Syor perkenal KPI kepada PTPTN
Saya menghubungi PTPTN dua kali bertanyakan tarikh penguatkuasaan kadar satu peratus itu dan surat perjanjian baru. Namun, jawapan yang diberikan masih sama, iaitu surat perjanjian baru akan dihantar tidak lama lagi dan kadar baru akan dikira berdasarkan tarikh yang diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Sesuatu yang pelik dan bermain di fikiran saya ialah mengapa begitu lambat dan tidak agresif tindakan susulan PTPTN terhadap polisi baru yang diumumkan kerajaan.
Jika ada masalah pengurusan, saya bersetuju dengan cadangan supaya PTPTN diuruskan oleh individu yang benar-benar berdedikasi menjalankan tugas, hatta bijak membuat unjuran masa dengan secara tepat dan proaktif.
Adakah PTPTN tidak ada tarikh akhir? Perlukan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diperkenalkan di PTPTN? Kalau saya tidak silap, sudah enam bulan pengumuman kadar satu peratus dibuat oleh kerajaan, namun hasil dan tindakan PTPTN masih boleh diragui. Sudahlah ketika meminjam (belajar) tempoh kemasukan pinjaman kerap lambat dan apabila tamat pengajian masalah lain pula menimpa. Persoalan besar perlu diambil kira, siapa pelanggan dan siapa penyedia perkhidmatan?
M ZAM,
Kelantan.
- Merujuk kepada penulis surat di atas petikan dari Berita harian, Khamis 2 Julai 2009, saya yang juga peminjam PTPTN yang dahulunya gembira tetang pengumuman penurunan cas pentadbiran dari 3% kepada 1 % oleh KPT kembali runsing.
- Mana taknya ketika sedang asyik membaca akhbar berita harian, tiba2 ada pulak criter yang tak enak di dengar.
- Dan saya yakin, masalah ini melibatkan puluhan ribu peminjam yg terdiri dari kalangan penuntut IPT.
- Cuma harapan saya. agar PTPTN dapat mempercepatkan proses kepada cas 1 % itu. bukan apa, kalau difikirkan pelik la...pengumuman ke seluruh negara telah dibuat, ttp prosesnya sehingga kini memakan masa 6 bulan , tetap mengenakan cas 3 %.
- Lalu saya bertanya, apa guna buat pengumuman?....
- geram....tetapi tetap bersabar.....
No comments:
Post a Comment