Thursday, 26 November 2009

Salam Aidiladha





Assalamualaikum wbt.
1.      Dah lama rasanya  tidak update blog...
2.      Masa yang terhad....opps...masa tak  boleh dipersalahkan...saya yang patut dipersalahkan, kerana tidak pandai mengurus masa..
3.      hibernate@ hibernasi. Kebetulan, saya sedang berhibernasi dari segala genap segi internet termasuklah facebook , twitter dan sebagainya sampai tahap saya terpaksa ‘deactivate’ akaun facebook saya kerana satu sahaja alasannya. Iaitu menjalani rawatan hati & minda.
4.      Dalam ruangan maya ini tak perlulah saya ceritakan tentang semua masalah, cukup dengan doa rakan- rakan agar semuanya dalam keadaan selamat agar kedamaian hati ini kembali pulih.
5.      Insyaallah, jika tidak ada aral melintang, saya akan pulih menjelang pembukaan sesi kuliah semester depan yang akan dibuka akhir Disember ini.
6.      Sempena Aidiladha yang mulia ini, saya menyeru sahabat2 agar kembali menghayati makna disebalik pengorbanan nabi Allah Ibarahim dan nabi Ismail.
7.      Saya turut mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua sahabat handai yang mengenali diri saya.

Telapuk cinta pinang mewangi,
            Laksana intan dibawah kurnia,
Salah silap silih berganti,
            Ku pohon maaf di Aidiladha.

Friday, 18 September 2009

SALAM AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Di kesempatan ini, saya menyusun 10 jari, memohon kemaafan di atas segala salah silap serta khilaf yang saya sengaja mahupun tersengaja, atau tidak sengaja..terutamanya kepada teman rapat di blog ini...andai saya pernah mengguris hati, saya memohon ampun dan maaf. begitu juga saya. saya sentiasa memaafkan segala khilaf teman2 terhadap diri saya..biasalah adat bersahabat, ada kalanya, 'tergigit lidah' jua.

Raya kali ni, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu balik ke kg halaman, sebaliknya saya pulang ke kg halaman sahabt handai saya di Lahad Datu serta Sandakan. bukn apa, ini adalah raya yang terakhir saya di bumi Sabah. Entah bila kan dapat merasanya lagi...maklumla..saya ni dah final year student...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Saturday, 29 August 2009

Ramadhan datang lagi……




Ni ntah kali ke berapa la aku lambat post/wish kat blog….aku pun tak tahu kenapa aku jd pemalas ..hehe..malas menaip..tambah lagi midterm yang bersusun...
So, aku  terfikir seloka Ramadhan yang meng”attack” sanubari ku ni..wahaha!
Ramadhan sudah disisi,
Bila berbuka, badan diisi,
tapi jiwa kosong  tak macam tak diisi,
Apalah nak jadi pada diri sendiri,


Kata nak jadi contoh suami mithali,
Kot2 anak isteri ikut sekali,
Dari tadika sampailah ke universiti,
Semua pakat nak markah tertinggi,
Nak grade A, B,
D?, hmmmm  jauh sekali.



Renungkanlah kembali diri,
Jadilah hamba yang mensyukuri,
Layakkah kita ke syurga nanti?,
Tak usah mimpi, kita bukan mcm nabi,
Dosa?...banyak sekali…

Ramadhan, Allah dah bagi,
Kenapa tak mau rebut pahala semua sekali?,
Tapi mega sale shopping center, semue pakat pegi,
Siap berebut, tolak menolak lagi,
 berseri2 sampai Nampak kuning gigi,
padahal ramdhan belum habis lagi,



Moga Ramadhan kali ini lebih beerti,
Bersama-sama lah kita perbaiki diri,
Cuci dosa dulu, dosa kini,
Agar diri diberkati sampai mati,


Ya Allah,Ramadhan ini aku menanti,
Terimalah ibadahku dan ampunilah diri.
 


Andai pahala ramadhan ini dapat dianalogikan dengan duit(yakni korang boleh Nampak), sure kita sume umat ni berebut2 nak ambil kan?...tapi itulah, Allah Maha Bijaksana dan Maha Pemurah, dia tak bagi duit, tapi dia bagi pahala….pahala yang dilipat gandakan plak tu…macam 1 kuasa 30 juta kot….












