Tuesday, 7 December 2010
Friday, 3 December 2010
outstation
Kerja.
ouhhhhhhhhhhh penat 1 googleplex...hahaha.
Kena outstation dr KL -JB - KL- Cameron. Tak dapat pemandu, maka kena memandu kereta sendiri....Patah pinggang di buatnya.
Bermalam di JB selama 3 hari. Banyak belajar ttg Holland daripada trainee syarikat ini. Banyak persoalan daripada mereka juga yg tak dapat aku jawab. Kebanyakkannya tentang polisi kerajaan terhadap negara Malaysia. ouhhhhhh memang diskusi yang mencabar dan mencambah minda.
Sudah la penat memandu tak hilang dari JB, kena pula sambung perjalanan ke Cameron. Aduh.......kalau badan ini boleh berkata-kata, sudah pasti ia menjerit meminta rehat. hahaha. Tapi tidak mengapa kerana AKU SUDAH JATUH CINTA PADA CAMERON HIGHLANDS!. Tenang jiwaku! Sekalipun bekerja disana, ia seperti bercuti.
Hari ini baru selesai penilaian prestasi kerja ku oleh bos aku. Alhamdulillah, ak dapat 85%. Ia cukup baik buatku yg baru 3 bulan bertatih di alam korporat ini. Ya, banyak yang perlu aku tingkatkan kualiti/mutu kerja aku. Bos aku berjanji untuk menghantarkan aku ke kursus yang membolehkan aku diiktiraf mempunyai kelulusan dalam spesifikasi kerja aku disini. Terima kasih Bos!. Maka, apa yang kurang pada mutu kerja aku? Jawapannya mudah sahaja. Aku tiada mobiliti dalam gerak kerja aku. Aku bergantung 100% kepada kenderaan syarikat. Hik3x! Tercuit rasa lucu disitu, namun aku mengambil ia secara serius. Perlu konsisten menyimpan wang untuk membeli sebuah kereta. Aku faham maksud Bos aku. Dia mahu aku memiliki sebuah kereta!. Saya beritahu " Bos, On da way!". Dia tersenyum...
Novel.
Ada 5 novel lagi yang perlu dihabiskan. Maknanya, tak boleh lama-lama blogging. Hik3x!
Jumpa lagi......Smile!
Wednesday, 24 November 2010
Kalam kelam.......
Bukannya girang tapi muram
Bukannya terang tapi kusam
Bukan jua diundang tapi tak bertamu,
Mengapa ia harus begitu,
Tangis, duka juga pilu,
Pergilah..
Janganlah kembali bertemu,
Meniti hari juga waktu,
Biarkan ia terus berlalu
Ditelan saatnya waktu
Entah bila ia kan berbatu
Kukuh di dalam doa dan restu
Andai itu kurniaan arashy tertinggi,
Walau sekelumat durja dalam sanubari,
Akan dituturkan suci bicara penuh budi
Agar lorong-lorong perjalanan sentiasa di isi,
Payung naugan pemilik hati.
Nota ringkas: Ingatlah!
Friday, 12 November 2010
Proton Show room..
Lama sudah membiarkan blog "berhabuk". Terus kepada cerita....
1.Show room.
Selesai dari menyelesaikan urusan di ibu pejabat Jbtn kimia Malaysia, terus ke Proton show room. Sengaja mahu melihat Persona dan Inspira dari dekat serta mencuba kedua-dua model. Nampaknnya Inspira mengalami kecelaruan konsep. Mana tidaknya konsep "sporty" dari luar manakala konsep "mewah" di dalam. Aku juga melihat Inspira mnyerupai jerung "jongang"? manakala jerung yg sebenarnya adalah lebh kepada Mitsu Lancer. Aku tidak pasti mengapa proton tdk mengeluarkan modelnya tanpa meniru walau 1% sekalipun. Team rekabentuk Proton dihalang kah?
2. Kerja.
Macam biasa, pergi kerja dengan iringan doa juga semangat supaya kerja dengan lebih gigih. Kena perform supaya dapat naik gaji. hehehehe. Bayak juga belajar dari ketua ak.
3. Out station.
Banyak kena attend out station nih. Balik rumah memang penat. Harap2 company ada tawarkan untuk sambung master. Ameen. Tunggu dan lihat bagaimana....
