Monday, 20 July 2009

Bloody hell lah semua itu!



Suasana Nampak  meriah. Hampir keseluruhan penduduk kampung hadir mendengar taklimat. Seperti ada aura baru dengan kehadiran ‘pengerusi jkkk ‘kali ini. Saya hadir juga untuk mendengar ap yang disampaikan walaupun sibuk dengan projek perusahaan terkini. Kali ni terus saya datang kepada ‘pengerusi jkkk’ ni untuk menyapa serta bertanya khabar.
Perbincangan hanya sekejap, tapi cukup pedas. Saya bertanya berapakah lama diambil untuk taklimat ini?.
 jkkk bertnya pula kepada saya” kenapa tak buat perusahaan tu awal lagi
saya menjawab” dah lama saya buat, Cuma masih lagi dalam progress. Tu sebab saya minta jangka waktu taklimat ni. Saya ingin pulang cepat kerana kertas kerja masih lagi belum disiapkan.’
jkkk bertanya lagi”kamu macam tak nak beri kerjasama. Kalau saya tahu kamu masuk kampung ini, dah lama saya halau kamu keluar”..
nadanya tidak  tinggi, tapi cukup pedas dan sinis sekali.
Saya:”oh...rezeki Allah tu ada dimana-mana encik. Kehidupan saya bukan bergantung dengan en. Kehidupan saya tidak tergugat pun dengan itu. Muka bumi Allah itu luas. Kalau saya tak dapat tinggal sini, saya boleh tinggal disana.”
Jkkk terus tidak menjawab, sambil bermain2 dengan hp nya. Mungkin rasa tercabar dengan kata2 saya.
Atucara majlis berlalu dengan ucapan beliau sendiri, iaitu jkkk. Di awalan ucapannya, terus dia mengkritik phrasa ayat saya tanpa menjelaskan sayalah yang mengungkapkannya sewaktu perbualan singkat sebentar tadi.
Jkkk;” duduk di kampung ni, perlu ada kerjasama dengan ‘kampung’ itu sendiri. Rezeki Allah tu di mana2?..huh..bloody hell lah dengan semua itu”. Sambil bercakap itu  seolah2 tuhan tidak mendengar, malaikat raqib-atid tidur.
Saya di kerusi pendengar, Cuma tersenyum....tapi dengan hati yang hiba...andai jkkk itu mengutuk atau menghina saya, saya tidak ada masalah tentang itu..
pabila dia mengungkapkan” bloody hell lah sume itu, sambil merujuk kepada ayat “oh...rezeki Allah tu ada dimana-mana encik. Kehidupan saya bukan bergantung denga nen.Kehidupan saya tidak tergugat pun dengan itu. Muka bumi Allah itu luas. Kalau saya tak dapat tinggal sini, saya boleh tinggal disana.”, saya yakin dia merujuk bloody hell itu kepada Allah, tuhannya sendiri.
Jkkk seperti Firaun versi MALAYSIA!
Dan saya....terus berdoa agar jkkk ini diganti dengan yang lebih baik, seiring pemimpin  yang arif dalam bidangnya jua.
Saya terus pulang selepas bersalaman dengan pengerusi jkkk, serta jk kampung yang lainnya.
Bertanya pula pada ustaz, apa hukumnya seorang muslim mengatakan seperti ini” ” bloody hell lah sume itu, sambil merujuk kepada ayat “oh...rezeki Allah tu ada dimana-mana encik. Kehidupan saya bukan bergantung dengan en. Kehidupan saya tidak tergugat pun dengan itu. Muka bumi Allah itu luas. Kalau saya tak dapat tinggal sini, saya boleh tinggal disana.”.
Ustaz menjawab: “masyaALLAH sambil mukanya kelihatan sayu bila mendapat tahu ayat2 itu keluar dari mulut muslim itu sendiri. Dia dah jatuh syahadah...dia perlu ulang kembali kalimah syahadah seperti seorang muallaf.”
Kepada pembaca, bila kita bencikan sesuatu itu, walau sebenci mana pun, bencilah seadanya. Kerana amarah inilah yang bolah membawa kita kufur, apatah lagi murtad..hanya kerana perkataan sahaja. Itu lah akibat bahana perkataan.
Dan saya.........akan terus melawan...dan terus melawan.

Thursday, 2 July 2009

PTPTN..masih lagi PTPU-TIPU

 

 

 

Syor perkenal KPI kepada PTPTN


SEHINGGA hari ini, pengurusan tertinggi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum melaksanakan penurunan kos pentadbiran daripada tiga peratus kepada satu peratus seperti diuar-uarkan.

Saya menghubungi PTPTN dua kali bertanyakan tarikh penguatkuasaan kadar satu peratus itu dan surat perjanjian baru. Namun, jawapan yang diberikan masih sama, iaitu surat perjanjian baru akan dihantar tidak lama lagi dan kadar baru akan dikira berdasarkan tarikh yang diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sesuatu yang pelik dan bermain di fikiran saya ialah mengapa begitu lambat dan tidak agresif tindakan susulan PTPTN terhadap polisi baru yang diumumkan kerajaan.



Jika ada masalah pengurusan, saya bersetuju dengan cadangan supaya PTPTN diuruskan oleh individu yang benar-benar berdedikasi menjalankan tugas, hatta bijak membuat unjuran masa dengan secara tepat dan proaktif.

Adakah PTPTN tidak ada tarikh akhir? Perlukan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diperkenalkan di PTPTN? Kalau saya tidak silap, sudah enam bulan pengumuman kadar satu peratus dibuat oleh kerajaan, namun hasil dan tindakan PTPTN masih boleh diragui. Sudahlah ketika meminjam (belajar) tempoh kemasukan pinjaman kerap lambat dan apabila tamat pengajian masalah lain pula menimpa. Persoalan besar perlu diambil kira, siapa pelanggan dan siapa penyedia perkhidmatan?

M ZAM,
Kelantan.



  1. Merujuk kepada penulis surat di atas petikan dari Berita harian, Khamis 2 Julai 2009, saya yang juga peminjam PTPTN yang dahulunya gembira tetang pengumuman penurunan cas pentadbiran dari 3% kepada 1 %  oleh KPT kembali runsing.
  2. Mana taknya ketika sedang asyik membaca akhbar berita harian, tiba2 ada pulak criter yang tak enak di dengar.
  3. Dan saya yakin, masalah ini melibatkan puluhan ribu peminjam yg terdiri dari kalangan penuntut IPT.
  4. Cuma harapan saya. agar PTPTN dapat mempercepatkan proses kepada cas 1 % itu. bukan apa, kalau difikirkan pelik la...pengumuman ke seluruh negara telah dibuat, ttp prosesnya sehingga kini memakan masa 6 bulan , tetap mengenakan cas 3 %.
  5. Lalu saya bertanya, apa guna buat pengumuman?....
  6. geram....tetapi tetap bersabar.....