Monday, 10 August 2009

Hiporitkah aku?

Terfikir sejenak difikiran saya sejak kebelakangan ini…hipokrit..hipokrit.. hipokrit..
Apa yang berlaku?..saya pun tak pasti..

Apa yang pasti saya sentiasa sembunyikan sesuatu yang saya jamin takkan sesiapa pun yang dapat mengetahui apatah lagi untuk menghidunya…Cuma secara umumnya, apa yang dapat diceritakan disini, saya sentiasa HIPOKRIT dalam mengekspressi wajah…sentiasa!

Buktinya , tatkala saya gembira ,orang sekeliling mengatakan saya sedang marah, begitu juga sebaliknya, sedang saya sedih, muka pula menunjukkan wajah yang ceria..

Walaupun niat ny baik iaitu tidak mahu orang lain tahu, ia tetap HIPOKRITKAN?..

Akibatnya , bagi saya , ianya sudah seperti barah..merebak didalam tubuh badan dengan cepat..tidak seceria seperti yang lain.. tidak seperamah spt yg lain dan seumpamanya akibat terlalu memendam…seperti kapal selam yang karam tenggelam.

Saya perlu melakukan sesuatu…apakah ianya berbentuk motivasi?..Ah!lupakan perkataan motivasi..menipu sahaja bagi saya! ..

so apakah penyelesaian yg patut saya ambil?..
apakah hanya membiarkan masalah ini ditelan dek zaman?..hm..ada benarnya juga.. tapi saya mungkin mati sebelum maslah itu dapat diselesaikan…

saya sedar…saya perlukan sebuah KEYAKINAN untuk setiap perkara yang mendatang!.
Tapi dimanakah dia yang bernama keyakinan?
Dan ianya masih lagi tidak kelihatan…..hingga hari ini…

Monday, 20 July 2009

Bloody hell lah semua itu!



Suasana Nampak  meriah. Hampir keseluruhan penduduk kampung hadir mendengar taklimat. Seperti ada aura baru dengan kehadiran ‘pengerusi jkkk ‘kali ini. Saya hadir juga untuk mendengar ap yang disampaikan walaupun sibuk dengan projek perusahaan terkini. Kali ni terus saya datang kepada ‘pengerusi jkkk’ ni untuk menyapa serta bertanya khabar.
Perbincangan hanya sekejap, tapi cukup pedas. Saya bertanya berapakah lama diambil untuk taklimat ini?.
 jkkk bertnya pula kepada saya” kenapa tak buat perusahaan tu awal lagi
saya menjawab” dah lama saya buat, Cuma masih lagi dalam progress. Tu sebab saya minta jangka waktu taklimat ni. Saya ingin pulang cepat kerana kertas kerja masih lagi belum disiapkan.’
jkkk bertanya lagi”kamu macam tak nak beri kerjasama. Kalau saya tahu kamu masuk kampung ini, dah lama saya halau kamu keluar”..
nadanya tidak  tinggi, tapi cukup pedas dan sinis sekali.
Saya:”oh...rezeki Allah tu ada dimana-mana encik. Kehidupan saya bukan bergantung dengan en. Kehidupan saya tidak tergugat pun dengan itu. Muka bumi Allah itu luas. Kalau saya tak dapat tinggal sini, saya boleh tinggal disana.”
Jkkk terus tidak menjawab, sambil bermain2 dengan hp nya. Mungkin rasa tercabar dengan kata2 saya.
Atucara majlis berlalu dengan ucapan beliau sendiri, iaitu jkkk. Di awalan ucapannya, terus dia mengkritik phrasa ayat saya tanpa menjelaskan sayalah yang mengungkapkannya sewaktu perbualan singkat sebentar tadi.
Jkkk;” duduk di kampung ni, perlu ada kerjasama dengan ‘kampung’ itu sendiri. Rezeki Allah tu di mana2?..huh..bloody hell lah dengan semua itu”. Sambil bercakap itu  seolah2 tuhan tidak mendengar, malaikat raqib-atid tidur.
Saya di kerusi pendengar, Cuma tersenyum....tapi dengan hati yang hiba...andai jkkk itu mengutuk atau menghina saya, saya tidak ada masalah tentang itu..
pabila dia mengungkapkan” bloody hell lah sume itu, sambil merujuk kepada ayat “oh...rezeki Allah tu ada dimana-mana encik. Kehidupan saya bukan bergantung denga nen.Kehidupan saya tidak tergugat pun dengan itu. Muka bumi Allah itu luas. Kalau saya tak dapat tinggal sini, saya boleh tinggal disana.”, saya yakin dia merujuk bloody hell itu kepada Allah, tuhannya sendiri.
Jkkk seperti Firaun versi MALAYSIA!
Dan saya....terus berdoa agar jkkk ini diganti dengan yang lebih baik, seiring pemimpin  yang arif dalam bidangnya jua.
Saya terus pulang selepas bersalaman dengan pengerusi jkkk, serta jk kampung yang lainnya.
Bertanya pula pada ustaz, apa hukumnya seorang muslim mengatakan seperti ini” ” bloody hell lah sume itu, sambil merujuk kepada ayat “oh...rezeki Allah tu ada dimana-mana encik. Kehidupan saya bukan bergantung dengan en. Kehidupan saya tidak tergugat pun dengan itu. Muka bumi Allah itu luas. Kalau saya tak dapat tinggal sini, saya boleh tinggal disana.”.
Ustaz menjawab: “masyaALLAH sambil mukanya kelihatan sayu bila mendapat tahu ayat2 itu keluar dari mulut muslim itu sendiri. Dia dah jatuh syahadah...dia perlu ulang kembali kalimah syahadah seperti seorang muallaf.”
Kepada pembaca, bila kita bencikan sesuatu itu, walau sebenci mana pun, bencilah seadanya. Kerana amarah inilah yang bolah membawa kita kufur, apatah lagi murtad..hanya kerana perkataan sahaja. Itu lah akibat bahana perkataan.
Dan saya.........akan terus melawan...dan terus melawan.

Thursday, 2 July 2009

PTPTN..masih lagi PTPU-TIPU

 

 

 

Syor perkenal KPI kepada PTPTN


SEHINGGA hari ini, pengurusan tertinggi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum melaksanakan penurunan kos pentadbiran daripada tiga peratus kepada satu peratus seperti diuar-uarkan.

Saya menghubungi PTPTN dua kali bertanyakan tarikh penguatkuasaan kadar satu peratus itu dan surat perjanjian baru. Namun, jawapan yang diberikan masih sama, iaitu surat perjanjian baru akan dihantar tidak lama lagi dan kadar baru akan dikira berdasarkan tarikh yang diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sesuatu yang pelik dan bermain di fikiran saya ialah mengapa begitu lambat dan tidak agresif tindakan susulan PTPTN terhadap polisi baru yang diumumkan kerajaan.



Jika ada masalah pengurusan, saya bersetuju dengan cadangan supaya PTPTN diuruskan oleh individu yang benar-benar berdedikasi menjalankan tugas, hatta bijak membuat unjuran masa dengan secara tepat dan proaktif.

Adakah PTPTN tidak ada tarikh akhir? Perlukan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diperkenalkan di PTPTN? Kalau saya tidak silap, sudah enam bulan pengumuman kadar satu peratus dibuat oleh kerajaan, namun hasil dan tindakan PTPTN masih boleh diragui. Sudahlah ketika meminjam (belajar) tempoh kemasukan pinjaman kerap lambat dan apabila tamat pengajian masalah lain pula menimpa. Persoalan besar perlu diambil kira, siapa pelanggan dan siapa penyedia perkhidmatan?

M ZAM,
Kelantan.



  1. Merujuk kepada penulis surat di atas petikan dari Berita harian, Khamis 2 Julai 2009, saya yang juga peminjam PTPTN yang dahulunya gembira tetang pengumuman penurunan cas pentadbiran dari 3% kepada 1 %  oleh KPT kembali runsing.
  2. Mana taknya ketika sedang asyik membaca akhbar berita harian, tiba2 ada pulak criter yang tak enak di dengar.
  3. Dan saya yakin, masalah ini melibatkan puluhan ribu peminjam yg terdiri dari kalangan penuntut IPT.
  4. Cuma harapan saya. agar PTPTN dapat mempercepatkan proses kepada cas 1 % itu. bukan apa, kalau difikirkan pelik la...pengumuman ke seluruh negara telah dibuat, ttp prosesnya sehingga kini memakan masa 6 bulan , tetap mengenakan cas 3 %.
  5. Lalu saya bertanya, apa guna buat pengumuman?....
  6. geram....tetapi tetap bersabar.....

