Monday 20 July 2009

Bloody hell lah semua itu!



Suasana Nampak  meriah. Hampir keseluruhan penduduk kampung hadir mendengar taklimat. Seperti ada aura baru dengan kehadiran ‘pengerusi jkkk ‘kali ini. Saya hadir juga untuk mendengar ap yang disampaikan walaupun sibuk dengan projek perusahaan terkini. Kali ni terus saya datang kepada ‘pengerusi jkkk’ ni untuk menyapa serta bertanya khabar.
Perbincangan hanya sekejap, tapi cukup pedas. Saya bertanya berapakah lama diambil untuk taklimat ini?.
 jkkk bertnya pula kepada saya” kenapa tak buat perusahaan tu awal lagi
saya menjawab” dah lama saya buat, Cuma masih lagi dalam progress. Tu sebab saya minta jangka waktu taklimat ni. Saya ingin pulang cepat kerana kertas kerja masih lagi belum disiapkan.’
jkkk bertanya lagi”kamu macam tak nak beri kerjasama. Kalau saya tahu kamu masuk kampung ini, dah lama saya halau kamu keluar”..
nadanya tidak  tinggi, tapi cukup pedas dan sinis sekali.
Saya:”oh...rezeki Allah tu ada dimana-mana encik. Kehidupan saya bukan bergantung dengan en. Kehidupan saya tidak tergugat pun dengan itu. Muka bumi Allah itu luas. Kalau saya tak dapat tinggal sini, saya boleh tinggal disana.”
Jkkk terus tidak menjawab, sambil bermain2 dengan hp nya. Mungkin rasa tercabar dengan kata2 saya.
Atucara majlis berlalu dengan ucapan beliau sendiri, iaitu jkkk. Di awalan ucapannya, terus dia mengkritik phrasa ayat saya tanpa menjelaskan sayalah yang mengungkapkannya sewaktu perbualan singkat sebentar tadi.
Jkkk;” duduk di kampung ni, perlu ada kerjasama dengan ‘kampung’ itu sendiri. Rezeki Allah tu di mana2?..huh..bloody hell lah dengan semua itu”. Sambil bercakap itu  seolah2 tuhan tidak mendengar, malaikat raqib-atid tidur.
Saya di kerusi pendengar, Cuma tersenyum....tapi dengan hati yang hiba...andai jkkk itu mengutuk atau menghina saya, saya tidak ada masalah tentang itu..
pabila dia mengungkapkan” bloody hell lah sume itu, sambil merujuk kepada ayat “oh...rezeki Allah tu ada dimana-mana encik. Kehidupan saya bukan bergantung denga nen.Kehidupan saya tidak tergugat pun dengan itu. Muka bumi Allah itu luas. Kalau saya tak dapat tinggal sini, saya boleh tinggal disana.”, saya yakin dia merujuk bloody hell itu kepada Allah, tuhannya sendiri.
Jkkk seperti Firaun versi MALAYSIA!
Dan saya....terus berdoa agar jkkk ini diganti dengan yang lebih baik, seiring pemimpin  yang arif dalam bidangnya jua.
Saya terus pulang selepas bersalaman dengan pengerusi jkkk, serta jk kampung yang lainnya.
Bertanya pula pada ustaz, apa hukumnya seorang muslim mengatakan seperti ini” ” bloody hell lah sume itu, sambil merujuk kepada ayat “oh...rezeki Allah tu ada dimana-mana encik. Kehidupan saya bukan bergantung dengan en. Kehidupan saya tidak tergugat pun dengan itu. Muka bumi Allah itu luas. Kalau saya tak dapat tinggal sini, saya boleh tinggal disana.”.
Ustaz menjawab: “masyaALLAH sambil mukanya kelihatan sayu bila mendapat tahu ayat2 itu keluar dari mulut muslim itu sendiri. Dia dah jatuh syahadah...dia perlu ulang kembali kalimah syahadah seperti seorang muallaf.”
Kepada pembaca, bila kita bencikan sesuatu itu, walau sebenci mana pun, bencilah seadanya. Kerana amarah inilah yang bolah membawa kita kufur, apatah lagi murtad..hanya kerana perkataan sahaja. Itu lah akibat bahana perkataan.
Dan saya.........akan terus melawan...dan terus melawan.

No comments: