Thursday, 3 November 2011

Berita Harian Online | Semua perlu akur keputusan mahkamah rayuan berkaitan AUKU

Berita Harian Online | Semua perlu akur keputusan mahkamah rayuan berkaitan AUKU


Semua perlu akur keputusan mahkamah rayuan berkaitan AUKU


2011/11/03

SEMUA pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang mahasiswa berpolitik sebagai tidak sah. Prinsip pengasingan kuasa di Malaysia begitu jelas terpancar hasil daripada keputusan Mahkamah Rayuan ini yang tiada langsung campur tangan eksekutif dalam keputusan dibuat.

Bagi pihak kerajaan mereka boleh membuat rayuan pada peringkat tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan sungguhpun begitu keputusan Mahkamah Rayuan ini harus dilihat sebagai teguran undang-undang sedia ada perlu diperbaiki. AUKU perlu ada penjenamaan baru dengan memperlihatkan Seksyen 15 yang dianggap tidak sah itu dipinda atau dikaji semula mengikut peredaran dan situasi realiti semasa negara melalui Pelan Transformasi Nasional yang diterjemahkan pada era kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Rata-rata mahasiswa ketika ini sudah matang dan saya kira sudah sampai masanya untuk dibenarkan menganggotai mana-mana parti politik memandangkan umur untuk melayakkan seseorang mengundi dalam Perlembagaan Persekutuan adalah 21 tahun ke atas.
Kerajaan mungkin perlu bersedia bagaimanakah mekanisma yang sepatutnya diwujudkan sekiranya wujud pindaan terhadap Seksyen 15 ini serta kajian menyeluruh bagi melihat implikasi sekiranya dibenarkan mana-mana mahasiswa berumur lebih 21 tahun menyertai parti politik tanpa perlu membawa elemen kepartian dalam kampus dan kuliah.

Paling penting AUKU masih perlu dikekalkan kerana prinsip dan falsafah di sebaliknya mampu menjamin kemajuan pendidikan tinggi di negara ini berterusan.

IRMOHIZAM IBRAHIM,
Naib Presiden, Majlis Belia Malaysia.


p/s : gua menyambut keputusan ini dgn rasa syukur...actually "dorang" yang bongok itu "merantai" minda mahasiswa sekian lama. AYUH BERUBAH!

No comments: