Thursday, 18 March 2010

Aku memang fanatik


memang minatku

  1.  Bola sepak. Bukan bola jaring apatah lagi bola keranjang. Ragbi, aku memang layan.
  2.  Badminton.
Cakap fasal badminton, kempunan juga tidak dapat menonton final All- England. Chong wei menewaskan Kenichi Tago. TAHNIAH CHONG WEI!!!!!!!!!

Yang Dipertuan Agong pun sempat ucap tahniah sewaktu sesi perasmian parlimen baru2 ni....

Menggapai kemenangan memang mudah, tapi nak mengekalkan kejuaraan amat sukar sekali. Itu kata dari Arsene Wenger, Arsenal coach yang aku memang respek giler pada taktik bola dia..even ramai kritik cara pengendalian dia, nah tgk....dia dapat bentuk pemain muda compete dgn star team lain....THUMBS UP!.

Lepas ni, harap dapat julang Piala Thomas plak. Tapi kena ingat, piala Thomas ni piala berpasukan, bukan macam All England. Boleh individu pun. Kalau dalam piala Thomas, even pereeorang dia star tahap dewa sekalipun, kalau beregu kantoi= kantoi la jugak team.



Lain-lain ; Sebagai rakyat Malaysia, saya sokong tanpa rasa sinis seperti rakyat Malaysia yang lain.

Sunday, 14 March 2010

Bila kehidupan dilihat seperti kuburan sarkas.


Bila kehidupan dilihat sperti sarkas.


 

Kisah ini kisah semalam. Kenapa aku update hari ini. Jawapannya adalah kemungkinan ketidakstabilan aku' ketika itu, aku menulis seperti sampah. Maksudnya, menulis mengikut emosi. Sedangkan nak menulis pun ada etikanya tersendiri. Bukan nak memaki hamun sana sini.

Inilah yang aku cuba elakkan.

Maka, apa yang terjadi? Apa kaitan dengan tajuk di atas? Memang berkaitan.

Kisah hidupku bahkan kisah hidup anda bukanlah tempat sarkas untuk diketawa dan digilai. Lebih-leibh lagi kisah sedih seseorang seperti SARKAS!

Dalam waktu kuliah yang panjang, pensyarah telah tidak tersengaja mengallocate kisah bunuh diri masing masing Sedang dia bercerita tentang kisah sadisnya, walau bunyinya kalau didengari melucukan, semua orang gelak seperti di SARKAS, kecuali aku. Kerana apa? Kerana aku sangat- sangat menghormati. Tidak pula mempersendakannya lebih-lebih lagi kisah hidup orang lain. Semua nak gelak. Gelak. Gelak. Dan gelak. Shit lah gelak tu.. tgk..aku dah mula tulis **#$@ bukan bukan...

Maafkan aku kerana tidak mencoret tetang kehidupan ku disini. Bagiku, ia bukanlah untuk digilai apatah lagi untuk diketawakan. Walau ianya visiku selepas ini. Kerana aku TIDAK BERSEDIA!.

Lain- lain; terubat sikit marahku kerana, sengaja aku delay posting ni. Elakkan emosi marah menghantui penulisan. Tidak elok tu.. Selain tu, Arsenalku menang 2-1 ke atas Hull City.. Lagi berseri a senyumku...Fanatik Arsenal la katakan..hehe..

Aku memberi maaf kat semua orang sebelum tidur( aik, baru nak mula ke?) ek eleh....

Tentang 'dia' yang telah mencuri masuk ' istana hatiku', aku masih tak tahu lagi apa nak buat dgn 'pencuri' ni... tak da idea lagi. Kalau ada sesiapa mahu bagi nasihat, aku sedia mendengar( menurunkan ego ku yang tinggi mcm aku)


 


 


 

Friday, 5 March 2010

Kerana dia seorang pemuda hebat


Aku merupakan seorang pemuda. Anda juga merupakan seorang pemuda. Kita semua pemuda. Kalau campur kaum hawa pula istilah bahasa kita bertukar menjadi pemuda-pemudi. Yang penting, kita termasuk dalam golongan pemuda-pemudi atau istilah lainnya adalah belia. Kita acapkali terdengar pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Tapi.....

Tapi berapa banyak yang pemuda pemudinya memberi aspirasi kepada agama nusa bangsa serta negara?...

Saya pernah dikritik di dalam facebook oleh seseorang. Dia menyalahkan saya kerana saya meletakkan 100% kesalahan keruntuhan moral di atas bahu generasi muda. Jawapan saya mudah. Kita yang membuat pilihan. Jika kita memilih yang baik, maka baiklah. Begitu juga sebaliknya. Sudah tentu keadaan persekitaran memberi pengaruh, tetapi pada akhirnya ianya kembali pada kita. Sebab itu mengapa kita di alam kubur nanti kita akan ditanya apa yang telah kita perbuatkan. Sebabnya kembali mudah, kita dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kita perbuatkan. Mudah bukan. Dengan kata mudah atau senang sendiri buat sendiri tanggung la.