Tuesday, 2 November 2010
Sunday, 19 September 2010
Perlu lebih berhati-hati
Kelmarin berkesempatan ke kenduri walimatul urus sahabat di Setiawan, Perak. Kebetulan bertolak awal, maka singgah di rumah ziarahi ibu bapa.
Maka nak dijadikan cerita, sedang rancar bercerita, tiba-tiba mak saya bercerita pasal blog saya ini.
BLOG SAYA! BLOG SAYA! BLOG SAYA!
Kalau dulu, mak selalu tengok buku akademik, sekarang blog pun nak pantau ker? |
Wednesday, 15 September 2010
Berita Harian Online | Peringatan menjaga maruah, integriti
Peringatan menjaga maruah, integriti
Oleh Teo Kok Seong
teokok@ukm.my
2010/09/15
Rakyat perlu bersatu pertahan negara daripada ancaman musuhUNTUK kali pertama selepas 47 tahun, 16 September iaitu esok dijadikan cuti umum untuk meraikan hari penubuhan Malaysia pada 1963. Walaupun agak lewat, tarikh ini tetap dialu-alukan pelbagai pihak kerana Hari Malaysia boleh dikaitkan dengan banyak peristiwa negara yang tidak kurang pentingnya yang seakan sudah dilupakan kerana tidak diperingati sebagai hari bersejarah dalam takwim nasional.
Walaupun demikian, sesungguhnya proses penubuhan Malaysia dipenuhi pelbagai masalah. Antaranya krisis, ketegangan dan kejutan. Namun, rakyat negara Malaysia yang baru ditubuhkan itu bukan saja dapat bertahan, tetapi berjaya mengatasi segala dugaan dan kesengsaraan dihadapi. Ini tidak dapat dinafikan kerana faktor perpaduan di kalangan semua sektor dan lapisan dari empat wilayah dalam Malaysia.
Gagasan Malaysia dicetuskan Tunku Abdul Rahman pada Mei 1961 untuk memupuk kerjasama politik serta ekonomi lebih mantap antara empat wilayah berkenaan di rantau ini. Ia mendapat sokongan British yang akhirnya merestui Perjanjian Malaysia.
Untuk memastikan penerimaan gagasan ini di kalangan rakyat, Suruhanjaya Cobbold diwujudkan bertujuan meninjau pandangan rakyat di Sarawak dan Sabah. Keputusannya me-nunjukkan mereka menerima keunggulan gagasan Malaysia. Singapura yang sebelum ini banyak mengadakan perbincangan penyatuan dengan Persekutuan Tanah Melayu, menerima gagasan ini dengan senang hati.
Dalam suasana positif ini, tiba-tiba pada akhir 1962, muncul gerakan bersepadu daripada komunis di seluruh Asia Tenggara bukan saja menentang gagasan Malaysia, tetapi lebih dahsyat menggagalkan penubuhan Malaysia.
Ini diikuti dengan kerumitan lain. Antara yang penting adalah tuntutan Filipina ke atas Sabah (yang baru dilakukan selepas Filipina lama merdeka), pemberontakan mengejut tetapi dapat digagalkan di Brunei (Brunei antara ahli gabungan untuk Persekutuan Malaysia) dan dasar permusuhan secara tiba-tiba dari Indonesia.
Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan selepas dimusuhi Filipina dan Indonesia kecuali dengan hati yang berat memutuskan hubungan diplomatik. Ekoran itu, khususnya dasar permusuhan Indonesia, rusuhan yang berlaku di Medan dan Jakarta memusnahkan Konsulat dan Kedutaan Malaysia. Peristiwa ini bukan saja melanggar kod diplomatik hubungan antarabangsa, tetapi ia adalah pencabulan kedaulatan sebuah entiti politik lain.
Namun, Malaysia tidak bertindak balas secara ganas. Sebaliknya, untuk melindungi diri, Malaysia yang terkenal di seluruh dunia sebagai negara yang cintakan keamanan, mengambil beberapa langkah sebagai persediaan kalau ia diceroboh dan diserang.
Tindakan agresif Indonesia antaranya berasaskan kepercayaan mereka bahawa penubuhan Malaysia adalah rancangan British untuk menjajah rantau ini dengan kaedah baru. Oleh itu, Indonesia mengambil keputusan menentang gagasan Malaysia habis-habisan. Untuk ini, ejen Indonesia berjaya memasuki negara melalui jalan laut seperti berlaku di Johor. Indonesia juga banyak melancarkan serangan di Sarawak dan Sabah, khususnya di perbatasan Malaysia-Indonesia.
Permusuhan ini yang lebih dikenali sebagai konfrontasi sebenarnya banyak menyusahkan kehidupan nelayan Malaysia yang mencari nafkah di Selat Melaka, sama ada di perairan antarabangsa mahupun dalam kawasan Malaysia. Mereka dirompak, diserang secara fizikal, selain peralatan dan bot mereka dibakar.
Filipina mengikuti langkah Indonesia tidak menyokong gagasan Malaysia. Tuntutan ke atas Sabah jika berasas sepatutnya dilakukan terhadap British oleh Filipina sebaik saja ia merdeka. Menuntut Sabah ketika Malaysia menghadapi krisis dengan Indonesia boleh diibaratkan sebagai sabotaj untuk turut menggagalkan gagasan Malaysia oleh Filipina.
Ketika konfrontasi ini, ada pengkhianat di kalangan rakyat Malaysia. Sesetengah ahli parti politik tertentu, baik yang sah mahupun yang bergerak bawah tanah memperlihat sokongan kepada Indonesia. Mereka bersama sebilangan rakyat Malaysia yang tidak setia kepada tanah air sendiri, memberi kerjasama kepada Indonesia untuk mengganyang Malaysia.
Sehubungan ini, beberapa pertubuhan politik tanah air didapati memberitahu belia supaya tidak mempertahan negara jika diserang, selain jangan mendaftarkan diri dalam perkhid-matan negara. Sikap seperti ini yang bukan saja tidak langsung memperlihat semangat kenegaraan, tetapi amat tidak patriotik, boleh menjahamankan negara dari dalam.
Sungguh malang dan menyedihkan dalam keadaan negara menghadapi krisis genting, ada anasir tidak setia serta pengkhianat durjana di kalangan rakyat Malaysia. Bagaimanapun, mereka yang taat kepada negara yang jauh lebih ramai dari semua sektor dan lapisan, bangkit mempertahan negara daripada ancaman ini dengan satu-satunya cara iaitu bersatu.
Sesungguhnya, semua cabaran ketika penubuhan Malaysia mempunyai hikmah di sebaliknya. Konfrontasi menyatupatukan rakyat dari semua sektor dan lapisan di empat wilayah ini. Ia wujud bukan saja untuk mempertahan Malaysia daripada diceroboh musuh dari luar dan dalam oleh pengkhianat bangsa, tetapi lebih penting ialah menjaga maruah dan integriti Malaysia sebagai negara berdaulat.
Hari Malaysia ada signifikannya dalam 1Malaysia. Ia antaranya hari memperingati perpaduan erat semua sektor dan lapisan rakyat dalam mempertahan negara daripada ancaman musuh.
Penulis ialah Felo Penyelidik Utama/Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
Friday, 10 September 2010
Perutusan Aidilfitri untuk sekalian jajahan takluknya
Tomorrow is Eid Mubarak. Happy Eid Mubarak to all Muslims. May this raya bring joy and His blessings. Have a blast raya.
For those who know me, forgive me if I ever hurt u in any way.
Hope Love and Laugher, warmth, wishes, joy and a bouquet of Eid wishes, jubilations, become a part of your Eid and Your Life.
Have a Happy Eid Mubarak. =)
Thursday, 9 September 2010
Why Hawking's theory is flawed
Why Hawking's theory is flawed
IN his latest book, world-renowned British physicist Stephen Hawking has concluded that God was not necessary for the universe to come into being.
The following quote summarises Hawking's argument: "Because there is a law such as gravity, the universe can and will create itself from nothing. Spontaneous creation is the reason there is something rather than nothing; why the universe exists, why we exist."
In my view, such a conclusion is scientifically flawed and violates one's fundamental "Belief in God" (the first of the Rukun Negara principles) as the creator of the universe and of mankind and all life.
Considering basic principles, when scientists talk about "Conservation of Energy", what it means is that in an isolated system, energy can't be created or destroyed. Because of Einstein's famous equation linking energy and mass, we can also state that mass is conserved.
Because matter and energy cannot be created or destroyed, Hawking's statement that the universe created itself from nothing contradicts the basic principles of physics and the laws of thermodynamics.
Whether we call it "evolution", "natural processes", "laws of nature", "big bang" or "gravity", a plethora of diverse, testable evidence demonstrates that a supernatural God is necessary for each law itself and to order with infinite precision the entire creation and functioning of the universe.
We should thank God for creating our universe and us, and faithfully seek to serve Him with gladness by showing love and respect for all and being diligent and honourable in our endeavours.
RUEBEN DUDLEY
Petaling Jaya,
Selangor
Read more: Why Hawking's theory is flawed http://www.nst.com.my/nst/articles/18denggi/Article/#ixzz0z0PszHCf
Saturday, 4 September 2010
Semasa kerja
Hari pertama
Lapor diri di Syarikat Malaysian Agrifood Corporation Berhad.
Alhamdulillah. Syukur..semuanya selamat dan teratur. Perjalanan pada hari tersebut juga baik-baik saja.
Yang seronoknya, ramai staff yang berkerja disitu terkejut kecuali 2-3 orang yang tahu akan kehadiran saya untuk melapor diri. Syukur juga mereka semuanya masih ingat akan saya dan menyambut saya dengan senyuman yang gembira.
Hari 2 -3
Kepala agak sakit dan pening gara-gara saya membaca fail-fail tentang tugas-tugas saya. Nasib baik Vice President banyak menolong saya. Kerja setakat ni nampak best sebab banyak jalan2@outstation. hik3x..terutamanya ke UPM...
Nampaknya saya kena hafal jalan ke UPM takut kes bilamana kereta syarikat fully utilised. Atau dengan kata lain saya perlu kereta cepat-cepat.hik3x..antara idaman (sambil sakit kepala memikirkan bajet untuk
Toyota Vios |
Honda Civic |
Honda city |
Honda Accord Ivtech |
Asasnya saya perlu lebih berhati hati dan tidak terburu buru dalam mencari calon
Saya perlu tunggu sehingga bulan ke 6 supaya dapat membuat "weather forecast" samaada saya boleh membeli kereta atau tidak.. Mohon doanya ya... =)
Wednesday, 1 September 2010
Kerana US ke KK, Dari KL ke Amsterdam:Suatu Harapan….
Tuesday, 31 August 2010
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Friday, 27 August 2010
Thursday, 26 August 2010
AKU CEMBURU!
Seketika pulang dari kerja sementara, sampai rumah, buka kasut, stokin, terus mencapai akhbar......
Menarik.....dan puas sebab dapat update berita...tak sah hidup saya kalau tiada berita yang masuk....
Helaian demi helaian dibuka...terpanar seketika di ruang salam perantauan...
Teringat ketika menyambut ramadhan dan syawal di bumi Universiti Malaysia Sabah. Pengalaman beraya di rumah sahabat-sahabt di seperti Kudat (raya pada tahun 1), Sandakan (raya tahun ke 2), ketiga pula terpaksa bergegas pulang setelah ibu merajuk..hahahahaha!.. dan tahun ke 4 di Lahad Datu & Sandakan.
Kenapa?
Sebab bumi Sabah menjanjikan pengalaman yang cukup manis buat saya.
Saya cemburu tentang ini. Tambah lagi cemburu bila melihat kiriman rakan rakan dari perantauan dari UK, Ozzy, France, Germany....and especially NEW ZEALAND!
AKU CEMBURU!
But I like not these great success of yours; for I know how jealous are the gods.
Herodotus
Thursday, 19 August 2010
Berpada-pada lah....
Friday, 13 August 2010
Dugaan......
kena bersabar...........
ujian bulan puasa..............
kifarah dosa.......
Tuesday, 10 August 2010
Perutusan; Salam Ramadhan Al mubarak
The Prophet Muhammad (Peace upon Him) said: “Whoever fasts the month of Ramadan with faith, and seeks God’s pleasure and reward, will have his previous sins forgiven.
Happy Ramadan Al-Mubarak
Monday, 9 August 2010
Thursday, 29 July 2010
Ragam Penyelaras Latihan Industri
Wednesday, 21 July 2010
Saturday, 17 July 2010
What Is the Difference Between Hardcover and Paperback?
Dear Lenin, would you explain why there are two types of books: hardcover and paperback?
This is quite a simple affair and there are explanatory articles to be found at various places on the Net. Here is my addition.
Hardcover
A hardcover aka hardback is a book bound with thick protective cover, with usually a paper or leather dust jacket over the main cover. The aim of hardcover is protection and durability. These books are mainly for long-term use and collectors’ editions. Hardcover books last far longer than the corresponding paperbacks. They do not get damaged easily thus making them perfect for reference guides, great literary works, etc.
In addition, there is a difference in the type of paper used to print hardcover books. The paper used is long-lasting acid-free type. Acid-free paper has a pH value of 7 (neutral) which makes it highly durable. The papers are stitched and glued to the spine.
Hardbacks are prepared for commercial works, best sellers, reference books, etc., which should be long lasting. If the market value of the book in question is high, publishers print out hardbacks first before paperbacks, since it is more profitable.
Paperback/Softcover
Paperback books are prepared for non-commercial works and those, which don’t get much exposure. The cover here are made of thinner paper or cardboard, with glue to stick to the leaves.
Since its cost of production is low, paperbacks are produced in mass, called mass market paperbacks. These are released after the hardcover edition is published. Usually the paperbacks are sold in mass and are meant for short term reads—that is, meant for people boarding airplanes, trains, etc.
Another type of paperback edition, known as trade paperback is created with more durable paper than mass market paperbacks.
Conclusion
The best selling writers always have their hard cover editions released first. It is an indication that their fans will collect the book. Most new writers will start off with a paperback.
Copyright © Laurel Shah 2008
For republication, please contact us.
[This notice is void in case of contributions and posts in which the author is explicitly specified.]
Monday, 21 June 2010
Mengambil ibrah dari kesilapan kehidupan.
Setelah merasai puncak
Bicara ini terdetik setelah saya meningkat dewasa. Mula memikirkan naik turun, tinggi rendah, suka duka. Tapi malangnya hanya mampu menikmati seketika sahaja tanpa mengerti apa apa tentang kehidupan. Usia yang sungguh muda. Tidak mampu mengerti apa-apa.
Teringat arwah mudir Maahad yang pernah saya memburu sekelumit ilmu di lapangan bendang ini. Beliau sangat sangat mengambil berat tentang diri. Setelah mengetahui diri ini ingin berpindah ke sek. men. aliran biasa, beliau memanggil saya seusai solat berjemaah isya di masjid yang juga berada di dalam kawasan maahad.
"kamu cuba lihat masjid ni, setelah setahun kamu bertungkus lumus mengaji, menghafal, memahami agama, kamu mahu meninggalkan begitu sahaja?",
" Ibu ayah kamu menghantar kamu ke maahad ini untuk menjadikan kamu seorang seorang pemuda berjiwa mukmin. Baik kamu pertimbangkan semula"
"Saya khuatir kamu hanyut".
Itu antara bait-bait dialog mudir yg masih saya ingat sehingga ke hari ini.
Tetap keluar
Nekad untuk keluar maahad. Ingin selamatkan prestasi pelajaran. Mahu berada dibawah sistem pendidikan yang lebih baik. Tinggalkan segalanya di maahad. Sahabat2 seangkatan, guru-guru, yang pasti mudir agak kecewa dengan keputusan ini.
5 tahun berlalu. Allah menemukan kami semula. Mudir sering berulang alik mengajar di Surau yang berada dihadapan rumah. Seringkali saya kesitu dari kecil. Itu memang didikan dari ibu ayah. Kebetulan bercuti semester matrikulasi. Sepanjang kuliah itu, saya perasan mudir sering memerhatikan saya, tetapi beliau fokus dengan kuliah. Seusai kuliah, saya cium tangannya, tanda hormat, tanda selamat.
Mudir memegang tanganku erat. Seakan ingin membicarakan sesuatu.Saya menarik tangan dengan cepat. Tidak mahu berbicara lanjut. Cukup sekadar ciuman tangan!. Kedegilan diri penghalang diri. Tembok egois kukuh menebal. Kerana bangga mengambil keputusan tepat keluar dr maahad.Tetapi beliau tetap senyum walaupun raut raut duka seakannya kelihatan. Ya, aku darah muda!.
Perpisahan yang terakhir
Tidak pernah saya menduga bahwa itulah pertemuan kami yang terakhir. Sungguh. Tidak pernah terlintas di dalam fikiran ini. Beliau menghembuskan nafas terakhir tanpa saya mengetahui, tanpa saya memakmumi solat jenazah kepadanya. Mungkin ketika itu saya bergembira, bersuka ria, leka. Mungkin!. Saya mengetahui kematiannya setelah sekian lama beliau meninggalkan kita semua.
Buat pertama kalinya menggeletar mendengar berita kematian beliau. Pandangan seakannya gelap seketika." Dimanakah saya sekarang, sedang buat apa?, kenapa disini?". Tidak sedar diri ini jatuh sendiri terjelepok ke atas lantai. Pandangan masih berpinar-pinar.
Mula berfikir
Saya menenangkan diri seketika. Ya ini adalah ibrah. Ini adalah balasan tuhan ke ata hambanya. Ya, saya yakin saat di matrikulasi itulah bermula saat kejatuhan. Pada ketika itu, saat saya menarik tangan dengan cepat, tidak mahu berbicara lanjut, tidak mahu mendengar kata katanya sewaktu dia mahu menyampaikan sesuatu. Dan saya yakin, saya sedang menghadapi kesannya.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang
itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai
sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. surah Al-Baqarah,ayat 216.
Sabda Nabi: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar untuk setiap kecemasan dan akan membukakan pintu keluar dari setiap kesempitan”
Saturday, 12 June 2010
Thursday, 20 May 2010
Wednesday, 19 May 2010
kenapakah anda suka barfing sound???
sebab nak bagi .................sebab........sebab......... cute...hehehehe
Friday, 30 April 2010
Kembalikan semangatMU
1. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh kembali selagi iman terselit didada.
2. Cinta Bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan
kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan
semangat.
3. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari 2 perasaan. Kehadirannya
tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu
sukar untuk dimengertikan.
Tuesday, 27 April 2010
Friday, 2 April 2010
Akibat suka sangat lupa cuti umum.
Pagi2 datang lab. Ada kak hadrayani, master.Sy tanya" kak, kenapa hari ni tak da orang kat fakulti ni? Kereta dan motor pun tiada?
Kak :"ko ni tak tau ker"
Saya : "tau apa kak?"
Kak : hari ni cuti krismas!
Saya : la.......patut la...kenapa tak bagi tau...(cover malu)...
Lepas solat jumaat, pulang bersama adik junior ke hostel.Baihaqi : nak jumpa apanya bang....hari ni mana la boleh...
Sy : lepas ni abg nak pi jumpa supervisior la nk tnya pasal viva dgn penerbitan journal....
Sy : kenapa plak tak boleh, kan hari ni jumaat...weekdays lagi..
Baihaqi : hari ni cuti umum, gud Friday la bang.....
Sy : adeh....terkena lagi aku......
Terus ke fb, tnya coursemate., Elin
Sy ; minta tips supervisor hang ap nak letak kat slide viva nnti boleh?...lupa hari ni cuti umum.hahaha
Elin ; ...............................................letak sekian..sekian..sekian...
Sy ; ok.
Kenapa la aku selalu lupa cuti umum?....lain kali tlg bgtau awal2 la geng....
Thursday, 18 March 2010
Aku memang fanatik
memang minatku
- Bola sepak. Bukan bola jaring apatah lagi bola keranjang. Ragbi, aku memang layan.
- Badminton.
Yang Dipertuan Agong pun sempat ucap tahniah sewaktu sesi perasmian parlimen baru2 ni....
Menggapai kemenangan memang mudah, tapi nak mengekalkan kejuaraan amat sukar sekali. Itu kata dari Arsene Wenger, Arsenal coach yang aku memang respek giler pada taktik bola dia..even ramai kritik cara pengendalian dia, nah tgk....dia dapat bentuk pemain muda compete dgn star team lain....THUMBS UP!.
Lepas ni, harap dapat julang Piala Thomas plak. Tapi kena ingat, piala Thomas ni piala berpasukan, bukan macam All England. Boleh individu pun. Kalau dalam piala Thomas, even pereeorang dia star tahap dewa sekalipun, kalau beregu kantoi= kantoi la jugak team.
Lain-lain ; Sebagai rakyat Malaysia, saya sokong tanpa rasa sinis seperti rakyat Malaysia yang lain.
Sunday, 14 March 2010
Bila kehidupan dilihat seperti kuburan sarkas.
Bila kehidupan dilihat sperti sarkas.
Kisah ini kisah semalam. Kenapa aku update hari ini. Jawapannya adalah kemungkinan ketidakstabilan aku' ketika itu, aku menulis seperti sampah. Maksudnya, menulis mengikut emosi. Sedangkan nak menulis pun ada etikanya tersendiri. Bukan nak memaki hamun sana sini.
Inilah yang aku cuba elakkan.
Maka, apa yang terjadi? Apa kaitan dengan tajuk di atas? Memang berkaitan.
Kisah hidupku bahkan kisah hidup anda bukanlah tempat sarkas untuk diketawa dan digilai. Lebih-leibh lagi kisah sedih seseorang seperti SARKAS!
Dalam waktu kuliah yang panjang, pensyarah telah tidak tersengaja mengallocate kisah bunuh diri masing masing Sedang dia bercerita tentang kisah sadisnya, walau bunyinya kalau didengari melucukan, semua orang gelak seperti di SARKAS, kecuali aku. Kerana apa? Kerana aku sangat- sangat menghormati. Tidak pula mempersendakannya lebih-lebih lagi kisah hidup orang lain. Semua nak gelak. Gelak. Gelak. Dan gelak. Shit lah gelak tu.. tgk..aku dah mula tulis **#$@ bukan bukan...
Maafkan aku kerana tidak mencoret tetang kehidupan ku disini. Bagiku, ia bukanlah untuk digilai apatah lagi untuk diketawakan. Walau ianya visiku selepas ini. Kerana aku TIDAK BERSEDIA!.
Lain- lain; terubat sikit marahku kerana, sengaja aku delay posting ni. Elakkan emosi marah menghantui penulisan. Tidak elok tu.. Selain tu, Arsenalku menang 2-1 ke atas Hull City.. Lagi berseri a senyumku...Fanatik Arsenal la katakan..hehe..
Aku memberi maaf kat semua orang sebelum tidur( aik, baru nak mula ke?) ek eleh....
Tentang 'dia' yang telah mencuri masuk ' istana hatiku', aku masih tak tahu lagi apa nak buat dgn 'pencuri' ni... tak da idea lagi. Kalau ada sesiapa mahu bagi nasihat, aku sedia mendengar( menurunkan ego ku yang tinggi mcm aku)
Friday, 5 March 2010
Kerana dia seorang pemuda hebat
Aku merupakan seorang pemuda. Anda juga merupakan seorang pemuda. Kita semua pemuda. Kalau campur kaum hawa pula istilah bahasa kita bertukar menjadi pemuda-pemudi. Yang penting, kita termasuk dalam golongan pemuda-pemudi atau istilah lainnya adalah belia. Kita acapkali terdengar pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Tapi.....
Tapi berapa banyak yang pemuda pemudinya memberi aspirasi kepada agama nusa bangsa serta negara?...
Saya pernah dikritik di dalam facebook oleh seseorang. Dia menyalahkan saya kerana saya meletakkan 100% kesalahan keruntuhan moral di atas bahu generasi muda. Jawapan saya mudah. Kita yang membuat pilihan. Jika kita memilih yang baik, maka baiklah. Begitu juga sebaliknya. Sudah tentu keadaan persekitaran memberi pengaruh, tetapi pada akhirnya ianya kembali pada kita. Sebab itu mengapa kita di alam kubur nanti kita akan ditanya apa yang telah kita perbuatkan. Sebabnya kembali mudah, kita dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kita perbuatkan. Mudah bukan. Dengan kata mudah atau senang sendiri buat sendiri tanggung la.
Aku tak mahu membebel soal belia/ pemuda-pemudi dari sudut falsafah. Aku bukan ahli falsafah. Tapi aku bersyukur aku sentiasa berfikir akan segala tentang sesuatu. Sesuatu yang bermanfaat. Tak seperti rakan-rakanku yang funky giler, happy, fikiran bebas dari memikirkan sekeliling mereka.
Baik.
Terus kepada Salman Al farisi.
Siapa?
Apa kaitan dengan kita?
Pentingkah dia?
Kenapa?
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW pernah berkumpul dengan para sahabat baginda termasuk Salman Al-Farisi. Sambil memegang bahu Salman, Rasulullah SAW bersabda:
"Jika iman itu tergantung di bintang Suraya di langit, pasti akan dicapai oleh seorang lelaki dari bangsa Farsi ini.".
Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasulullah S.A.W kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Saidina Uthman bin Affan.
Ketika peperangan Khandak, beliau juga arkitek peperangan , mencadangkan supaya dibina sebuah parit besar atau khandaq di sekeliling kota Madinah untuk mengelakkan kota tersebut dari serangan orang-orang Quraisy.
Mari kita selusuri secebis kisah hidupnya, dan mungkin anda sudah membacanya.
1.Ketika beliau bertugas sebagai Amir di kota Madain, ia telah menolak untuk menerima gaji walaupun satu dirham. Ia tetap membiayai hidupnya dan keluagranya dari hasil menganyam dan merajut daun-daun kurma yang dibuat bakul kemudian dijualnya. Pakaiannya tidak lebih sehelai baju luar.
2. Satu hari ketika sedang berjalan di sebatang jalan, dia didatangi seorang lelaki dari Syiria menanggung sebakul buah tin dan kurma dalam keadaan sukar dan lelah. Lelaki itu tidak mengenali Salman, lalu meminta Salman turut membawa bakul buah itu bersama ke tempat yang dituju.
Salman dengan rela hati melakukanya. Dalam perjalanan itu, laki bersama Salman yang merengkuh membawa buah-buah itu bertembung dengan satu rombongan. Salman memberi salam. Rupanya rombongan itu mengenali Salman sebagai Amir. Maka guguplah lelaki yang meminta Salman membawa buah-buahnya. Lalu lelaki itu pun meminta maaf dan meminta semula bakul-bakul yang dibawa oleh Salman. Salman segera menjawab: " Tidak, biar aku aku hantar sampai ke rumahmu."
3. Satu ketika Salman pernah ditanya orang, kenapa dia tidak menyukai jawatan Amir? Salmam menjawab: " Kerana sangat manis ketika menjawatnya tetapi sukar hendak melepaskannya."
4. Ketika hendak mendirikan sebuah rumah dari lebihan bangunan, Salman bertanya kepada tukang rumahnya: " Bagaimana bentuk yang kamu hendak dirikan rumah ini?"
Tukang rumah itu sememangnya tahu Salman orang yang sederhana dan bukan dari orang yang suka bermewah-mewah, lalu dikatakan kepada Salman: " Janganlah tuan bimbang, rumah yang akan saya lakukan ini, hanya untuk berteduh ketika panas dan berlindung ketika hujan. Jika tuan berdiri, kepala tuan akan menyentuhi langit bumbung dan jika tuan berbaring, kaki tuan akan terhantuk kepada dinding."
Dengan selamba Salman berkata: " Betul tu, begitulah yang saya mahu."
5. Di saat firasatnya mengetahui bahawa ia akan dijemput Allah ke alam baqa, Salman tidak mempunyai apa-apa yang berharga, kecuali satu. Ketika menjelang nazak, Salman meminta isterinya mengambil sebungkus kasturi yang sangat dihargainya. Meminta isterinya mengambil secangkir air lalu dibancuhnya dengan tangannya. "Perciklah air ini di sekelilingku. Sekarang sudah hadir makhluk Allah (malaikat) yang tidak gemar makan tetapi gemar wangi-wangian. Tutuplah pintu rumah dan keluarlah," katanya kepada isterinya lagi.
Setelah beberapa ketika, isterinya pun masuk semula ke dalam rumah, alangkah pilunya apabila mendapati Salman sudah wafat.
Rupa-rupanya ketika isterinya di luar, rohnya sudah terbang melayah ke alam yang tinggi, terbang dengan sayap kerinduan, menemui janjinya.
Sirah ini ,suatu perjalanan Membina Sejarah
Lain-lain ;
Pemuda dulu-dulu menuntut ilmu kerana kehormatan ilmu itu sendiri yang tidak ternilai harganya. Tetapi sekarang, dimana kesedaran ilmu itu? Hanya diatas secebis kertas bernama scroll ?...
Kita harus berpendidikan pada masa yang sama juga berpelajaran. Bukannya berpendidikan tapi tidak berpelajaran.
Thursday, 25 February 2010
TEKS PENUH UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA PROF. AL- ATTAS OLEH YM RAJA MUDA PERAK, RAJA DR NAZRIN SHAH.
the manager manage'. Beta kagum melihat ISTAC yang telah beliau bangunkan tetapi beta lebih kagum dengan insan yang telah mengabadikan pemikiran dan jiwa raganya untuk membangunkan ISTAC. Melihat ISTAC beta merumuskan bahawa beta sebenarnya berhadapan dengan seorang seniman yang sangat teliti, sangat jauh, mendalam dan luas wawasannya, sangat komited dan amat terlibat memenuhi visinya.