatang!.
Tapi dimanakah dia yang bernama keyakinan?
Dan ianya masih lagi tidak kelihatan…..hingga hari ini…