Salam...
Kerja.
ouhhhhhhhhhhh penat 1 googleplex...hahaha.
Kena outstation dr KL -JB - KL- Cameron. Tak dapat pemandu, maka kena memandu kereta sendiri....Patah pinggang di buatnya.
Bermalam di JB selama 3 hari. Banyak belajar ttg Holland daripada trainee syarikat ini. Banyak persoalan daripada mereka juga yg tak dapat aku jawab. Kebanyakkannya tentang polisi kerajaan terhadap negara Malaysia. ouhhhhhh memang diskusi yang mencabar dan mencambah minda.
Sudah la penat memandu tak hilang dari JB, kena pula sambung perjalanan ke Cameron. Aduh.......kalau badan ini boleh berkata-kata, sudah pasti ia menjerit meminta rehat. hahaha. Tapi tidak mengapa kerana AKU SUDAH JATUH CINTA PADA CAMERON HIGHLANDS!. Tenang jiwaku! Sekalipun bekerja disana, ia seperti bercuti.
Hari ini baru selesai penilaian prestasi kerja ku oleh bos aku. Alhamdulillah, ak dapat 85%. Ia cukup baik buatku yg baru 3 bulan bertatih di alam korporat ini. Ya, banyak yang perlu aku tingkatkan kualiti/mutu kerja aku. Bos aku berjanji untuk menghantarkan aku ke kursus yang membolehkan aku diiktiraf mempunyai kelulusan dalam spesifikasi kerja aku disini. Terima kasih Bos!. Maka, apa yang kurang pada mutu kerja aku? Jawapannya mudah sahaja. Aku tiada mobiliti dalam gerak kerja aku. Aku bergantung 100% kepada kenderaan syarikat. Hik3x! Tercuit rasa lucu disitu, namun aku mengambil ia secara serius. Perlu konsisten menyimpan wang untuk membeli sebuah kereta. Aku faham maksud Bos aku. Dia mahu aku memiliki sebuah kereta!. Saya beritahu " Bos, On da way!". Dia tersenyum...
Novel.
Ada 5 novel lagi yang perlu dihabiskan. Maknanya, tak boleh lama-lama blogging. Hik3x!
Jumpa lagi......Smile!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
MAtnorrrr! Beli keta cepat! haha
dyat, on da wayyyyy! hahahaha
Post a Comment