Sunday, 19 September 2010

Perlu lebih berhati-hati

Salam All.

Kelmarin berkesempatan ke kenduri walimatul urus sahabat di Setiawan, Perak. Kebetulan bertolak awal, maka singgah di rumah ziarahi ibu bapa.

Maka nak dijadikan cerita, sedang rancar bercerita, tiba-tiba mak saya bercerita pasal blog saya ini.

BLOG SAYA! BLOG SAYA! BLOG SAYA!

Beliau  lebih berminat membaca pada tanda seperti " isteri" dan lain lain yang seumpama dengannnya.










SAYA KENA LEBIH BERHATI-HATI! 


tidak mengapa. saya maafkan sebab dia bukan dari generasi sekarang seperti kita. saya anggap dia tidak memahami ke atas segala apa yang gua tulis.


Kalau dulu, mak selalu tengok buku akademik, sekarang blog pun nak pantau ker?






 

Wednesday, 15 September 2010

Berita Harian Online | Peringatan menjaga maruah, integriti

Berita Harian Online | Peringatan menjaga maruah, integriti


Peringatan menjaga maruah, integriti
Oleh Teo Kok Seong
teokok@ukm.my
2010/09/15

Rakyat perlu bersatu pertahan negara daripada ancaman musuh

UNTUK kali pertama selepas 47 tahun, 16 September iaitu esok dijadikan cuti umum untuk meraikan hari penubuhan Malaysia pada 1963. Walaupun agak lewat, tarikh ini tetap dialu-alukan pelbagai pihak kerana Hari Malaysia boleh dikaitkan dengan banyak peristiwa negara yang tidak kurang pentingnya yang seakan sudah dilupakan kerana tidak diperingati sebagai hari bersejarah dalam takwim nasional.

Hari bersejarah ini melihat kelahiran Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah yang jumlah keseluruhan penduduknya 10 juta. Dengan penubuhan Malaysia, penjajahan British boleh dikatakan berakhir di Asia Tenggara kecuali di Brunei. Bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu, penduduk di tiga wilayah yang baru merdeka ini yakin mereka bukan saja akan terus maju, tetapi dapat hidup dalam keadaan aman damai.
Mereka sendiri yang memilih untuk bergabung selepas mencapai kata sepakat ekoran perbahasan, pungutan suara dan lain-lain yang diadakan dua setengah tahun. Dalam hal ini, mereka mendukung semangat solidariti yang tinggi untuk bersatu dalam Malaysia, selepas menyedari memiliki takdir yang sama di Nusantara ini.

Walaupun demikian, sesungguhnya proses penubuhan Malaysia dipenuhi pelbagai masalah. Antaranya krisis, ketegangan dan kejutan. Namun, rakyat negara Malaysia yang baru ditubuhkan itu bukan saja dapat bertahan, tetapi berjaya mengatasi segala dugaan dan kesengsaraan dihadapi. Ini tidak dapat dinafikan kerana faktor perpaduan di kalangan semua sektor dan lapisan dari empat wilayah dalam Malaysia.

Gagasan Malaysia dicetuskan Tunku Abdul Rahman pada Mei 1961 untuk memupuk kerjasama politik serta ekonomi lebih mantap antara empat wilayah berkenaan di rantau ini. Ia mendapat sokongan British yang akhirnya merestui Perjanjian Malaysia.

Untuk memastikan penerimaan gagasan ini di kalangan rakyat, Suruhanjaya Cobbold diwujudkan bertujuan meninjau pandangan rakyat di Sarawak dan Sabah. Keputusannya me-nunjukkan mereka menerima keunggulan gagasan Malaysia. Singapura yang sebelum ini banyak mengadakan perbincangan penyatuan dengan Persekutuan Tanah Melayu, menerima gagasan ini dengan senang hati.
Dalam suasana positif ini, tiba-tiba pada akhir 1962, muncul gerakan bersepadu daripada komunis di seluruh Asia Tenggara bukan saja menentang gagasan Malaysia, tetapi lebih dahsyat menggagalkan penubuhan Malaysia.

Ini diikuti dengan kerumitan lain. Antara yang penting adalah tuntutan Filipina ke atas Sabah (yang baru dilakukan selepas Filipina lama merdeka), pemberontakan mengejut tetapi dapat digagalkan di Brunei (Brunei antara ahli gabungan untuk Persekutuan Malaysia) dan dasar permusuhan secara tiba-tiba dari Indonesia.

Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan selepas dimusuhi Filipina dan Indonesia kecuali dengan hati yang berat memutuskan hubungan diplomatik. Ekoran itu, khususnya dasar permusuhan Indonesia, rusuhan yang berlaku di Medan dan Jakarta memusnahkan Konsulat dan Kedutaan Malaysia. Peristiwa ini bukan saja melanggar kod diplomatik hubungan antarabangsa, tetapi ia adalah pencabulan kedaulatan sebuah entiti politik lain.

Namun, Malaysia tidak bertindak balas secara ganas. Sebaliknya, untuk melindungi diri, Malaysia yang terkenal di seluruh dunia sebagai negara yang cintakan keamanan, mengambil beberapa langkah sebagai persediaan kalau ia diceroboh dan diserang.

Tindakan agresif Indonesia antaranya berasaskan kepercayaan mereka bahawa penubuhan Malaysia adalah rancangan British untuk menjajah rantau ini dengan kaedah baru. Oleh itu, Indonesia mengambil keputusan menentang gagasan Malaysia habis-habisan. Untuk ini, ejen Indonesia berjaya memasuki negara melalui jalan laut seperti berlaku di Johor. Indonesia juga banyak melancarkan serangan di Sarawak dan Sabah, khususnya di perbatasan Malaysia-Indonesia.

Permusuhan ini yang lebih dikenali sebagai konfrontasi sebenarnya banyak menyusahkan kehidupan nelayan Malaysia yang mencari nafkah di Selat Melaka, sama ada di perairan antarabangsa mahupun dalam kawasan Malaysia. Mereka dirompak, diserang secara fizikal, selain peralatan dan bot mereka dibakar.

Filipina mengikuti langkah Indonesia tidak menyokong gagasan Malaysia. Tuntutan ke atas Sabah jika berasas sepatutnya dilakukan terhadap British oleh Filipina sebaik saja ia merdeka. Menuntut Sabah ketika Malaysia menghadapi krisis dengan Indonesia boleh diibaratkan sebagai sabotaj untuk turut menggagalkan gagasan Malaysia oleh Filipina.

Ketika konfrontasi ini, ada pengkhianat di kalangan rakyat Malaysia. Sesetengah ahli parti politik tertentu, baik yang sah mahupun yang bergerak bawah tanah memperlihat sokongan kepada Indonesia. Mereka bersama sebilangan rakyat Malaysia yang tidak setia kepada tanah air sendiri, memberi kerjasama kepada Indonesia untuk mengganyang Malaysia.

Sehubungan ini, beberapa pertubuhan politik tanah air didapati memberitahu belia supaya tidak mempertahan negara jika diserang, selain jangan mendaftarkan diri dalam perkhid-matan negara. Sikap seperti ini yang bukan saja tidak langsung memperlihat semangat kenegaraan, tetapi amat tidak patriotik, boleh menjahamankan negara dari dalam.

Sungguh malang dan menyedihkan dalam keadaan negara menghadapi krisis genting, ada anasir tidak setia serta pengkhianat durjana di kalangan rakyat Malaysia. Bagaimanapun, mereka yang taat kepada negara yang jauh lebih ramai dari semua sektor dan lapisan, bangkit mempertahan negara daripada ancaman ini dengan satu-satunya cara iaitu bersatu.

Sesungguhnya, semua cabaran ketika penubuhan Malaysia mempunyai hikmah di sebaliknya. Konfrontasi menyatupatukan rakyat dari semua sektor dan lapisan di empat wilayah ini. Ia wujud bukan saja untuk mempertahan Malaysia daripada diceroboh musuh dari luar dan dalam oleh pengkhianat bangsa, tetapi lebih penting ialah menjaga maruah dan integriti Malaysia sebagai negara berdaulat.

Hari Malaysia ada signifikannya dalam 1Malaysia. Ia antaranya hari memperingati perpaduan erat semua sektor dan lapisan rakyat dalam mempertahan negara daripada ancaman musuh.

Penulis ialah Felo Penyelidik Utama/Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM


Friday, 10 September 2010

Perutusan Aidilfitri untuk sekalian jajahan takluknya


Tomorrow is Eid Mubarak. Happy Eid Mubarak to all Muslims. May this raya bring joy and His blessings. Have a blast raya.

For those who know me, forgive me if I ever hurt u in any way.

Hope Love and Laugher, warmth, wishes, joy and a bouquet of Eid wishes, jubilations, become a part of your Eid and Your Life.