Wednesday, 17 June 2009

Gelas

Suatu hari, seorang guru bertanya pada murid-muridnya.

"Siapa yang kata gelas ini separa penuh, sila angkat tangan."

Semua murid di dalam kelas itu mengangkat tangan, kecuali seorang.

"Yang tak angkat tangan itu, boleh saya tahu, apa penjelasan anda?" tanya guru tersebut.

Murid yang malu-malu itu bangun sambil diperhatikan oleh semua warga kelas.

"Gelas itu separa kosong, cikgu."

Murid-murid yang lain ketawa mendengar jawapan itu.

"Mana ada gelas separa kosong. Tak nampak ke air di dalam tu?" sindir seorang murid di belakang.

Setelah ketawa di dalam kelas surut, guru tadi kembali bercakap.

"Jadi, untuk soalan cikgu tadi, siapa yang betul, siapa yang salah?" Celah seorang murid perempuan.

"Siapa yang angkat tangan tadi, jawapan anda betul. Kawan kita yang tak angkat tangan tadi, jawapannya betul juga."

Semua murid di dalam kelas itu saling berpandangan. Mereka berasa hairan dengan balasan yang diberikan oleh guru tadi.

"Murid-murid, pandangan kita semua terhadap sesuatu itu belum tentu sama. Walaupun jawapan yang kita berikan itu adalah jawapan serupa macam jawapan orang ramai, tetapi, jika terdapat pandangan yang 'aneh', tak semestinya pandangan 'aneh' itu salah," ujar guru tersebut.

"Kalau macam tu, dalam dunia ini, semua orang betullah cikgu? Tak kisahlah orang cakap apa pun." Murid yang duduk di belakang tadi, bertanya lagi. Dia kurang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh gurunya.

"Bagus soalan tu," guru itu tersenyum. "Kalau kita nak cerita tentang kandungan air di dalam gelas; kita perlu menyaksikan sendiri apa yang ada atau apa yang tiada di dalam gelas ini dan penjelasan kita adalah mengenai gelas ini juga, selagi itu, apa juga pandangan yang diberikan, adalah betul."

Guru tadi mendekati murid di belakang. "Tetapi.." Semua murid berkalih tempat duduk untuk mendengar penjelasan lanjut cikgu itu. "Jika apa kita tak menyaksikan sendiri gelas itu, menjelaskan yang lain dari gelas itu, pandangan yang diberikan itu perlu diselediki."

"Susahnya nak faham cikgu." Rungut murid perempuan tadi.

"Katakanlah saya bertanya tentang gelas dan apa kandungan di dalamnya. Tiba-tiba, ada diantara kamu yang tak tengok pun gelas itu, pandai-pandai pula bagi jawapan. Jawapan itu pula, bukan tentang gelas di depan ni, tapi tentang meja, tentang lantai, tentang kerusi. Apakah jawapan itu betul apa yang saya hendak?"

"Mestilah tak." Murid yang menjawab gelas separa kosong tadi bersemangat menjawab.

"Kita ini," guru tadi berjalan ke hadapan kelas semula. "Tuhan minta kita untuk patuh apa yang Dia suruh. Siapa boleh beritahu saya, apa yang Tuhan suruh kita buat dekat dunia ni?"

"Beribadat!"

"Jadi manusia berguna!"

"Jadi anak yang baik!"

"Betul semua jawapan itu. Nah, perasan tak, bila saya tanya soalan ni, masing-masing ada jawapan masing-masing. Dan jawapan itu pula, selari dengan apa yang Tuhan suruh buat. Tapi, logikkah kita bila ditanya tentang hal ini, kita jawab; jadi anak yang derhaka, jadi manusia jahat?"

Murid-murid tadi menggeleng.

"Jadi, kita sebagai manusia, perlulah ikut kehendak Tuhan. Dalam mengikut kehendak Tuhan ini, masing-masing ada jalan masing-masing. Asalkan jalan itu tidak bercanggah dari apa yang Tuhan suruh buat. Asalkan kita kaji dan teliti, apa yang Tuhan bagi dekat kita dengan menggunakan deria, akal dan hati kita."

*janganlah selalu "menembak" orang lain , sebaliknya hormati pendapat mereka....
 
aku cuba sentiasa menghormati pandangan yg lain.......PEACE!

Wednesday, 27 May 2009

Dr Mohd Asri: ‘Mogok Lapar’ Ditolak Oleh Islam

Dr Mohd Asri: ‘Mogok Lapar’ Ditolak Oleh Islam
Disiarkan pada May 26, 2009 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan

Ditanya Dr. Mohd Asri mengenai mogok lapar yang sertai oleh seseorang muslim, apa hukumnya?
Jawapan: Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.

Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish. Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.

Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah. Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka.

Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam. Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat. Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan.


Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya.
Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini. Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun”

– dr mohd asri zainul abidin, lampeter, UK.

Friday, 15 May 2009

Krisis di perak: antara hak yg berego@berlagak dan tanggungjawab

 antara yang memalukan saya.......... ingatkan tadika jer berlaku gaduh2 macam ni...rupanya...
1.      Sempena cuti semester kali ni, saya ingin mengambil kesempatan ingin pulang ke kg halaman di Perak, dalam jangka masa cuti  sekitar 1 bulan setengah. Tapi apa yang menjadi kekecewaan saya, elok2 je saya balik, negeri tumpah darah saya ni, Perak dilanda krisis politik, bukan krisis kemanusiaan ye..sbg seorang mahasiswa, lebih2 lagi setelah melihat video dari kedua dua pihak saya mendapati , ada benarnyer kata2 rakan2 saya di KAL. Dia menyatakan, ‘aku pikir , adun lebih ‘budak2 daripada kita...buktinya, tgklah kat video tu,dn briter..’
2.      Saya berpendapat dalam hal krisis di Perak ada dua penyelesaian yang mungkin relevan. Diantaranya adalah Pertama, bubar DUN dan bertanding semula. kembalikan hak kepada rakyat  Perak,.ttp, ianya menjadi tidak perlu jika kos pilihanraya yang tinggi. Atau  pilihan kedua terima dengan hati yang terbuka keputusan Paduka Seri Tuanku Sultan Perak. Baginda merupakan ketua negeri Perak. Hormatilah keputusannya.
3.      Saya pikir ini bermula dgn idea ‘lompat-melompat’. Kan dah sekarang rakyat tgh melompat bukan kerana suka, ttp marah, baik yang pro kerajaan mahupun pembangkang. Dan juga saya juga bersetuju dgn pandangan Faizal tehrani yang mengatakan” Saya juga menolak projek 16September yang bedebah, saya juga tidak dapat menerima projek menjatuhkan kerajaan di negeri Perak secara tidak bermoral
.4.    Yang  penting,  pembangunan kembali berjalan. Ini tidak, pabila saya pulang utk melihat kg halaman, org perak kata” rghopa same ejer”.  Takder yg beza. Hei!, lupakan la gaduh2 macam anjing dan kucing!.
5.      Mereka senantiasa melaungkan “ itu hak kami!”. Kenapa perlu fikirkan itu jer hak kamu, mana hak kami?. Cubalah ade kesedaran sikt, tukar mentaliti tu kepada “Itu tanggungjawab kami!” saya tidak mahu memberikan analogi rapat dgn politik.bimbang pembaca cuba melabelkan saya pro kerajaan or pro pembangkang.Cuba renungkan analogi ini. Di dalam mahkamah , suami isteri sering berbalah ttg hak mereka di mahkamah. Mereka saling tuduh- menuduh. Apakah mereka tidak berfikir mana lebih utama antara tanggungjawab mereka sbg suami/isteri  atau hak ?
6.      Analogi kedua, blogger2 yang suka guna kata kotor dan sembunyikan identiti mereka(bacul dan penakut!). barangkali terpangaruh dengan cerita2 ttg risikan2  di hollywood kot!. Bila ditegur tindakan mereka, mereka berkata “itu hak bersuara saya”. Cuba fikirkan mana lebih utama (antara hak atau  tanggungjawab sebagai seorang blogger)
Kalau  muslim silalah baca hadis di bawah dari Sahih Muslim, bab pemimpin yang menipu rakyat bernombor 1797: (sila rujuk blog Faizal Tehrani)
Daripada al Hasan r.a katanya: 'Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar al Muzani ketika dia sakit hampir meninggal. Kata Ma'qil kepada Ubaidullah, 'Aku hendak menyampaikan kepadamu sebuah hadis yang kudengar sendiri daripada Rasulullah saw, yang kalau aku yakin bahawa usiaku akan panjang, hadis ini belum akan kusampaikan kepadamu. Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, 'Tidak ada seorang hamba yang dipercayakan Allah kepadanya memimpin rakyatnya, kemudian dia mati, sedangkan pada hari kematiannya dia (masih) menipu rakyatnya, nescaya Allah mengharamkan syurga baginya'.
............................Pueh hati teman....................



Friday, 24 April 2009

Perutusan Peperiksaan


Exam tengah ‘berjalan’...


Waaa, takut sgt.........................sbb nak maintainkan pointer 3 tu yg menggila susahnye..

Namun, adakah kita sedar tentang suatu perkara yang kita sedari???

Guess what???

Tepuk dada, tanya iman...

Bekerjalah untuk duniamu seolah olah engkau akan hidup selama lamanya,
dan bekerjalah untuk akhiratmu seperti engkau akan mati esok

Akademik dan agama perlu gerak seiring...

Ok, all the best!!! Berusaha!!!!

Dedicated to my friends those sit in exam , gud luck for your final exam :
~Ke arah mardhatillah~
~Living hell or living well, fighting for the future!!!~
~Sharing is caring~
~Sharing is charity~
~Jagalah Allah, Allah akan menjagamu~
~Setiap kesulitan, pasti ada kemudahan~
~Kerana Tuhan untuk manusia~
~There is a hero lies in you~
~Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti~
~The Revolutionist~
~Tales from teh Earth~
~Mind Perception~
~Truly be Yourself~
..............................
~and kepada semua batchmates SPL ku~
Horticulture &Landscape Programme
(joseph,nazmi,kamil,pee,chong,kiki,mandy,santy,yati,sabrina,aza,azu,elin,ina,cassie,asma,
yan,ayeen,lisa,fify,anna,karyan,pizan,bava,flor) 
=P
~kpd semua sahabat2ku d UMS, Abg CD, Azizul,Tengku,Azri,Hilal,Afiq,JJ, Chua,dan Alumni PMUMS...
p/s: you guys rock!!!

Wednesday, 15 April 2009

Pak Lah….Terima Kasih Di Atas segalanya…….YAB Najib…Salam Perdana Menteri ke-6


1. Ruangan kali ini bukanlah lahir dari jiwaku yang kacau sejak akhir-akhir ini..sukar diungkapkan dgn kata2.…Cuma terpanggil setelah berlaku beberapa hari perubahan tampuk pemerintahan eksekutif Negara….
2. Pemimpin datang dan pergi, silih berganti. Ya, pemimpin datang pergi. Kita sbg insan samada rakyat atau pemimpin rakyat, kaya, miskin, tua, muda akan meniggalkan dunia yg fana ini. Namun akhlak dan budi pekerti seorang pemimpin akan disebut dari generasi ke generasi.
3. Harus diingat, setiap pemimpin akan mengadap Tuhan Yang Maha Adil akhirnya...kita tidak boleh lari dari ketentuannya. Setiap segala segi perbuatan akan dinilai dan soal. Jika dia keadilan, tempatnya adalah syurga begitu jua kezaliman, maka balasan buruk akan menanti
4. Saya masih lagi teringat apabila menerima jutaan ucapan tahniah apabila memenangi kerusi MPPUMS 0708, baik dari sahabat handai,mahupun dari pihak lawan. Namun, amanah dan bebanan tugas sebagai pemimpin adalah lebih besar bahaya drpd bahagia. Justeru itu Nabi s.a.w mengingatkan kita betapa bahaya jawatan kepimpinan jika tidak diurus dengan betul, sabdanya: “Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinanan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).
5. Apabila melihat serta merenung sejenak, saya akur dan mengakui perkara ini benar2 terjadi kepada diri saya. Ingin saya kongsikan sbg mantan ahli MPP, kesan pentadbiran kami yang kurang cekap, sehingga ke hari ini masih lagi dibobrokkan dengan setiap segi keburukan, baik dari individu MPP itu sendiri mahupun organisasi MPP sendiri. Malah, saya sendiri mengalami tekanan sehingga terbawa-bawa perasaan kegagalan sbg seorng pemimpin pelajar. Sehingga ke hari ini, sya masih lagi fobia ttg itu. Namun begitu, bagi saya itu bukanlah alasan saya untuk tidak memberikan khdimat bakti seterusnya kpd komuniti yang saya pimpin ataupun yg saya terlibat.saya percaya, dgn kapasiti sbg seorng penuntut mahasiswa, sy perlu terus mempunyia sikap ingin terus belajar dalam sepanjang hidup saya.
6. Segunung ucapan tahniah dan jutaan penghargaan dan terima kasih yg ikhlas lahir dari hati saya buat Pak Lah. Dengan dasar Pertanian Negara yg sgt ditekankan oleh beliau, maka saya bertuah, menikmati hidup sbg ahli pertanian negara, yg mana diamanahkan oleh ALLAH dan jg rakyat Malaysia ke ats diri saya. Sy fikir, jika ini tidak berlaku,sy tidak tahu kemanakah, atau dimanakah kedudukan saya sekrg..apakh sya mengmbil kursus M,P,S atau kursus lain yg tak pernah sy gambarkan...Sy bersyukur, dgn penekanan terhadap pertanian negara oleh Pak Lah, sy msih berdiri disini.
7. Kini, Malaysia menerima Perdana Menteri ke-6 YAB Dato Seri Najib
8. Harapan saya kpd YAB Dato Seri, pemerintah hendaklah dekat di hati rakyat, bukan dekat dihati kroni dan taukeh. Saya berdoa agar Allah sentiasa merahmati rakyat dengan direzekikan amanah dan keadilan semoga Allah memberi kekuatan untuk menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar. Walaupun mungkin ramai pemimpin itu telah tahu tentang tanggungjawab, tetapi mereka perlu diingatkan. Mereka perlu sentiasa menjenguk arahan Allah: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat”. (Surah al-Nisa: 58).
9. Terima kasih Pak Lah.....Selamat Bertugas YAB Dato Seri Najib.....

Thursday, 19 February 2009

2 dan 2 menjadi 22? So, happy birthday Hilal!!!dah tua la hang!haha!!

2 dan 2 menjadi 22? So, happy birthday Hilal!!!dah tua la hang!haha!!
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..hm..dah lama giler tak update blog sy...nak wat mcmner ..buzy giler la...anyway post kali ni, sy nak kongsikan cerita ttg mangsa yg pertama dalam hidup sy..mangsa ape ek?ha ni la mangsa pertama sy dimana birthdaynyer sy baling tepung kat badan dia.....Shuhada punyer idea giler la ni...aku ikut jer...maklumle...bukan senang nak belasah hilal...








Hangpa tengok la kat baju hilal tu...tu adalah combinasi corak ciptaan antara aku dgn azri






Ha! Yang Nampak seakan2 minyak rambut tu adalah cream kek yg kitorg makan malm tu. Itu memang personally aku decorate kat rambut hilal( sorry ya hilal, tersengaja..hehe..siap aku urut rambut dia pakai cream kek tu...)
‘By the way’( Itu lah perkataan popular hilal kat penjaga kangaroo time g seaworld kat Australia....mentang2 la girlz yg jaga kangaroo tu cantik..ko amik kesempatan ya hilal...haha! ), happy birthday to u yg ke- 22.jgn lupa wat la doa selamat, bleh jgk kwn dtg makan..hehe! n aku doakan ko bahagia.....(bahagia? Dalam maknanya tu...hehe)
Babai........see u nex time.........


Thursday, 1 January 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430!...Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009!

1. Saat saya menulis, hanya tinggal beberapa minit lagi kita akan meninggalkan 2008. Ia mungkin adalah tahun yang paling bermakna bagi sesetengah pihak dan mungkin juga yang paling malang bagi pihak yang lain.
2. Ramai juga yang tidak sanggup untuk meninggalkan 2008 kerana “bencana” yang bakal berlaku pada tahun 2009. “Bencana” yang dimaksudkan ialah semakin ketidaktentuan kestabilan politik yang tidak menentu, tentang kenaikan harga barangan keperluan walaupun harga komoditi minyak mentah terus menyusut.

