(posting ni sepatutnya diterbitkan dua tahun dulu, tapi saya lupa)
1. Saya pasti …anda juga punya impian yang tinggi menggunung sedang anda kejar bukan? Walaupun ianya pernah anda anggap mustahil?...
2. Ingin saya kongsikan suatu kisah, yang terjadi pada saya sendiri.Sedang saya leka bergambar perkarangan Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, tiba2 datang dua orang pemuda pelancong Amerika datang kpd saya. Mereka bertanya lebih kurang maksudnya dalam BM “ maafkan saya, boleh kami lalu di jalan menghala masuk masjid ni?” pada pendapat saya mungkin mereka lihat saya diluar perkarangan masjid tu dan menganggap saya sebagai salah seorang staf masjid kot..haha..
3. Saya membalas” tentu sekali”…lalu saya pun bertanya mereka dari mana?, siapa korang? Wat per kat sini?...Apa yang membuatkan saya terdetik untuk berkongsi disini adalah jawapan yg diberi oleh William dan juga John dari Massachusets. “Kami pelajar master, datang sini semata-mata cari burung dan maklumat burung di Kota Kinabalu”.”boleh anda bantu kami ttg burung2 disini?”
4. Bila saya pulang, saya terfikir, mereka sanggup susah payah datang sejauh ini semata2 burung?...kerana minat akan ilmu, mereka sanggup tempuhi segala kesusahan..
5. Apakah aku sanggup seperti mereka? Sanggup menempuhi segalnya demi ilmu?
2 comments:
msti diorang pnya master pasal burung..tu yang sampai ke KK cari burung..hehehe
hendak seribu daya, mahu seribu cara =)
kalau apply tuk org mo kawen bleh ker?hahahaha
Post a Comment