Have a Happy Eid Mubarak. =)


Thursday, 9 September 2010

Why Hawking's theory is flawed

Why Hawking's theory is flawed

Why Hawking's theory is flawed



IN his latest book, world-renowned British physicist Stephen Hawking has concluded that God was not necessary for the universe to come into being.

The following quote summarises Hawking's argument: "Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing. Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing; why the universe exists, why we exist."

In my view, such a conclusion is scientifically flawed and violates one's fundamental "Belief in God" (the first of the Rukun Negara principles) as the creator of the universe and of mankind and all life.


Considering basic principles, when scientists talk about "Conservation of Energy", what it means is that in an isolated system, energy can't be created or destroyed. Because of Einstein's famous equation linking energy and mass, we can also state that mass is conserved.

Because matter and energy cannot be created or destroyed, Hawking's statement that the universe created itself from nothing contradicts the basic principles of physics and the laws of thermodynamics.

Whether we call it "evolution", "natural processes", "laws of nature", "big bang" or "gravity", a plethora of diverse, testable evidence demonstrates that a supernatural God is necessary for each law itself and to order with infinite precision the entire creation and functioning of the universe.


We should thank God for creating our universe and us, and faithfully seek to serve Him with gladness by showing love and respect for all and being diligent and honourable in our endeavours.

RUEBEN DUDLEY
Petaling Jaya,
Selangor



Read more: Why Hawking's theory is flawed http://www.nst.com.my/nst/articles/18denggi/Article/#ixzz0z0PszHCf

Saturday, 4 September 2010

Semasa kerja

Pasal kerja

Hari pertama
Lapor diri di Syarikat Malaysian Agrifood Corporation Berhad.
Alhamdulillah. Syukur..semuanya selamat dan teratur. Perjalanan pada hari tersebut juga baik-baik saja.
Yang seronoknya, ramai staff yang berkerja disitu terkejut kecuali 2-3 orang yang tahu akan kehadiran saya untuk melapor diri. Syukur juga mereka semuanya masih ingat akan saya dan menyambut saya dengan senyuman yang gembira. 


Hari 2 -3


Kepala agak sakit dan pening gara-gara saya membaca fail-fail tentang tugas-tugas saya. Nasib baik Vice President banyak menolong saya. Kerja setakat ni nampak best sebab banyak jalan2@outstation. hik3x..terutamanya ke UPM...


Nampaknya saya kena hafal jalan ke UPM takut kes bilamana kereta syarikat fully utilised. Atau dengan kata lain saya perlu kereta cepat-cepat.hik3x..antara idaman (sambil sakit kepala memikirkan bajet untuk isteri kereta.)


Toyota Vios
Honda Civic
Honda city


Honda Accord Ivtech


Asasnya saya perlu lebih berhati hati dan tidak terburu buru dalam mencari calon isteri kereta.
Saya perlu tunggu sehingga bulan ke 6 supaya dapat membuat "weather forecast" samaada saya boleh membeli kereta atau tidak.. Mohon doanya ya... =)









Wednesday, 1 September 2010

Kerana US ke KK, Dari KL ke Amsterdam:Suatu Harapan….

 (posting ni sepatutnya diterbitkan dua tahun dulu, tapi saya lupa)


1. Saya pasti …anda juga punya impian yang tinggi menggunung sedang anda kejar bukan? Walaupun ianya pernah anda anggap mustahil?...

2. Ingin saya kongsikan suatu kisah, yang terjadi pada saya sendiri.Sedang saya leka bergambar perkarangan Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, tiba2 datang dua orang pemuda pelancong Amerika datang kpd saya. Mereka bertanya lebih kurang maksudnya dalam BM “ maafkan saya, boleh kami lalu di jalan menghala masuk masjid ni?” pada pendapat saya mungkin mereka lihat saya diluar perkarangan masjid tu dan menganggap saya sebagai salah seorang staf masjid kot..haha..


3. Saya membalas” tentu sekali”…lalu saya pun bertanya mereka dari mana?, siapa korang? Wat per kat sini?...Apa yang membuatkan saya terdetik untuk berkongsi disini adalah jawapan yg diberi oleh William dan juga John dari Massachusets. “Kami pelajar master, datang sini semata-mata cari burung dan maklumat burung di Kota Kinabalu”.”boleh anda bantu kami ttg burung2 disini?”

4. Bila saya pulang, saya terfikir, mereka sanggup susah payah datang sejauh ini semata2 burung?...kerana minat akan ilmu, mereka sanggup tempuhi segala kesusahan..
5. Apakah aku sanggup seperti mereka? Sanggup menempuhi segalnya demi ilmu?