Aku tak mahu membebel soal belia/ pemuda-pemudi dari sudut falsafah. Aku bukan ahli falsafah. Tapi aku bersyukur aku sentiasa berfikir akan segala tentang sesuatu. Sesuatu yang bermanfaat. Tak seperti rakan-rakanku yang funky giler, happy, fikiran bebas dari memikirkan sekeliling mereka.

Baik.

Terus kepada Salman Al farisi.

Siapa?

Apa kaitan dengan kita?

Pentingkah dia?

Kenapa?

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW pernah berkumpul dengan para sahabat baginda termasuk Salman Al-Farisi. Sambil memegang bahu Salman, Rasulullah SAW bersabda:
"Jika iman itu tergantung di bintang Suraya di langit, pasti akan dicapai oleh seorang lelaki dari bangsa Farsi ini.".

Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasulullah S.A.W kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan.

Ketika peperangan Khandak, beliau juga arkitek peperangan , mencadangkan supaya dibina sebuah parit besar atau khandaq di sekeliling kota Madinah untuk mengelakkan kota tersebut dari serangan orang-orang Quraisy.

Mari kita selusuri secebis kisah hidupnya, dan mungkin anda sudah membacanya.

1.Ketika beliau bertugas sebagai Amir di kota Madain, ia telah menolak untuk menerima gaji walaupun satu dirham. Ia tetap membiayai hidupnya dan keluagranya dari hasil menganyam dan merajut daun-daun kurma yang dibuat bakul kemudian dijualnya. Pakaiannya tidak lebih sehelai baju luar.

2. Satu hari ketika sedang berjalan di sebatang jalan, dia didatangi seorang lelaki dari Syiria menanggung sebakul buah tin dan kurma dalam keadaan sukar dan lelah. Lelaki itu tidak mengenali Salman, lalu meminta Salman turut membawa bakul buah itu bersama ke tempat yang dituju.

Salman dengan rela hati melakukanya. Dalam perjalanan itu, laki bersama Salman yang merengkuh membawa buah-buah itu bertembung dengan satu rombongan. Salman memberi salam. Rupanya rombongan itu mengenali Salman sebagai Amir. Maka guguplah lelaki yang meminta Salman membawa buah-buahnya. Lalu lelaki itu pun meminta maaf dan meminta semula bakul-bakul yang dibawa oleh Salman. Salman segera menjawab: " Tidak, biar aku aku hantar sampai ke rumahmu."

3. Satu ketika Salman pernah ditanya orang, kenapa dia tidak menyukai jawatan Amir? Salmam menjawab: " Kerana sangat manis ketika menjawatnya tetapi sukar hendak melepaskannya."

4. Ketika hendak mendirikan sebuah rumah dari lebihan bangunan, Salman bertanya kepada tukang rumahnya: " Bagaimana bentuk yang kamu hendak dirikan rumah ini?"

Tukang rumah itu sememangnya tahu Salman orang yang sederhana dan bukan dari orang yang suka bermewah-mewah, lalu dikatakan kepada Salman: " Janganlah tuan bimbang, rumah yang akan saya lakukan ini, hanya untuk berteduh ketika panas dan berlindung ketika hujan. Jika tuan berdiri, kepala tuan akan menyentuhi langit bumbung dan jika tuan berbaring, kaki tuan akan terhantuk kepada dinding."

Dengan selamba Salman berkata: " Betul tu, begitulah yang saya mahu."

5. Di saat firasatnya mengetahui bahawa ia akan dijemput Allah ke alam baqa, Salman tidak mempunyai apa-apa yang berharga, kecuali satu. Ketika menjelang nazak, Salman meminta isterinya mengambil sebungkus kasturi yang sangat dihargainya. Meminta isterinya mengambil secangkir air lalu dibancuhnya dengan tangannya. "Perciklah air ini di sekelilingku. Sekarang sudah hadir makhluk Allah (malaikat) yang tidak gemar makan tetapi gemar wangi-wangian. Tutuplah pintu rumah dan keluarlah," katanya kepada isterinya lagi.

Setelah beberapa ketika, isterinya pun masuk semula ke dalam rumah, alangkah pilunya apabila mendapati Salman sudah wafat.

Rupa-rupanya ketika isterinya di luar, rohnya sudah terbang melayah ke alam yang tinggi, terbang dengan sayap kerinduan, menemui janjinya.

Sirah ini ,suatu perjalanan Membina Sejarah

Lain-lain ;

Pemuda dulu-dulu menuntut ilmu kerana kehormatan ilmu itu sendiri yang tidak ternilai harganya. Tetapi sekarang, dimana kesedaran ilmu itu? Hanya diatas secebis kertas bernama scroll ?...

Kita harus berpendidikan pada masa yang sama juga berpelajaran. Bukannya berpendidikan tapi tidak berpelajaran.