Thursday, 26 November 2009

Salam Aidiladha





Assalamualaikum wbt.
1.      Dah lama rasanya  tidak update blog...
2.      Masa yang terhad....opps...masa tak  boleh dipersalahkan...saya yang patut dipersalahkan, kerana tidak pandai mengurus masa..
3.      hibernate@ hibernasi. Kebetulan, saya sedang berhibernasi dari segala genap segi internet termasuklah facebook , twitter dan sebagainya sampai tahap saya terpaksa ‘deactivate’ akaun facebook saya kerana satu sahaja alasannya. Iaitu menjalani rawatan hati & minda.
4.      Dalam ruangan maya ini tak perlulah saya ceritakan tentang semua masalah, cukup dengan doa rakan- rakan agar semuanya dalam keadaan selamat agar kedamaian hati ini kembali pulih.
5.      Insyaallah, jika tidak ada aral melintang, saya akan pulih menjelang pembukaan sesi kuliah semester depan yang akan dibuka akhir Disember ini.
6.      Sempena Aidiladha yang mulia ini, saya menyeru sahabat2 agar kembali menghayati makna disebalik pengorbanan nabi Allah Ibarahim dan nabi Ismail.
7.      Saya turut mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua sahabat handai yang mengenali diri saya.

Telapuk cinta pinang mewangi,
            Laksana intan dibawah kurnia,
Salah silap silih berganti,
            Ku pohon maaf di Aidiladha.

No comments: