maaf, saya tidak dapat meneka.
Saturday, 26 November 2011
seorang telah bertanya yg buat aku terkelu; saya nak ajak org buat baik stelah sy saya jadi baik, xnak mrk mcm sy dulu, tapi sy dibayangi dosa saya yang dulu, jadi sy tak berani". taktau la plak apa dosa tu. so bagaimana?
terus berbuat baik. tinggalkan masa lalu dan pohon ampun dari Allah.
tadi masuk lecture setelah 4 bulan berehat, dewan kuliah panas, tapi aku menggeletar sejuk, apa pasal??? mcm mana nak hadapi?
hang gemuruh lagi kot. nak steady g minum dahulu.
jika tiba2 hidu terasa kosong, then nak buat apa?
hidu atau hidup??? perbezaan ejaan pada soalan boleh memberi maksud yang berbeda.
Sunday, 20 November 2011
Wednesday, 16 November 2011
Apakah lagu/muzik yang paling 'epic' pernah anda dengar? (Boleh senaraikan lebih daripada 1 jika ada)
kalau main stream; bee gees: how deep is your love.
kalau nasyid: inteam: kasih kekasih.
Tuesday, 15 November 2011
Bila seseorang mendesak anda untuk berbuat sesuatu diluar kemampuan (i.e. kuasa, kewangan, etc.), bagaimanakah reaksi anda?
saya akan tahan desakan itu spy selari dgn kemampuan saya.
Bila rasa ingin menyendiri, apakah yang akan anda lakukan dan ke manakah biasa anda pergi?
saya akan ke masjid dan duduk bersendirian di sana.
Wednesday, 9 November 2011
Masakan berasaskan daging apakah yang paling mudah untuk dibuat?
paling mudah tk sure ..paling sedap aku tau la..hihihi
selalu diajak lepak dengan kawan,tapi selalu tak ada point nak sembang dengan orang, lately apakah yang patut disembangkan?
isu-isu semasa ker..kenangan2 dahulu ker..hihihih
Thursday, 3 November 2011
Berita Harian Online | Semua perlu akur keputusan mahkamah rayuan berkaitan AUKU
Berita Harian Online | Semua perlu akur keputusan mahkamah rayuan berkaitan AUKU
Semua perlu akur keputusan mahkamah rayuan berkaitan AUKU
SEMUA pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang mahasiswa berpolitik sebagai tidak sah. Prinsip pengasingan kuasa di Malaysia begitu jelas terpancar hasil daripada keputusan Mahkamah Rayuan ini yang tiada langsung campur tangan eksekutif dalam keputusan dibuat.
Bagi pihak kerajaan mereka boleh membuat rayuan pada peringkat tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan sungguhpun begitu keputusan Mahkamah Rayuan ini harus dilihat sebagai teguran undang-undang sedia ada perlu diperbaiki. AUKU perlu ada penjenamaan baru dengan memperlihatkan Seksyen 15 yang dianggap tidak sah itu dipinda atau dikaji semula mengikut peredaran dan situasi realiti semasa negara melalui Pelan Transformasi Nasional yang diterjemahkan pada era kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.Rata-rata mahasiswa ketika ini sudah matang dan saya kira sudah sampai masanya untuk dibenarkan menganggotai mana-mana parti politik memandangkan umur untuk melayakkan seseorang mengundi dalam Perlembagaan Persekutuan adalah 21 tahun ke atas.Kerajaan mungkin perlu bersedia bagaimanakah mekanisma yang sepatutnya diwujudkan sekiranya wujud pindaan terhadap Seksyen 15 ini serta kajian menyeluruh bagi melihat implikasi sekiranya dibenarkan mana-mana mahasiswa berumur lebih 21 tahun menyertai parti politik tanpa perlu membawa elemen kepartian dalam kampus dan kuliah.
Paling penting AUKU masih perlu dikekalkan kerana prinsip dan falsafah di sebaliknya mampu menjamin kemajuan pendidikan tinggi di negara ini berterusan.
IRMOHIZAM IBRAHIM,
Naib Presiden, Majlis Belia Malaysia.
Semua perlu akur keputusan mahkamah rayuan berkaitan AUKU
2011/11/03
SEMUA pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang mahasiswa berpolitik sebagai tidak sah. Prinsip pengasingan kuasa di Malaysia begitu jelas terpancar hasil daripada keputusan Mahkamah Rayuan ini yang tiada langsung campur tangan eksekutif dalam keputusan dibuat. Bagi pihak kerajaan mereka boleh membuat rayuan pada peringkat tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan sungguhpun begitu keputusan Mahkamah Rayuan ini harus dilihat sebagai teguran undang-undang sedia ada perlu diperbaiki. AUKU perlu ada penjenamaan baru dengan memperlihatkan Seksyen 15 yang dianggap tidak sah itu dipinda atau dikaji semula mengikut peredaran dan situasi realiti semasa negara melalui Pelan Transformasi Nasional yang diterjemahkan pada era kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.Rata-rata mahasiswa ketika ini sudah matang dan saya kira sudah sampai masanya untuk dibenarkan menganggotai mana-mana parti politik memandangkan umur untuk melayakkan seseorang mengundi dalam Perlembagaan Persekutuan adalah 21 tahun ke atas.Kerajaan mungkin perlu bersedia bagaimanakah mekanisma yang sepatutnya diwujudkan sekiranya wujud pindaan terhadap Seksyen 15 ini serta kajian menyeluruh bagi melihat implikasi sekiranya dibenarkan mana-mana mahasiswa berumur lebih 21 tahun menyertai parti politik tanpa perlu membawa elemen kepartian dalam kampus dan kuliah.
Paling penting AUKU masih perlu dikekalkan kerana prinsip dan falsafah di sebaliknya mampu menjamin kemajuan pendidikan tinggi di negara ini berterusan.
IRMOHIZAM IBRAHIM,
Naib Presiden, Majlis Belia Malaysia.
p/s : gua menyambut keputusan ini dgn rasa syukur...actually "dorang" yang bongok itu "merantai" minda mahasiswa sekian lama. AYUH BERUBAH!
Wednesday, 2 November 2011
perlukah kita buat target tahun bila nak kawin? sebab kawanku bilang, kalau berazam, azamlah dengan spesifik agar kau bekerja keras ke arah itu,
Saya setuju dengan kenyataan kawan anda. Maka bila anda mahu melangsungkan perkahwinan?
Subscribe to:
Posts (Atom)