3. Sambutan Tahun Baru Hijrah 1430 menyaksikan muslim Gaza dibunuh dengan kejamnya oleh rejim Israel. Bukan sahaja polis dan tentera Hamas yang menjadi sasaran mereka, tetapi wanita dan kanak-kanak juga turut menjadi korban kezaliman Zionis, pengganas no 1 dunia. Peperangan dan krisis politik yang berlaku di Timur Tengah iaitu serangan Israel terhadap Palestin yg tidak henti-henti, tidak memungkinkan akan berakhir dalam jangkamasa terdekat ini. Ini mungkin juga pada pandangan penulis akan menyuburkan kebimbangan para palabur, seterusnya meningkatkan semula harga komoditi minyak mentah dunia. Jika dibandingkan apalah daya muslim di Palestin untuk melawan tentera Israel. Mereka hanya berbekalkan serpihan batu dari bangunan yang telah dibom Israel yang dapat digunakan oleh mereka untuk menentang kekejaman Israel laknatullah... Jika Muhajirin dan Ansar sanggup bersatu dan berkorban untuk menjayakan Islam dengan kudrat dan harta yang mereka miliki, mengapakah kita semua tidak boleh melakukannya? Ambillah semangat persaudaraan Islam yang telah di anjurkan oleh junjungan besar baginda SAW untuk kita salami dan hayati demi masa2 yang mendatang.... Al-Fatihah buat semua Muslim Palestin yang telah terkorban.... Semoga Muharram kali ini memberikan tekad baru kepada kita semua untuk membangun dan memakmurkan bumi tuhan yang luas ini...
4. Selain itu ramai yang sudah mula gusar menghitung hari-hari akhir 2008. Contohnya peniaga-peniaga merungut tentang masa depan perniagaan mereka. Mana tidaknya, keseluruhan negara di dunia sedang mengalami fasa kelembapan ekonomi. Dengna sistem ekonomi gergasi dunia yg berasaskan kapitalis yg sememangnya dasar2nya yg tidak adil telah menunjukkan kelemahan sistem kapitalis sendiri...maka disinilah peluang terutamanya pemimpin2 negara islam memperkenalkan sistem ekonomi berasaskan Islam yg sememanya diakui oleh korporat2 bukan Islam yg mengatakan sistem ekonomi berasaskan islam adalah lebih menjamin dan selamat....So, kpd pemimpin2, knp masih ternnti?....nak tunggu Imam Mahdi turun, baru nak laksanakan?.....

5. Antara perkara menarik pada 2008, keputusan pilihanraya umum 8 Mac ‘08 yang lalu disifatkan oleh banyak pihak sebagai sesuatu yang tidak dijangka. Istilah "tsunami" politik menggambarkan seolahnya telah berlaku satu gempa besar dalam "zon terbenam" politik Malaysia, yang seterusnya menghasilkan satu gelombang mega menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; mengekalkan kerajaan PAS di Kelantan dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Adakah sepanjang tempoh dua tiga dekad yang lalu telah berlaku pergerakan perlahan "plak-plak tektonik" dalam zon terbenam politik Malaysia, yang seterusnya membuka jalan kepada kemunculan "politik baru" di negara ini? Politik baru ini mungkin muncul dalam bentuk budaya politik baru yang seterusnya membawa kepada perubahan institusi politik, sehingga pihak Istana sudah mula bersuara!.
6. Akhir sekali , saya mendoakan agar dengan kedatangan tahun baru 2009 akan memberikan sinar ke dalam kehidupan yang lebih harmoni tidak kiralah dari segi ekonomi mahupun sosial. Disamping itu juga sy ingin menyeru kpd sdr dan sdi ,Ayuh! Bersatulah... dalam segenap segi demi negara Malaysia yg tercinta!
7. Semoga kahidupan kita yg mendatang akan sentiasa dilimpahi keberkatan serta kejayaan....Selamat Tahun Baru Hijrah 1430!...Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009!