Terfikir sejenak difikiran saya sejak kebelakangan ini…hipokrit..hipokrit.. hipokrit..
Apa yang berlaku?..saya pun tak pasti..
Apa yang pasti saya sentiasa sembunyikan sesuatu yang saya jamin takkan sesiapa pun yang dapat mengetahui apatah lagi untuk menghidunya…Cuma secara umumnya, apa yang dapat diceritakan disini, saya sentiasa HIPOKRIT dalam mengekspressi wajah…sentiasa!
Buktinya , tatkala saya gembira ,orang sekeliling mengatakan saya sedang marah, begitu juga sebaliknya, sedang saya sedih, muka pula menunjukkan wajah yang ceria..
Walaupun niat ny baik iaitu tidak mahu orang lain tahu, ia tetap HIPOKRITKAN?..
Akibatnya , bagi saya , ianya sudah seperti barah..merebak didalam tubuh badan dengan cepat..tidak seceria seperti yang lain.. tidak seperamah spt yg lain dan seumpamanya akibat terlalu memendam…seperti kapal selam yang karam tenggelam.
Saya perlu melakukan sesuatu…apakah ianya berbentuk motivasi?..Ah!lupakan perkataan motivasi..menipu sahaja bagi saya! ..
so apakah penyelesaian yg patut saya ambil?..
apakah hanya membiarkan masalah ini ditelan dek zaman?..hm..ada benarnya juga.. tapi saya mungkin mati sebelum maslah itu dapat diselesaikan…
saya sedar…saya perlukan sebuah KEYAKINAN untuk setiap perkara yang mendatang!.
Tapi dimanakah dia yang bernama keyakinan?
Dan ianya masih lagi tidak kelihatan…..hingga hari ini…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment